ETCM 1

3K 76 5
                                    


Suatu hari yang indah, awan yang bergerak mengikut angin langit biru terbentang luas, terlihat seorang gadis sedang menunggu teksi untuk ke tempat kerjanya iaitu di bengkel.

Ya gadis ialah Nur Khaisarah Malisa bt Azhari.Dia berumur 19 tahun.Lebih suka dipanggil Ara bila bersama orang yang tersayang dan yang rapat dengannya.

Ara seorang yang sangat peramah dan periang, ramai orang yang suka berkawan dengannya.Dia seorang yang kasar disebalik kelembutan dirinya tetapi dia masih tahu menjaga hati orang disekelilingnya.

Ara dibesarkan dengan penuh kasih sayang ibu, Puan Fatimah bt Mohd Syukur dan ayahnya, Encik Azhari bin Khalid dan bersama seorang adik lelaki berumur 16 tahun iaitu Mohd Khairul Muazzam bin Azhari.

Walaupun bersikap sedikit kasar tetapi dia sangat menghormati orang tua dan serta bercakap dengan penuh lemah lembut.

Ara tidak suka berkongsi masalahnya dengan orang lain,dia lebih suka memendamkan masalahnya .Ara akan meluahkan masalahnya kepada keluarganya sahaja.Ara seorang gadis yang sangat kuat apabila bersama sesiapa pon tetapi sangat lemah apabila seorang diri.
(sampai sini sahaja penerangan tentang watak utama)

-----------------------------------------------------------

Pagi-pagi lagi Ara sudah bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud sebelum masuknya waktu subuh. Selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah bersama keluarganya dia bersiap untuk pergi ke kerja.

"Mak ayah Ara pergi kerja dulu ye, Assalamualaikum. bye adik"

Ara menyalami tangan ibu dan ayahnya sebelum pergi kerja

" Waalaikumsalam baik2 jalan tu " Puan Fatimah

"Bye kak"

Ara selalu pergi ke kerja menaiki teksi kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya. Ara sampai ke tempat kerja tepat jam 8.00 pagi. Ara membuka pintu bengkel dah menukar baju kerjanya.

Selepas beberapa minit kawan-kawannya yang lain pun sampai dan menukar baju mereka. kawan-kawan Ara yang bekerja di bengkel itu kesemuanya lelaki. Ara pada mulanya kekok tetapi dia mula membiasakan diri bila sudah lama bekerja. Lagipun dia sudah ada ramai kawan.

Kesemua kawannya sangat menyayangi Ara dan menganggap Ara seperti adik mereka sendiri. Mereka sangat rapat. Ara juga mempunyai kawan baiknya yang selalu bersamanya yang dikenali sebagai Nazim,Fazril,Hazmil,Rizal dan Hanif.

Mereka semua sangat rapat dengan Ara. Selain daripada keluarga Ara, Ara juga akan berkongsi masalahnya dengan mereka berlima.

Mak dan ayah Ara tidak risau Ara berkawan dengan mereka kerana mak dan ayah ara sendiri sudah menganggap mereka berlima seperti anak mereka sendiri sehingga menyuruh mereka berlima memanggil mereka berdua mak dan ayah.

~back to story~

Selepas siap mengemas bengkel mereka memulakan kerja mereka.

Tak lama selepas itu, ada sebuah kereta BMV memasuki bengkel itu.Seorang lelaki memakai kemeja dan berkot keluar daripada kereta tersebut dan tercari-cari sesuatu.Seorang daripada kawan Ara, iaitu Nazim datang menegurnya

"Assalamualaikun encik, ada apa boleh saya bantu?"Kata Nazim

"Waalaikumsalam saya nak awak tengokkan kereta saya macam ada masalah sikit"

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now