ETCM 6

915 41 0
                                    


Sebaik sahaja sampai ke rumah Ara terus masuk ke dalam biliknya untuk menukar baju dan solat Zuhur. Ara balik dengan Izz kerana atas pujukan maknya ada hal lain dengan aunty Shah.

Selepas solat, Ara duduk di katilnya dan termenung mengingati perjumpaan yang tidak jangka tadi.

Sudah sebulan lebih Ara tidak bersua muka dengan jejaka tersebut tapi apabila jumpa rupanya jejaka itu anak kepada kawan lama maknya. Serius tak sangka.

Ara teringat pertemuan maknya dan aunty Shah dengan Izz tadi.

Flasback

"Alisa.."

"Izz.."

'Apa dia buat kat sini' kata Ara dalam hati

"Kamu berdua kenal ke?" tanya Tengku Rahishah

"Ermm kitorang kenal kat bengkel haritu" kata Izz

"Dah lama ke kamu berdua kenal?" tanya Puan Fatimah

"kitorang tak de lah kenal mana mak cuma sekadar pekerja dan customer je lah" kata Ara

Puan Fatimah dan Tengku Rahishah hanya mengangguk mendengar jawapan dari mereka berdua.

"Tapikan baguslah kalau kamu berdua dah kenal, senang kerja kami, kan Mah" kata Tengku Rahishah

"Betul tu" kata Puan Fatimah sambil tersenyum kearah Tengku Rahishah

"kenapa ma?" tanya Izz

"Tak de apa2 lah Izz" kata Tengku. Rahishah

Ara hanya diam memerhati sahaja di sebelah maknya malas mahu menyampuk.

'Dah kenapa mak dengan aunty ni senyum2 seram pulak. Macam ada udang disebalik mee betullah...' kata hati Ara

'Mama dengan aunty Mah ni ada rancang sesuatu ke? Jangan pelik2 sudahlah' kata hati Tengku Izzhan

Puan Fatimah dan Tengku Rahishah berbual rancak sementara Ara dan Tengku Izzhan hanya diam membisu, mendengar ibu mereka berbual.

"hai kakak diam je, selalunya bising, tak nak berbual ke dengan Izz, kan dah kenal" kata Puan Fatimah

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now