ETCM 54

437 24 5
                                    


Ara berada di sebuah taman yang luas, penuh dengan bunga yang berwarna-warni. Ara bingung seketika.

"Aku kat mana ni?" tanya Ara pada dirinya.

Tangannya menyentuh lembut bunga-bunga itu. Dia seperti dalam mimpi tapi seeprti realiti kerana dia dapat pegang bunga itu dan hidu bauannya.

Ara memandang sekelilingnya, taman bunga itu tiada penghujungnya. Ara berjalan sepanjang taman itu namun tiada jalan keluar. Hatinya mulai gelisah.

Tiba-tiba dia terdengar suatu suara seperti memanggilnya.

"Dari mana datang suara ni? kenapa aku macam kenal suara ni? Ya Allah aku kat mana ni. Jika ini adalah mimpi bangunkan aku. Aku ingin melihat dunia yang sebenar" Airmata Ara mula membasahi pipinya.

'Ara sayang anak mak, bangun nak. Mak rindu kakak. Bangun ye lama mak tunggu Ara'

"Itu suara mak, mak kakak rindu mak"

'Kakak bangunlah, abah rindu kakak. Kakak tak rindu kami ke? Bangun sayang abah'

"Abah.. tolong kakak abah. Kakak takut" makin lebat airmata Ara.

'Kakak, Azzam ni. Kakak.... bangun kakak. Azzam sayang kakak. Kitorang kat sini dah lama cari kakak'

'Kakak, adik dah lama sangat tak jumpa kakak, tau2 je kakak dah hilang, bangun kak. Please...'

"Azzam.. Ina.... kakak takut sorang² kat sini"

Ara terus terduduk dan menangis teresak-esak. Dia merapatkan lututnya dan memeluk rapat ke dadanya. Ara menyembamkan mukanya ke lutut dan terus menangis.

"Sayang.."

Ara tersentak. Dia dengan perlahan mendongakkan kepalanya memandang gerangan yang menegurnya.

"Ab..bang?"

"Ya sayang abang ni"

Lelaki tersebut membantu Ara untuk bangun. Ara masih terkejut.

Ara merenung wajah lelaki tersebut tidak lepas.

"Sayang... jangan pandang abang macam tu. Ni memang abanglah, suami Ara. Ingat tak nama abang Aril" Ara mengangguk perlahan. Aril tersenyum manis.

Apabila hati Ara sudah kuat mengatakan itu adalah Aril, suaminya. Dia terus memeluk Aril erat. Aril menepuk dan mengusap belakang badan Ara perlahan.

"Nangislah sayang, abang ada dengan sayang ni. Nangislah sepuasnya" kata Aril.

Selepas beberapa minit, tangisan Ara mula surut kedengaran. Aril menolak perlahan badan Ara. Ara memandang Aril dengan mata yang basah dengan airmata. Aril mengusap airmata yang bersisa itu dengan ibu jarinya.

"Dak okay dah?" tanya Aril. Ara mengangguk dan matanya tidak lepas memandang wajah tampan suaminya.

"Kenapa pandang abang tak lepas ni?"

"Ara rindu sangat pada abang" kata Ara perlahan.

"Abang pun rindu isteri comel manja abang sorang ni" kata Aril sambil mencuit hidung mancung Ara itu.

"Abang buat apa kat sini?" tanya Ara.

"Abang saja je singgah sini sebab nampak sayang" gurau Aril.

"Betul² lah" geram Ara.

"Tak lah abang kat sini sekejap je nanti abang kena perg"

"Abang nak pergi tinggalkan Ara lagi ke?" airmata Ara mulai bergenang.

"Abang dah tak boleh nak ada dengan sayang lagi, tempat ni bukan tempat abang mahupun sayang" pujuk Aril.

"Kalau Ara nak ikut abang boleh?" tanya Ara mengharapkan kata setuju dari Aril.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now