ETCM 33

518 18 0
                                    

Hari ini Ara akan berangkat ke Mesir untuk menyambung pelajarannya. Bidang yang Ara pilih ialah Syariah . Ara sudah mempersiapkan dirinya untuk berjauhan dengan keluarga tercinta. Dia sudah nekad mahu meneruskan kehidupannya dan mengejar cita-citanya.

Ara turun ke meja makan untuk bersarapan sebelum berangkat pergi. Kemudian keluarganya menghantar Ara ke lapangan terbang.

"Kakak kat sana belajar elok2 ye. Jangan tinggal solat. Jaga hubungan kakak dengan orang sekeliling. Ingat kakak di negara orang. Hati-hati selalu. Jangan sedih2 kat sana. Kalau rindu call selalu. Yang lepas biarkan lepas. Sekarang ni capai apa yang kakak nak selama ni ye. Mak sayang kakak tau" Puan Fatimah menahan tangisannya.

"Ye Mak kakak akan sentiasa ingat pesan mak. Mak doakan kakak berjaya heh. InsyaAllah segalanya dipermudahkan. Kakak pon sayang kan mak" Ara memeluk maknya erat sekali.

Ara beralih pada abahnya.

"Anak perempuan abah dah besar. Dah nak pergi merantau di negara orang. Kakak baik2 kat sana. Jaga aurat kakak elok2. Jaga pandangan, dan yang paling penting jaga hati kakak. Jangan kawan dengan lelaki sembarangan. Jangan jalan sorang2 bila kat luar. Cari kawan bagus2 ye. Jaga diri kakak ye. Abah sayang kakak sangat"

Encik Azhari mengukir senyuman di hadapan anaknya itu namun di hatinya berat melepaskan anak perempuannya pergi jauh.

"InsyaAllah abah, kakak ingat pesan abah jugak. Abah doakan yang terbaik untuk kakak kat sana" kata Ara dan memeluk abahnya.

Dan yang terakhir adiknya, Azzam

"Heyy kenapa nangis ni, tak macholah lelaki nangis" Kata Ara lembut. Ara senyum melihat Azzam yang sudah dibanjiri airmata.

"Azzam kakak pergi belajar je. Bukan berperang. InsyaAllah bila sampai waktunya nanti kakak balik sini semula. Azzam jangan macam ni"

"Yelah... tapi nanti sapa nak kawan dengan Azzam, sapa nak cari gaduh dengan Azzam. Siapa nak buat Azzam melatah kalau bukan kakak" perlahan suara Azzam tetapi Ara masih boleh mendengarnya.

Azzam memang manja dan kadang2 mengada-ngada dengan Ara. Yelah bongsu kan. Tapi Ara tidak kesah. Mak dan Abah mereka hanya melihat sahaja. Tersenyum melihat anak teruna mereka merajuk dengan kakaknya itu.

"Nanti lepas kakak balik, hari2 kakak kacau Azzam, buli Azzam. Sampai Azzam menyampah dengan kakak, okay? deal?" Ara menghulurkan tangannya.

Azzam menyambut hukuran tangan kakanya itu. Dan menarik kakaknya di dalam pelukannya. Ara menyandarkan kepalanya di bahu Azzam kerana Azzam sedikit tinggi darinya.

Azzam berbisik di telinganya.

"Kakak belajar pandai2 lepastu nanti bila dah habis terus balik sini. Jangan duduk sana lama2. Nanti Azzam merajuk dengan kakak"

"Ye Azzam kakak janji. Azzam kat sini pun sama elok2 belajar. Spm nanti buat elok2 dapatkan cemerlang nanti kakak kasi hadiah"

Tiba-tiba kedengaran panggilan kapal terbang yang dinaiki Ara sudah bersedia untuk berlepas.

"Ehh kakak tu dah kapal terbang dah nak berlepas" kata Puan Fatimah.

Ara melepaskan pelukan adiknya dan bersalaman dengan mak dan abahnya serta Azzam.

"Kakak pergi dulu, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" balas mereka bertiga.

Ara berjalan mendekati pintu masuk, sempat dia melambai mereka buat kali terakhir.

'Abang, Sarah dah nak pergi ni. InsyaAllah abang doakan Sarah kat atas sana tau'

___

Selepas beberapa jam di dalam kapal terbang, akhirnya Ara sudah sampai di bumi Mesir. Ara meregangkan sedikit badannya. Badannya sakit akibat duduk yang terlalu lama.

Encik Tengku, Cik Mekanikحيث تعيش القصص. اكتشف الآن