TNKP | 59

1.7K 125 3
                                    

Sorry unpublished lepastu published balik. Rys tengok chapter ni ada dua? Bagi yang dah baca chapter 59 dan 60, boleh skip ke chapter 61. Maaf ya, pakcik oren cari pasal hehe...

••••

  Gadis itu berdiri, merenung sesuatu di hadapannya. Dia menggenggam erat tangannya, lalu satu keluhan dilepaskan.

  "Aku kena berani!" katanya sendiri.

  Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke hadapan. Tangannya naik menyentuh sesuatu yang jernih di hadapannya. Sebaik sahaja hujung jarinya menyentuh benda jernih itu, ia menghilang.

  Gadis bermata ungu itu mengorak langkah ke dalam dan pelindung jernih itu muncul kembali.

  'Kau okay, Vio?' Satu suara menerpa masuk ke dalam kotak mindanya.

  Langkah gadis itu terhenti. 'Aku okay. Jangan risau...' Gadis itu, atau dikenali sebagai Violet membalas telepati daripada guardian fairynya, Aurora.

  Dia telah bersatu sepenuhnya dengan Rise dan Aurora. Begitu juga dengan Rien yang kini bersama dengan kedua guardiannya iaitu Leo dan Star.

  Sekarang ini, Violet dan Rien dipisahkan dan dihantar ke hutan yang mengelilingi Kerajaan Diamond.

  'Kau boleh tak jangan kacau Violet. Dia nak fokus pun susah.' Satu lagi suara garau menerpa dalam minda.

  'Diamlah kau! Kenapalah kau ni pasangan hidup aku? Hmph!' Suara Aurora yang seolah-olah merajuk menyebabkan Violet rasa geli hati.

  Seperti yang pernah Rys beritahu, guardian dan guardian fairy ditakdirkan bersama. Maka, Aurora ialah pasangan Rise manakala Star pasangan Leo.

  Dan... Itu membuatkan Aurora rasa nak gila.

  "Eh! Fokus, Vio!" Violet menyedarkan diri. Tidak lama kemudian dia mendengar satu jeritan.

  "Pasti Rien terjumpa sesuatu... Aku pula masih belum bergerak. Aish!" Violet membuka langkah pantas, matanya tajam memerhati kawasan sekeliling.

  Violet mengerutkan dahi. Perlahan-lahan dia mendekati tempat itu. Dia menyelak daun-daun yang seolah-olah melindungi satu tempat.

  Violet mengangkat wajah, memandang ke hadapan. Mulutnya terbuka sedikit, kagum. Tangannya cuba menyentuh 'benda-benda' yang menarik perhatiannya itu.

  Bebola yang bercahaya itu menghilang menjadi debu apabila Violet menyentuh ia. Violet mendekati sebatang pokok yang berada di tengah-tengah kawasan itu. Batang pokok itu disentuh.

  Bebola yang tergantung itu disentuh. Kali ini, ia tidak bertukar sebaliknya mengeluarkan melodi indah. Gadis itu semakin teruja dan menyentuh banyak lagi bebola cahaya. Melodi yang terhasil sungguh mengasyikkan sehingga dia alpa tentang tujuan utamanya.

  Kawasan sekeliling Violet yang dihiasi bebola cahaya bertukar kelam. Angin mendayu menampar tubuh gadis itu. Satu hembusan membuatkannya menoleh.

  Kosong. Tiada apa-apa. Kawasan sekelilingnya kosong, kelam, sunyi dan sepi. Hanya dia dalam kegelapan itu. Mata Violet bersinar terang dalam kegelapan.

  'Siapa kau?'

  Violet tersentak.

  'Siapa kau? Apa tujuan kau ke sini dan bagaimana kau boleh masuk?' soal suara itu bertalu-talu.

  "Aku, Violet. Aku tidak sengaja datang ke mari. Aku hanya tertarik melihat keanehan daun yang melindungi tempat ini," balas Violet, tenang.

  'Apa tujuan kau ke mari?' Suara itu bertukar keras.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now