TNKP | 8

2.8K 198 2
                                    

   Hampir seminggu meninggalkan Dunia Fantasi, hari ini mereka kembali lagi bersama Rien dan Violet. Wajah mereka agak muram sekaligus menyebabkan Light Knight berasa hairan.

  "Kenapa korang nampak sedih? Korang rasa terpaksa untuk pulang ke sehingga muram macam ni?" soal Hanza bertubi-tubi.

  "Eh, takde apalah. Penat sikit je..." balas Rien.

  Light Knight memandang curiga. Wajah Rien dan Violet tampak kontra bahawa mereka sedang menipu. Mahu bertanya, pastinya mereka tidak akan memberitahu. Dalam diam, Light Knight mengucap maaf.

  ••••

  Gelap. Rayyan membuka telapak tangannya lalu cahaya yang agak malap keluar. Pastinya daripada api hitam miliknya.

  "Hmm..." Rayyan menggumam. Dia berjalan tanpa arah tujuan. Satu cahaya muncul lalu menariknya ke dalam seolah-olah sebuah portal. Sebaik sahaja Rayyan membuka mata, satu pandangan yang cukup dikenali menjadi tatapan.

  Rayyan tertanya-tanya. Bagaimana minda Rien dapat menggambarkan Dunia Fantasi?

  Minda Rien? Ya, dia berada 'dalam' minda Rien.

  Rayyan berjalan ke satu arah, sekadar mengikut gerak hati dan langkah kakinya. Pemandangan di sekeliling cukup menampakkan bahawa ianya sebuah perang.

  Mayat yang bergelimpangan, lopak darah, jeritan kesakitan, bunyi semboyan, anak panah dan banyak lagi.

  Rayyan tiba di satu tempat. Dia mengangkat wajah. Sebuah istana yang sungguh indah berada di hadapannya. Rayyan menjongket kening. Istana Diamond? Rayyan masuk ke dalam dengan mudah memandangkan dia berada dalam keadaan roh tanpa jasad.

  Rayyan berasa kagum melihat hiasan dalaman istana itu.

  "Ke mana permaisuri dan raja?" Rayyan menyoal sendiri. Matanya melilau mencari kelibat dua pasangan kerabat itu. Sedang dia berjalan, dia terlihat susuk tubuh yang berlari dengan cemas.

  Seorang wanita yang perutnya membulat sedang memegang tangan seorang lelaki. Riak mereka menambahkan lagi kehairanan Rayyan.

  Agak lama Rayyan berdiri kaku di situ memerhatikan pasangan itu berlari sebelum dia turut sama membuka langkah seribu. Nampaknya pasangan itu berlari ke dalam hutan.

  "Kan... Kanda... Sakit!" raung wanita hamil itu. Wajahnya berkerut menahan sakit.

  Terus wajah pasangannya berubah. "Dinda! Jangan bersalin di sini! Bertahan!"

  "Por... Portal!" jerit wanita itu sebelum pasangannya terus membuka sebuah portal ke satu tempat. Belum sempat Rayyan mahu melangkah, portal itu sudah tertutup.
 
  Rayyan boleh sahaja membuka portal dan mengikut mereka tetapi dia memerlukan tenaga yang kuat dan tinggi. Kuasa juga perlu mencapai tahap lima agar dia boleh mengawal dimensi lain. Malangnya, dia masih berada di tahap empat.

  Mata dipejam erat sebelum cahaya muncul membawanya pergi.

  ••••

  L menutup matanya sebelum dia dapat melihat isi minda Violet. Untuk 'masuk' ke 'dalam' semestinya mustahil. Dia bukanlah seseorang yang bergelar pengawal minda seperti Rayyan.

  Sedang kesepian mengawal minda Violet, L tersedar apabila tangisan bayi bergema. Berdasarkan tangisannya, L mengagak bahawa bayi itu seorang perempuan.

  Sebaik sahaja L membuka mata, L melihat kelibat seorang lelaki yang setia berada di sisi seorang wanita.

  "Sekali lagi, dinda! Demi anakanda kita!" jerit lelaki itu memberi semangat.

  Dengan satu jeritan, lahirlah seorang lagi bayi yang L agak perempuan. Ah, kembar rupanya. Seorang wanita yang kelihatan seperti dayang datang lalu membawa dua bayi itu untuk dibersihkan selepas disusukan ibu mereka.

  Beberapa minit berlalu. Hanya hening yang menguasai keadaan. Lelaki tadi menepuk bahu wanita itu dan memeluknya. Air mata berjuraian di pipi wanita itu. Terharu mungkin?

  Akhirnya, dua orang bayi tadi kembali lalu diletakkan di sisi wanita tadi. L memerhatikan dua orang bayi itu. Comel. Seorang mengikut wajah bapanya, seorang lagi seiras wajah ibunya. Pandangan L tertancap kepada bahu dua orang bayi kecil itu.

  Mahkota? Mereka... Puteri mahkota? Jadi, pasangan itu merupakan pemerintah?

  L memerhatikan pasangan itu sebelum matanya membulat. Wanita itu memakai rantai yang berloketkan permata.

  Terdetik satu rasa dalam hati L. Mengapa Violet boleh berfikir tentang kerabat diraja Diamond?

  Sang raja merapati tubuh puteri sulungnya. "Alexa..." katanya dengan senyuman.

  "Diandra..." kata permaisurinya pula. Wajah kembar puteri sulung tadi dipandang riang.

  Mungkin... Nama bayi-bayi itu?  Baru sahaja L mahu mendekati mereka, cahaya menariknya dan dia mencelikkan mata di alam realiti. Wajah Hanza yang sudah celik menjadi tatapan. L memandang Hanza. Dia masih memejam mata. Begitu juga dengan Rayyan.

  "Hei..." Violet melambai tangannya ke hadapan wajah Hanza dan L.

  Rien pula masih kaku. Nampaknya, 'mimpi' Rien sangat panjang.

  Sebaik sahaja mereka bertiga 'bangun', terus Rayyan membuka portal merentas dimensi.











To be continued

Edited

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now