TNKP | 4

3.5K 240 25
                                    

  "Esok kita akan ke bumi," kata Kai sebaik sahaja tiba di Kerajaan Demon bersama Ryssa.

  "Hah, kenapa pula?" soal Delisya sambil mengerutkan dahi.

  "Kita akan memerhatikan Light Knight," jelas Ryssa.

  "Kalau macam tu, esok tepat jam lapan pagi, selepas bersarapan aku nak korang berkumpul di taman istana," arah Ray dengan tegas. Aura kepimpinannya terserlah kala itu.

  "Baik, tuanku!"

   ••••

  "Bangun! Selamat tengahari, cikgu!"

  "Selamat tengahari juga. Sila duduk..."

  "Terima kasih, cikgu!" Erk? Kenapa Rys rasa macam menulis karya kelas kanak-kanak? Eheh...

  Tok... Tok...

  "Ya, sila masuk," kata guru muda itu. Dia tersenyum manis melihat dua orang lelaki dan seorang perempuan yang berdiri di hadapan kelas. "Kalian pelajar baru?"

  Perempuan itu mengangguk. Dia menoleh memandang dua orang lelaki yang berdiri di sisi kanan dan kirinya.

  "Baiklah, sila perkenalkan diri kamu," arah guru muda itu.

  "Nama aku, Rez."

  "Aku, Lisya."

  "Aku pula, Kai."

  Ketiga-tiga mereka memperkenalkan diri, tapi riak wajah mereka sangat dingin dan beku.

  "Err... Duduklah di tempat kosong yang ada.."

  Kai, Delisya dan Rez berjalan ke meja belakang. Kebetulan pula, tiga orang pelajar merangkap D'Diva berpindah ke kelas ketiga kerana adab yang teruk. Kai duduk di sebelah seorang pelajar manakala Rez dan Delisya duduk di dua buah meja yang berada di hadapan meja Rayyan dan Rien.

  "Baiklah, mari kita teruskan sesi pembelajaran."

  ••••

  Di sebuah kelas tingkatan tiga...

  Tok... Tok...

  Pintu kelas yang diketuk kasar menarik perhatian para pelajar dan guru yang berada di dalam kelas.

  "Kami berdua pelajar baru," kata seorang gadis.

  "Err.... Sila perkenalkan diri kalian," pinta si guru.

  "Nama aku Ryn, ini kembar aku, Ryssa." Gadis bernama Ryn memberitahu namanya dengan riak beku. Cukup untuk membuatkan rakan sekelasnya berasa gerun.

  "Si... Sila duduk..."

  Ryn dan Ryssa berjalan ke arah dua buah meja yang masih kosong di bahagian belakang, meja tepi tingkap. Ryssa mengambil tempat di tepi tingkap dan Ryn melabuhkan punggung di sisi gadis itu.

  Hoodie yang mereka sarungkan langsung tidak diturunkan menyebabkan wajah mereka berdua tidak dapat dilihat. Tetapi, aura dingin mereka cukup kuat untuk dirasai dan ditakuti pelajar kelas itu termasuklah si guru. Heh...

  ••••

  BAM!

  Bunyi pintu dilanggar menarik perhatian pelajar kelas 5 Ekonomi.

  "Hoi! Siapa kau? Suka hati kau je langgar pintu kelas kami!" jerkah seorang pelajar lelaki yang diyakini sebagai ketua kelas.

  "Huh? Aku pelajar baru. Nama aku, Ray." Ray tersenyum sinis. Walau dengan senyuman sinis, ia tetap berjaya menarik perhatian para gadis.

  "Erm... Masuk dan cari tempat duduk, ya?" Seorang gadis berkaca mata bulat bernama Nadia, si penolong ketua tingkatan berkata dnegan dengan lembut.

  "Hmm..." Ray mengambil tempat yang sama iaitu di belakang dan hujung kelas. Ceh!

  ••••

  Tiba waktu rehat, mereka berpusu-pusu menuju ke kantin. Seperti biasa, Rayyan, Hanz dan L pergi membeli makanan sementara Hanza, Rien dan Violet menunggu di gazebo.

  "Eh, korang kenapa ni?" soal Hanza yang melihat kegelisahan Rien dan Violet.

  "T.. Takde apalah.." Rien membalas dengan senyuman.

  "Ouh... Okay.." Hanza berpaling lalu memandang ke luar gazebo. Sejak daripada kejadian D'Diva menyerang, kumpulan gedik itu langsung tidak kelihatan.

  "Hei, Violet... Kau... Ja.. Jadi ke nak tinggal di rumah anak yatim?" soal Rien dengan gagap. Suaranya diperlahankan agar Hanza tidak mendengar perbualan mereka.

  "Emm... Aku.. Aku tak tahulah.."

  "Fikirkan yang terbaik. Aku tak kisah asalkan kau selesa dan selamat," balas Rien dengan sengihan.

  Violet terus memeluk tubuh sahabatnya. "Terima kasih..." 

  "Nah..." Tiga orang jejaka memunculkan diri.

  "Terima kasih," ucap tiga gadis dengan ikhlas.

  ••••

  "Sentiasa perhatikan mereka," arah Ray dengan tegas.

  "Jangan risau, kita sentiasa berdekatan dengan mereka. Aku, Lisya dan Kai sekelas dengan diorang," kata Rez.

  "Huh, kita tak boleh pandang rendah terhadap mereka," kata Ryn pula.

  "Kita setanding dengan mereka. Asalkan kita sentiasa berlatih." Ryssa pula berbicara.

  "Jom pergi. Nanti mereka perasan kehadiran kita," kata Kai. Mereka pun berlalu pergi meninggalkan gazebo berdekatan kumpulan Light Knight.

 





To be continued

Edited ✔

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now