TNKP | 32

2.3K 164 50
                                    

  Rise tersengih. Perlawanannya akan diadakan pada waktu petang. Jadi, dia mempunyai masa untuk ber—

  "Hai, Rise! Perlawanan awak dengan Rayyan berlangsung pada petang ini kan? Kami berdua esok. Jom berlatih bersama-sama!" ajak Violet dengan bersungguh-sungguh.

  Rise menggeleng melihat keletah Violet yang terlebih hyperactive pada tengahari itu. Dia menguap seketika. "Malas. Aku nak berehat," ucapnya lalu beredar. Dia sempat menggosok kepala Violet dan menyebabkan gadis itu terkebil-kebil.

  Violet mengetap bibir. Rambut dia!! "RISEEEE!!" jeritnya kuat. Malangnya, Rise sudah pun menghilang. Ah, lantak dialah! Malas mahu menunggu dan melayan, Violet pun berjalan pergi. Menuju ke taman, mahu release stress. Stres juga layan Rise tu!

••••

  Rise menguap seketika. Pandangannya dilemparkan ke bawah sebelum dia berbaring memandang langit. Kini, dia di bumbung sekolah. Riaknya seperti langsung tidak risau akan perlawanan petang nanti. Dia merancang mahu menggunakan kuasa jarum emas milik Leo nanti. Mesti korang tertanya-tanya kan? Yelah, Leo guna kuasa api biru sedangkan dia memiliki kuasa lain. Sebenarnya, Rise dan Leo 'bertukar' kuasa.

Flashback

  "Rise.."

  Rise menoleh. Dia memandang Leo yang sedang menghampirinya. "Apa?"

  "Salurkan tenaga kuasa api kau kepada aku," pinta Leo.

  "Kenapa? Guna jelah kuasa jarum emas beracun kau tu," bidas Rise.

  "Aku bercadang mahu ber'tukar' kuasa. Kau guna kuasa jarum aku. Aku guna kuasa api kau. Kita tukar," cadang Leo.

  "Kau buang tabiat ke apa? Merepek!" balas Rise dengan bentakan.

  "Saja. Rasa nak cuba 'bermain-main'," ujar Leo.

  Mereka berdua memandang pemandangan yang menghiasi ruangan mata. Pokok yang menghijau dapat merehatkan minda.

  "Okay." Rise hanya bersetuju.

  Rise dan Leo menggenggam tangan. Dua bola cahaya muncul di telapak tangan masing-masing. Cahaya itu terapung di antara Leo dan Rise lantas bergerak masuk ke dalam tubuh Rise dan Leo. Tenaga kuasa mereka dapat dirasakan. Kini, kuasa api biru turut mengalir dalam tubuh Leo dan begitu juga sebaliknya. Inilah sebab mengapa Leo dapat menggunakan kuasa milik Rise.

  Tentang magis ini? Ouh, ini bukanlah magis larangan. Dan ini bukan magis. Ini keistimewaan. Keistimewaan milik guardian puteri pahlawan itu. Hanya mereka. Ya.. Hanya mereka. Dapat bertukar kuasa. Walau bukan dengan persetujuan si pemilik kuasa. Hanya meminjam, bukanlah milik selamanya.

End of the flashback

  Rise tersengih. Dia menggenggam tangannya lalu telapak tangan itu dibuka tatkala cahaya bersinar. Sebatang jarum emas bersinar. Rise mengangkat tangan lalu dihalakan ke langit. Beribu jarum emas muncul.

  Tatkala itu, Leo yang berada di kafe mencarut ketika melihat langit. Hanya dia sahaja yang dapat melihat 'pemandangan' itu.

  'Rise...' Leo memberi amaran melalui telepati.

  Rise mencebik. Kuasa itu dihilangkan. Dia berbaring berbantalkan lengannya sendiri di bumbung akademi itu. Cahaya matahari yang tidak terlalu terik itu menambahkan lagi keselesaan jejaka itu.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now