TNKP | 23

2.5K 188 33
                                    

Thanks for your votes. I really appreciate it! Enjoy this chapter and abaikan typo.

••••

  Rien bangun dari lena. Dia memandang sekeliling. Sekarang, dia di istana Dragon Kingdom. Makan malam semalam boleh tahan sedap. Leo tidur di bilik sebelah kirinya. Rayyan pula di bilik sebelah kanannya. Maka, bilik Rien di tengah-tengah.

  Violet dan Rise pula tinggal di Angel Kingdom. Hanz dan Hanza ikut L. Rien menggosok matanya lalu mencapai tuala.

  Selepas tiga puluh minit, Rien keluar dari bilik mandi. Sehelai pakaian uniform akademi dipandang. Berlengan panjang dan labuh skirtnya sehingga paras atas lutut. Bolehlah. Rien mengambil begnya. Tali leher dibetulkan. Tali leher girls macam tali leher uniform unit Pandu Puteri.

  "Morning!" sapa Rien dengan ceria. Dia mengambil tempat di sebelah Leo, berhadapan dengan Rayyan.

  "Rien. Leo. Pakai ni." Queen Sandra menghulurkan dua lencana emas yang berbentuk seperti perisai dan terdapat ukiran naga di tengahnya. Saiznya seperti saiz lencana sekolah.

  "Huh? Nak pakai dekat mana?" soal Rien. Lencana itu diambil tetapi Leo tidak.

  "Pakai dekat poket di dada." kata Rayyan.

  Rien akur. Dia meletakkan di poket yang terletak di dadanya. Leo mengeluarkan satu lencana emas. Terdapat ukiran sayap dan perisai di tengah lencana itu.

  "Guardian? Kau kerabat diraja guardian ke?" soal Rayyan.

  "Hmm.."

  Rayyan menjulingkan anak matanya tanda menyampah.

  "Apa maksud lencana ni?" soal Rien.

  "Lencana ni bermaksud dari kerajaan mana kita datang. Emas melambangkan kerabat diraja manakala perak pula bangsawan. Kalau gangsa rakyat biasa." jelas Rayyan.

  "Kau dari kerajaan naga. Aku dari kerajaan guardian." tutur Leo.

  Rien mengerutkan dahi. Selepas itu dia mengangguk. Yelah, Leo kan guardian.

  "Jom." ajak Rayyan. Dia mula menuturkan beberapa perkataan. "тeleporт тo ғaιry ĸιngdoм."

  Sebuah portal muncul di hadapan mereka bertiga. Mereka memasuki portal itu.

••••

  "Kita tunggu lagi lima ekor tu dekat sini." arah Rayyan.

  Tak lama selepas itu, muncul sebuah portal yang jaraknya lebih kurang sepuluh meter dari Rayyan, Rien dan Leo.

  "Hai!" sapa Hanza dan Violet.

  Di dada Hanza, Violet, Hanz dan L tersemat lencana emas berukiran sayap dan gelung seperti angel. 😇 - (gelung atas kepala tu.) Manakala Rise pula menyematkan lencana seperti Leo.

  "Jom uruskan pendaftaran dulu. Hanza dan Hanz tunggu dulu dekat kafe." arah L.

  Hanz dan Hanza mengangguk. Mereka berjalan ke satu arah manakala L dan Rayyan membawa Leo, Rise, Rien dan Violet ke arah lain.

  "Masuklah."

  Pintu bilik pejabat diketuk. Selepas mendapat keizinan, keempat-empat pelajar baru itu masuk ke dalam pejabat.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now