ETCM 60

542 22 4
                                    


Ara p.o.v

Aku termenung di dalam bilik seorang diri. Kedatangan yang tak dijangka dan permintaan yang sangat-sangat tak masuk akal. Aku masih tak percaya dengan apa yang berlaku tadi.

KAHWIN?

Aku tahu gadis lain yang seumur aku sekarang ni sudah kahwin dan mungkin telah menimang cahaya mata. Tetapi aku masih tak boleh terima benda tu lagi dalam hidup aku.

Hati aku berat untuk terima seorang lelaki dalam hidup aku. Seseorang yang menggantikan pemilik hati yang telah lama tinggalkan aku. Aku menyeka airmata yang jatuh di pipiku. 

Siapa yang meminang aku ni?

Kenapa tiba²?

Macam mana dia tu kenal aku?

Aku kenal ke lelaki tu?

Serabut otak aku, banyak persoalan yang aku sendiri tak tahu dimana jawapannya.

Aku bangun dan bergerak ke bilik mandi untuk bersihkan diir dan menunaikan kewajipan di samping menenangkan hati yang gundah.

End Ara p.o.v

🌸🌸🌸

"Macam mana ma, pa?" tanya Tengku Izzhan sambik berjalan mendekati kedua orang tuanya.

"Dia tak bagi apa2 kata putus lagi" kata Tengku Rahishah. Izz mengeluh perlahan dan duduk

"Sabar Izz, dia masih terkejut. Yang mama lagi terkejut, dia tak kenal kami berdua" sambung Tengku Rahishah.

"Seriuslah ma? Takkan tak kenal mama langsung? Habistu dia tak tahulah Izz yang meminang dia?" tanya Tengku Izzhan bertalu-talu. Tengku Rahishah dan Tengku Idham mengangguk sahaja.

Tengku Izzhan meraup rambutnya.

"Masa Aunty Mah tu nak kenalkan kami pada Alisa, mama tak beri bagitau yang mama dengan papa ni, parents Izz" kata Tengku Rahishah.

"Kenapa pulak macam tu?"

"Kami tak nak dia jadi lagi terkejut, Izz tak rasa ke kalau dia tahu Izz yang meminang dia, dia akan tolak terus pinangan ni" kata Tengku Rahishah.

Tengku Izzhan mengangguk. Ye ada betul juga dirahsiakan perkara ini. Selepas dia menyelamatkan Ara, dia terus menghilangkan diri dan tidak pernah muncul dihadapan gadis itu.

"Ye lah ma, Izz ikut je apa yang terbaik untuk kami. Mama buatlah apa pun asalkan Ara terima pinangan ni" Tengku Izzhan pasrah dengan apa yang mamanya katakan. Tengku Rahishah mengusap lembut rembut anak terunanya itu.

'Alisa, saya harap sangat awak terima. Saya terlalu sayangkan awak. Ada sebab kenapa saya menghilangkan diri. Bila awak sah jadi milik saya nanti saya akan jelaskan segalanya' bisik hati Tengku Izzhan.

🌸🌸🌸

Seminggu kemudian.

Ara sudah boleh berjalan dengan baik. Dia tidak perlu menggunakan tongkatnya lagi. Ara juga telah kembali ke biliknya yang asal.

Dia rasakan dirinya perlu mencari ketenangan. Ara bersiap sebelum keluar dari biliknya. Dia sudah menghubungi Naira untuk menemaninya. Dia takut untuk berjalan seorang diri.

"Kakak nak pergi mana ni?" tanya Ina.

"Ermm nak keluar ambil angin" kata Ara sambil berjalan beriringan dengan Ina. Ina hanya mengangguk.

Ara dan Ina turun untuk bersarapan pagi. Kelihatan Encik Azhari, Azzam dan Puan Fatimah sedang menunggu kedatangan dua gadis itu di meja makan.

"Aik kakak cantik² nak pergi mana?" tanya Azzam. Dia sudah lama tidak melihat kakaknya berhias seperti ini. Yelah selama ni duduk rumah nak bersiap apanya.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now