ETCM 47

465 25 0
                                    


Malam itu Ara memakai baju jubah yang diberikan oleh maknya. Entah bila maknya letak di dalam biliknya itu. Dia segera bersiap kerana sekejap lagi tetamu bakal tiba.

 Dia segera bersiap kerana sekejap lagi tetamu bakal tiba

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

(Pakaian Ara)

"Ara dah siap ke?" Naira memasuki bilik Ara.

"Dah siap dah ni" kata Ara yang sedang berdiri di hadapan cermin.

"Lamanya kau bersiap, bersiap macam nak kahwin. Padahal baru nak jumpa ba.." Naira menepuk dahinya. Dia hampir terlepas cakap.

"ba... apa?" tanya Ara. Curiga.

"Ehh jap aku lupa sesuatu lah, aku nak gi bilik kejap, kau jangan turun dulu" Naira segera ke biliknya. Gelabah dia meng'cover' balik ayatnya.

"Pelik² je lahai kau ni" Ara menggeleng-gelengkan kepalanya.

-----------

"Assalamualaikum"

"Haa diorang dah sampai bang" kata Puan Fatimah pada Encik Azhari.

"Waalaikumsalam" Puan Fatimah membuka pintu. Kelihatan seorang lelaki dan perempuan sebaya dengan mereka di depan pintu. Puan Fatimah dan Encik Azhari bersalaman dengan meteka berdua.

"Haa Shah dengan Idham sampai pun, masuklah. Anak² mana?" tanya Puan Fatimah. Mereka menjempur Tengku Rahishah dan Tengku Idham duduk.

"Ada, diorang naik kereta lain dengan si Izz tu. Entah melencong ke mana tadi kejap lagi sampailah tu" Puan Fatimah hanya mengangguk.

"Anak² awak mana Mah?" tanya Tengku Rahishah.

"Ada kat atas, kejap saya panggil ye" Puan Fatimah.

"Ira, dah siap? tetamu dah sampai" Puan Fatimah mengetuk bilik Naira.

"Dah mak" Naira keluar dari biliknya.

"Okay, ni tetamu dah sampai, nanti Ira bawak Ara turun ye. Jangan cakap apa² kalau dia tanya"

"Mak nak tau tak tadi kan Ira hampir terlepas cakap nasib sempat cover balik" Puan Fatimah memukul lengan Naira perlahan.

"Kamu ni kan" Puan Fatimah menggelengkan kepalanya.

"Aduh, sakit mak. Sorry lah" Naira membuat muka kesian.

"Dah pergi panggil Ara dengan Azzam turun sekali" Puan Fatimah berlalu pergi. Naira hanya mengangguk kepalanya.

"Maaflah lama"

"Ehh tak apa biasalah budak²" Puan Fatimah mengambil tempat disebelah Tengku Rahishah.

Tidak lama kemudian, turunlah Naira bersama Ara dan Azzam.

"Turun pun, Ara sini duduk dekat mak" Puan Fatimah memberi ruang untuk Ara duduk diantaranya dan Tengku Rahishah.Ara bersalaman dengan Tengku Rahishah.

Encik Tengku, Cik MekanikOnde histórias criam vida. Descubra agora