TNKP | 70

1.9K 126 70
                                    

  Kuasa cahaya dan kegelapan bertembung. Mereka merenung sesama sendiri.

  Rayyan mula mengangkat tangannya. Tangannya laju menampar pipi Kayla.

  Semua yang ada di sekelilingnya ternganga. Pihak bersekutu Kerajaan Demon tersenyum-senyum sebelum ketawa besar. Tentera syaitan pula menahan gelak. Mustahillah mahu ketawa, habis dihukum pancung nanti.

  Kayla pula terkebil-kebil. Dia ingat si putera itu mahu menggunakan kuasa apinya. Rupanya…

  Syakila di sebelah sudah ketawa tidak ingat dunia. Rayyan dan L tersenyum puas.

  “Sedap?” ejek Rayyan. “Kayla sayang… Itu baru sikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau dengan kembar setan kau pernah buat dulu.” Rayyan menyilang tangan ke dada. Sayap naganya berkibar megah.

  “Kurang ajar kau!” Kayla mengetap gigi, geram.

  “Ajarlah aku, Kayla sayang…” Rayyan menyentuh dagu Kayla.

  Gadis itu menepis. Dia melayangkan penumbuknya. Rayyan pantas mengelak malangnya dia tidak sedar akan angin kuat yang meluru ke arahnya. Jejaka itu melayang jauh.

  Rayyan pantas mengimbangkan diri. Dia mendengus kasar.

  Pap!

  Rayyan menepis lembing yang dituju lima ekor syaitan. Dia terpaksa berlawan dengan syaitan yang gagah itu. Satu melayang, dua kembali. L pula terpaksa menguruskan dua puteri di hadapannya.

  Baru sahaja mahu menyerang, dia terperasan sesuatu. L menghela nafas. Dia dikelilingi ramai syaitan. Dia menoleh kembali. Malangnya dua puteri itu sudah terbang ke tempat lain.

  “Ergh! Memang cari nahas!” L menutup matanya. Saat matanya terbuka, syaitan yang mengelilinginya terpana. Sebelah matanya berwarna keemasan dan sebelah pula berwarna merah.

  Aura yang L lepaskan membuatkan mereka berasa gerun. Sayapnya putih bak salju dan ada sedikit pelepah berwarna merah. Rambutnya juga ada sedikit garisan merah. Tangan kanannya seperti ada tatu bersayap merah.

  Satu syaitan dengan laju maju berhadapan L. Dia bertentang mata dengan putera itu. Tangannya terus naik menumbuk pipi si putera.

  L tidak mengelak, malah tangannya terus menangkap tumbukan itu. Syaitan itu berasa aneh kerana tubuhnya dipenuhi racun. Mustahil lelaki itu mampu hidup sedangkan racunnya mampu membunuh dengan satu sentuhan.

  L tidak berkata apa. Anak matanya yang berwarna merah bersinar. Syaitan itu bagai dipukau. Tangannya jatuh apabila L melepaskan tangannya.

  Anak mata L tajam menikam anak mata syaitan itu. Tiba-tiba darah hitam dimuntahkan oleh syaitan itu. L diam lagi.

  Semakin galak matanya bersinar. Bukanlah mata keemasannya, sebaliknya mata merahnya. Dengan sekali jelingan, syaitan itu jatuh dari udara. Dia terhempas dan tubuhnya berkecai.

  Syaitan lain maju ke hadapan. Bagi mereka, kematian itu berbaloi sekiranya mereka dapat menawan dunia yang selama ini keturunan mereka nantikan. Alam Syaitan akan berkembang luas. Selepas dunia ini, Dunia Elemen pula menjadi sasaran.

  Namun malang… Apabila meluru ke hadapan, L mengangkat tangannya. Mereka semua dikurung dalam sebuah kubah berwarna merah. Tanpa amaran, mereka jatuh rebah dengan mata berwarna hitam pekat.

  Mati di udara, hancur di tanah.

  “Serang!!”

  L langsung tidak kisah. Dia terbang di udara tanpa bergerak langsung dari tempatnya. Wajahnya beku.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now