ETCM 38

502 21 5
                                    


Naira sudah bekerja di sebuah syarikat peguaman. Dia kerja sebagai pembantu lagipun dia masih baru jadi dia perlu belajar. Ara pula masih lagi tidak bekerja kerana ingin berehat lama sikit.

"Wehh Ara, dah lama kau berehat, kau tak nak cari kerja ke" tanya Naira.

Ara yang sedang berbaring di sofa sambil menonton televisyen menoleh sekilas.

"Kerja tu memang nak tapi aku tak jumpa lagi lah" kata Ara.

"Kau nak kerja kan, apa² pun boleh kan. Kawan aku ada kerja kat satu syarikat ni, kat syarikat tu memang tengah cari pekerja sekarang ni. Kalau kau nak aku boleh bagitau kawan aku tu" cadang Naira. Ara berfikir seketika.

"Kerja apa yang dia tawarkan?" tanya Ara.

"Yang tu aku tak tau, ni kau nak ke tak?" tanya Naira sekali lagi.

"Hmmm boleh lah" Ara setuju dengan cadangan Naira itu.

"Okay nanti apa² aku bagitahu kau" Ara hanya mengangguk.

"K lah aku gerak dululah dah nak habis lunchtime. Bye, Assalamulaikum" Naira bergerak ke tempat kerjanya semula.

"Waalaikumsalam bye elok² bawa kereta tu" Ara melambaikan tangan.

"Ha yelah" Jerit Naira.

🌸🌸🌸

"Boss" panggil kak Zah

"Ye ada apa kak Zah" tanya Tengku Izzhan

"Ni pasal yang tawaran kerja tu, ada orang nak datang interview" kata Kak Zah.

"Ouhh yeke, kalau macam tu aturkan jadual saya untuk interview tu. Nanti suruh dia datang" arah Tengku Izzhan

"Bila tu boss nak dia datang?"

"Ermm lusa"

"Okay boss"

Tengku Izzhan memberhentikan kerjanya seketika dan menyandarkan badannya ke kerusinya.

"Hahh penatnya..." Tengku Izzhan termenung ke luar tingkap biliknya itu. Fikirannya melayang ke tempat lain.

"Aku lupa pulak nak tanya lelaki ke perempuan. Tak pelah biar jelah"

Dia sambung kerja termenungnya lagi.

'Mana awak sekarang? Awak sihat ke tak? Awak masih ingatkan saya ke tak? Saya rindukan awak' monolognya sendiri.

"Bila lah saya dapat jumpa awak. Tak pe lah ada jodoh, kita jumpa jugak" Tengku Izzhan tersenyum.

🌸🌸🌸

"Assalamualaikum....." ada orang memberi salam.

Ara yang berbaring itu terbangun. Cepat dia menyambar tudungnya dan tuala kecil untuk menutupi sebahagian mukanya.

'Siapa pulak datang time² macam ni' Ara melihat jam sekilas.

'Baru pukul 4.30 petang, Naira belum balik, ayah pon sama'

"Siapa tu kakak?" tanya Puan Fatimah.

"Entahlah suara lelaki, macam ramai je tadi" jawab Ara.

"Kakak pergi tengok, mak kat dapur ni" kata Puan Fatimah

"Assalamulaikum.......makkkk" prang itu memberi salam lagi.

"Waalaikumsalam, sekejap" jawab Ara.

Ara membuka pintu. Dia terkedu. Begitu juga manusia² di hadapannya.

Other situation

"Assalamualaikum......makkkk" Hazmil memberi salam.

"Mana mak ni, lama bebeno nak bukak nye, selalunya laju je Azzam bukak pintu kalau dengar suara kita bagi salam" kata Fazril

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now