TNKP | 57

1.9K 141 23
                                    

  Hanz dan Hanza berlari ke balairung istana. Mereka terkejut apabila mendapat khabar putera tunggal Kerajaan Naga sudah tersedar daripada 'lena'.

  "Kau... Okay?" soal Hanz, teragak-agak. Wajah pucat sahabatnya dipandang sekilas lalu pandangannya dialih.

  "Kau jijik pandang aku?" soal Rayyan. Terasa nada sayu di situ.

  "Tak. Kami tak jijik... Tapi... Kami tak sanggup lihat kau begini.." Hanza menjawab, sedih.

  "Aku tahu. Dahulu akulah Pahlawan Naga yang gagah perkasa, diberi nama sebagai Pengawal Dimensi juga. Sekarang, akulah yang terlantar sepi. Kemegahan aku sudah hancur, binasa sebegitu sahaja." Rayyan tersenyum kecil, namun hambar.

  "Kau—"

  "Tak perlu kasihankan aku. Yang aku tahu, aku perlu... Hapuskan si tak guna yang sumpah aku dan L," tekad Rayyan. Matanya kelihatan seperti memancarkan api dendam yang membara, menjulang tinggi.

  "Eh?!" Hanz dan Hanza tersentak.

  "Ma—Mana boleh!" halang Hanza.

  "Takkanlah tak boleh?" Rayyan menyoal sinis. Apa dia kisah?

  "Tapi.. Tapi..."

  "Sayang, hidup ini indah sekali. Apa salahnya menghabiskan masa dengan menghapuskan bakteria?" Rayyan menyoal.

  Hanza hilang kata. Hanz terdiam.

  "Kau kena rehat. Tubuh kau masih lemah." Hanz memesan dengan nada dingin sebelum dia melangkah keluar. "Jangan beri harapan palsu," ucapnya lagi lantas kaki dibawa keluar. Dia langsung tidak memandang wajah Rayyan. Jika tadi dia memandang 'lembut', kali ini keras dan beku.

  "Aku keluar dulu. Rehat dan jangan lupa ambil ubat." Hanza mengekori langkah kembarnya. Hatinya dihambat rasa pilu.

  Rayyan tersandar lemah di kepala katil. "Dunia ini kejam." Dan dia memejam matanya, rapat seperti rapatnya hati sang putera itu terkatup sepi.

  Mungkin?

••••

  Rien melibas pedangnya beberapa kali. Libasan terakhir dibuat gaya 'X'. Violet menyerang bertubi-tubi dengan kuasa yang baru dibangkitkannya.

  Griffin yang diseru Star pula sibuk menyerang dan mencakar tubuh naga itu. Star sedar, kulit Dryel keras, tapi apa yang mampu selain daripada itu?

  Aurora masih cuba menumpaskan Wynde dengan bantuan golemnya. Setahunya bulu pelepah burung lembut sahaja, tetapi mengapa ia tetap teguh walau dihumban dengan kristal yang bertalu-talu menyerangnya?

  Oh abaikan ayat pelik itu.

  'Jangan ingat kami mudah ditewaskan. GROAHHHHH!!' Dryel mengaum sekuatnya.

  Violet, Star, Aurora dan Rien terpelanting ke belakang. Griffin itu menghilang dan golem kristal hancur bagaikan debu.

  Wynde mengepak sayapnya sehinggakan angin 'membelai' mereka 'lembut' dan sekali lagi mereka terpelanting. Ah, sarkastiknya ayatku hiks.

  "Ss.. Sakit..." Aurora berdesis. Tubuhnya bercahaya lalu segala calar yang 'singgah' di tubuhnya hilang begitu sahaja.

  Violet turut melakukan perkara yang sama. Manakala Star menggunakan magis healer untuk menyembuhkan diri.

  Hanya Rien, yang masih berdegil masih meneruskan pertarungan sebagai 'manusia' biasa.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now