ETCM 52

536 21 1
                                    


Tengku Izzhan mendapat satu panggilan, dengan pantas menyambut panggilan tersebut.

'Apa kau dapat?'

'Bagus, kau datang office aku sekarang'

Tengku Izzhan meletakkan panggilan itu dan tersenyum sinis.

"Tiba masanya aku jadi diri aku yang dulu"

------------

Mereka berlima mendapat arahan daripada Tengku Izzhan untuk berjumpa di sebuah tempat.

Mereka diminta berkumpul di sebuah mansion milik peribadi Tengku Izzhan di dalam hutan. Mansion tersebut sangat besar, terlopong juga lah mulut melihat mansion itu.

"Wehh aku ingat dalam novel je rumah besar macam ni ada dalam hutan, realiti beb" bisik Hazmil teruja.

"Ehh kau ni tiba2 menggedik macam perempuan dah kenapa? Baca novel je kerjanya, dah lah kau duduk diam2" Tanya Rizal.

Lama mereka duduk di dalam kereta, depan mansion tersebut, kelibat Tengku Izzhan belum kelihatan.

"Mana Izz ni? lama dah kita tunggu" kata Hazmil lagi.

"Sabar lah sikit lagi, dia kan sibuk kejap lagi sampailah tu" kata Nazim. Walaupun dalam hati Nazim sendiri dah memaki habisan sebab kena menunggu lama.

Mereka masih menunggu dengan sabar sehingga mereka tertidur.

Tidak lama kemudian, ada sebuah kereta mecedes hitam diikuti beberapa kereta yang lain masuk ke dalam kawasan mansion itu.

"Wehh korang bangun tengok tu" kata Fazril mengejutkan yang lain.

Terbuka luas mata mereka melihat di hadapan mereka berdiri beberapa orang lelaki yang besar badannya, berkot hitam dan berkaca mata hitam juga, nampak seperti bodyguard.

"Tiba2 aku rasa seram dia lain macam. Betul ke mansion ni Izz punya, ke kita salah masuk ni" Tanya Hanif.

"Betullah Izz yang kata suruh tunggu sini" kata Nazim.

Mereka melihat dengan tekun siapa yang akan keluar daripada kereta itu.

Pintu kereta dibuka dan mereka terkejut itu ialah Tengku Izzhan Shah. Semua lelaki tadi menundukkan kepalanya apabila Tengku Izzhan lalu.

Pemakaian Tengku Izzhan sangat berbeza dengan sebelum ini. Wajahnya tiada sebarang senyuman terlekat di bibirnya. Hanya muka yang sangat bengis yang ditunjukkan.

Mata Tengku Izzhan terus memandang ke arah mereka berlima yang di dalam kereta itu. Kecut perut mereka apabila terlihat pandangan tajam Tengku Izzhan ke arah mereka. Tangan Tengku Izzhan menunjukkan tanda menyuruh mereka masuk ke dalam mansion tersebut.

Selepas itu Tengku Izzhan masuk ke dalam mansion itu diikuti dua orang daripada bodyguard itu.

"Tadi tu betulkan yang kita nampak tu Izzhan Shah yang kita kenal" tanya Hazmil perlahan dengan muka masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Aku pun kurang pasti" kata Fazril.

"Ehh dah lah jom masuk nanti tak pasal2 bodyguard tu heret kita masuk" Nazim terus keluar dari kereta.

Nazim berdiri di depan pintu mansion tersebut. Bodyguard yang berdiri di pintu itu membuka pintu dan memberi laluan kepada mereka masuk ke dalam selepas mendapat arahan dari Tengku Izzhan.

Mereka masuk ke dalam dan melihat setiap sudut dalam mansion tersebut. Sangat bersoh kemas dan teratur susun atur rumah itu. Mereka seperti terpaku tanpa sedar Tengku Izzhan melihat mereka dari tingkat atas dan menuruni tangga mendelati mereka berlima.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now