TNKP | 39

2.2K 169 36
                                    

  Lisya mengepal penumbuk apabila dia dituduh oleh seorang pelajar bahawa dirinya telah mencuri sepasang anting-anting milik si pelajar. Wajahnya merah padam, menunggu masa mahu 'meletup'.

  "Cikgu, inilah pelajar yang mencuri anting-anting saya! Dahlah ianya hadiah daripada bapa saya! Hikss... Keji sungguh perbuatan dia ini!" kata pelajar perempuan itu dengan gedik dan penuh emosi. Matanya dilap perlahan umpama terdapat air mata yang mengalir. Eh eh dia ni... Lempang juga karang.

  "Delisya, saya harap awak boleh pulangkan semula anting-anting milik pelajar ini! Kamu baru masuk tetapi sudah mencari masalah dengan pelajar tahap tiga tahun tiga. Apa ini?" marah si guru tanpa usul periksa.

  Delisya sudah tidak tahan. Tuduhan ini sudah berlarutan selama lebih dari satu jam! Dia sangat geram ketika itu! Di kala dia mengangkat tangan, mahu menampar wajah pelajar itu dan menumbuk wajah si guru, hadirnya seseorang dan bersuara, mempertahankan dirinya.

  "Delisya tidak bersalah! Del tak curi anting-anting tu!" bidas si jejaka. Matanya mencerlung tajam, menikam anak mata si pelajar perempuan yang tidak sedar diri.

  Pelajar itu menggeletis gedik melihat Ray, antara jejaka kacak yang harus dimiliki! "Hai, sayang."

  "Pergi matilah dengan sayang kau tu! Hei, aku nak ingatkan kau! Ingat ni semula!!" Ray mengangkat kedua belah tangan. Kedua jari telunjuknya diletakkan di dahi pelajar perempuan dan guru itu. Serta-merta masa di akademi itu berhenti.

  Rez tersedar bahawa masa terhenti, begitu juga pengguna kuasa masa yang lain. Mereka berkumpul di pusat utama masa terhenti iaitu di tempat perbalahan antara Lisya dan guru yang mempertahankan si pelajar.

  Selepas beberapa saat, masa kembali seperti sediakala. Guru itu dan pelajar perempuan itu terpinga-pinga. Mereka memandang sekeliling dan ternampak beberapa orang pelajar berkumpul. Mereka berasa seperti masa dihentikan. Malahan, kepala mereka berdua berasa pening seperti ada sesuatu yang masuk ke dalam peti memori.
  "Apa kau buat hah?" marah si guru.

  "Aku hanya membawa kalian ke memori silam." Singkat balasan Ray.

  "Huh, entah-entah kau pengguna kuasa ilusi!" tuduh si perempuan.

  Ray mengepal penumbuk. Dengan pantas, Rez mengusap bahu sahabatnya.

  "Dia pengguna kuasa masa," sampuk salah seorang daripada mereka yang berkumpul.

  "Kami dapat lihat memori silam itu. Ternyata, kau yang bersalah!" tengking lelaki yang berada di sebelah Delisya.

  "Huh? Mana ada!!" nafi pelajar itu.

  Guru itu terdiam. Jarang... Salah. Tidak pernah lagi dia melihat seorang pengguna kuasa masa dapat mengumpulkan pengguna kuasa masa yang lain hanya dengan memberhentikan masa. Dia dapat merasakan bahawa pelajar lelaki di hadapannya itu bukanlah calang-calang orang. "Siapa kamu?"

  Ray tersenyum sinis. "Tak perlu tukar topik. Kau, perempuan! Ikut aku!" Ray menarik kasar tangan perempuan itu.

  Gadis itu meronta-ronta mahu melepaskan diri. Guru itu sekadar mendiamkan diri. Panahan mata Delisya seolah-olah membekukan dirinya. Delisya terus meninggalkan tempat itu, mengekori Ray dan pelajar perempuan itu.

••••

  "Woi!" Ryn terjerit tatkala begnya dirampas oleh sekumpulan lelaki. Dia merengus. 'Sekolah elit yang bermasalah!' desisnya.

  Kalau bukan kerana misi, takkan dia jejakkan kaki ke akademi ini. Akademi di kerajaannya lebih baguslah! Disiplin terkawal! Sejahat atau sekejam mana pun mereka, disiplin, nombor satu!

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now