TNKP | 38

2.2K 164 39
                                    

  Dua hari selepas itu...

  The Magical Academy menerima lagi enam orang pelajar baru. Mereka dipindahkan masuk ke dalam kelas pertama manakala pelajar-pelajar kelas pertama kebanyakannya... Atau lebih tepat, semuanya kecuali Rien, Leo, Star dan Aurora berpindah ke kelas kedua. Sebab mereka tidak selesa. Lebih-lebih lagi apabila Violet dan Rise berpindah ke kelas pertama. Syakila dan Kayla juga naik ke kelas pertama.

  Kini, kelas pertama diduduki oleh para pelajar yang tidaklah mereka ketahui bahawa mereka saling berkaitan.

  Rien, Violet, Star, Aurora, Leo, Rise, Louis, Rayyan, Hanz, Hanza, Ray, Rez, Kai, Lisya, Ryn  Ryssa, Syakila dan Kayla. 18 pelajar yang saling berkaitan.

  Identiti Dark Power a.k.a Dark Knight disembunyikan sebagai puak vampire di akademi itu tetapi dengan selambanya dibongkarkan sebagai half devil di hadapan Light Knight.

  "Apa tujuan kau ke mari?" soal Rayyan dengan nada suara yang keras dan dingin.

  Kai bermain dengan ilusinya yang menyebabkan orang lain melihat kumpulannya sebagai puak puntianak. Tiada masalah bagi mereka. Ilusinya cukup kuat dan hebat kerana lelaki itu setanding dengan puak cahaya di mana mereka juga di tahap empat.

  "Kalau kami beritahu tujuan kami, tidakkah ia akan memperlihatkan kebodohan kami," balas Rez dengan selamba.
  "Kau sudah pun bodoh, tonjolkan sahajalah kebodohan kau itu. Perkara boleh dibongkaran, buat apa untuk disembunyikan." L tersenyum sinis.

  "Tuanku Louis, tidak terlalu kasarkah bahasa tuanku sebagai seorang bakal pemerintah Kerajaan Angel?" sindir Ray yang sedang berpeluk tubuh.

  Rien, Violet, Star, Aurora, Syakila, Kayla, Leo dan Rise sekadar diam memerhati. Ia bukanlah urusan mereka, tidak perlu masuk campur.

  "Diamlah kau! Dasar pengkhianat!" jerkah L tanpa segan-silu.

  "Malangnya.... Cahaya yang suci menuduh tanpa bukti? Kasihan..." Kai menggeleng kepala sambil berdecit. Sungguh menganjing. Hahaha...

  "Empat melawan enam?" sindir Ryn. Dia ketawa sinis. Baginya, ia sungguh kelakar.

  "Cahaya mampu menewaskan kegelapan!"

  "Tetapi jangan lupa. Kekuatan dan kebijaksanaan turut memainkan peranan... Aku dapat rasakan cahaya di tubuh kalian tidaklah begitu kuat. Sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kegelapan... Siapa ya?" Ryssa juga ketawa sinis. Jarinya diketuk-ketuk di meja.

  Star dan Aurora terdiam. Begitu juga dengan Hanz dan Hanza. Pasangan-pasangan kembar itu sedikit tersinggung lebih-lebih lagi Star, Aurora dan Hanza. Hanz menepuk belakang Hanza bagi menenangkan gadis itu.

  Para pelajar yang melalui kelas pertama berasa gerun melihat aura yang keluar. Aura yang berwarna-warni, aura putih dan juga aura kegelapan. Bercampur-campur kesemua aura itu. Guru-guru juga tidak mahu tampil ke hadapan sebaliknya bersembunyi di sebalik kuasa.

  BUM!

  Pintu kelas itu dihempas kuat. Tingkap tertutup rapat. Kuasa para pelindung bersatu untuk mengunci bilik itu.

  Pap!

  Rayyan memetik jari seraya memejam matanya. 17 pelajar yang lain turut memejam mata. Apabila mereka membuka mata, pemandangan indah menjadi tatapan. Mereka berada di tengah-tengah hutan yang di mana terdapat sebatang sungai, sebuah kolam yang agak besar, sebuah air terjun dan beberapa lagi perkara yang menenangkan jiwa.

  "Selamat datang ke dimensi ini." Rayyan tersengih di sebalik cloak yang dipakai.

  Kini, Kai pula memetik jari lalu sebuah meja bersaiz agak besar dan beberapa buah kerusi yang cukup-cukup 18 buah muncul. Dia turut memejam mata membayangkan sesuatu. Beberapa pinggan makanan dan beberapa gelas serta teko minuman turut muncul. Ah gabungan yang bagus.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now