TNKP | 62

1.7K 116 0
                                    

Hai guys. First, Rys nak pesan. Actually hydra is a beast with nine heads. And if satu kepala putus, dua akan tumbuh balik. (If I'm not wrong). Rys nak letak hydra as guardian Rien but hydra is too strong and I must think lot of names which is will be very merepek.

Soooo just anggap that Hyn, Zyn and Wyn are hydra but berkepala tiga and won't have the speciality as a real hydra kayh? Masheh sudi baca muah! //hit me lol//

••••

  Dia duduk termenung di birai katilnya. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tika itu. Kali pertama bertemu dengan hydra bernama Hyn, Zyn dan Wyn, dia dapat merasakan sesuatu. Semasa bersatu dengan guardians miliknya, kuasanya menjadi semakin kuat.

  Dan kali pertama bersatu dengan semua guardiannya, dia mendapat satu ilusi. Atau lebih tepat, memori.

Flashback

  "Lari!"  Putera Zeilian Zendryes, pasangan Puteri Alexa terus-terusan menjerit perkataan itu.

  Dia membuka sebuah portal lalu wanita itu ditarik ke dalam. Mereka tiba di sebuah dunia, bumi.

  Di sana, mereka meneruskan larian walaupun tidak lagi dikejar makhluk yang menyerang kerajaan itu. Tiba di sebatang pokok yang sangat tinggi, Puteri Alexa berhenti. Dia berada mengah kerana baru sahaja melahirkan pewaris-pewaris kerajaannya.

  "Kita... Teruskan sahaja kehidupan di sini buat sementara waktu," kata Putera Zeilian yang kasihan melihat isterinya.

  Puteri Alexa mengangguk perlahan. Dia bersandar di pokok itu. Suaminya menggunakan kuasanya untuk membina sebuah rumah di bawah pokok yang berusia ratusan tahun itu.

  Mereka berada di dalam hutan dan itulah tempat paling selamat bagi mereka di dunia itu.

  Bukan mereka tidak sayang kepada kerajaan mereka, dunia asal mereka. Tetapi, sekiranya wanita itu terbunuh, sekaligus puteri-puteri mereka, maka tertawanlah dunia itu dengan kejahatan.

  Dan mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri buat sementara. Satu hari nanti, mereka pasti kembali.

  Hari demi hari berlalu dengan indah. Putera Zeilian Zendryes membina hidup baru bersama Puteri Alexa dan anak-anaknya. Di dalam hutan itu, mereka hanya menggunakan kuasa.

  Agak sukar bagi mereka untuk ke luar dan mencari kerja kerana mereka bukanlah manusia. Aura mereka juga sangat berlainan. Pakaian, warna mata, warna rambut dan sebagainya sangat berbeza.

  Maka, Puteri Alexa membina kebun di belakang rumahnya manakala Putera Zeilian akan memburu dalam rimba.

  Disebabkan Puteri Alexa berdarah puteri pahlawan, luka dan cedera bukanlah satu masalah baginya.

  Kecuali, sebilah pisau perak. Pisau perak yang disumpah dari Alam Syaitan itu bertujuan untuk membunuh keturunannya dan keturunan guardiannya. Tiada sesiapa dibenarkan memiliki pisau itu di Dunia Fantasi.

  Walaupun pisau itu istimewa dan tidak sama seperti pisau perak yang lain, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

  Suatu hari, satu malang menimpa. Kehidupan mereka yang dipenuhi kuasa diketahui manusia. Putera Zeilian terus membawa isteri dan anak-anaknya keluar dan mencari tempat persembunyian. Bayi mereka terpaksa ditinggalkan dan dipisahkan.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now