ETCM 16

579 25 1
                                    


Setelah dibincangkan akhirnya Ara dan Aril ditunangkan. Ara menerima lamaran Aril walaupun dia belum kenal sepenuhnya dengan lelaki tersebut. Dia terima kerana  ingin membalas jasa mereka yang telah menolongnya da menjaganya dengan baik.

Ara melihat jarinya, dia mengusap cincin permata yang baru di sarungkan oleh Datin Ainur.

Majlis yang mereka buat adalah kecil-kecilan, hanya keluarga rapat sahaja yang datang. Keluarga Aril menerima Ara denagn baik sekali.

Selepas menyarunhkan cincin itu, Datin Ainur memeluknya erat dan membisikkan sesuatu ditelinga Ara.

"Terima kasih sayang, ummi tahu Ara masih terkejut. Ambil masa ni untuk Ara kenal dengan Aril ye" kata Datin Ainur. Ara menitiskan airmatanya kerana terharu. Datin Ainur mengelap airmatanya itu. Aril melihat dari luar rumah tersenyum.

Kini Nur Khaisarah Malisa ialah tunangnya. Mereka mengambil gambar sebagai kenangan. Aril juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama tunangnya itu. Mereka nampak sama canti, sama padan dengan busana yang berwarna biru royal itu.

Selepas majlis itu tamat. Ara masuk ke biliknya untuk membersihkan diri. Sedang dia berjalan ke bilik air, kepala berasa sangat sakit, badannya tidak mampu menanggung lagi lalu Ara jatuh ke lantai bilik.

Kebetulan adik Aril, Ammar lalu di hadapan bilik Ara terdengar bunyi seperti ada benda jatuh dari bilik Ara. Dia berasa seperti ada sesuatu berlaku di balik pintu itu.

Ammar mengetuk pintu bakal kakak iparnya itu.

"Kak Ara.. kak Ara. Akak okay ke tu?" Namun tiada sahutan. Dia menjadi risau. Dia segera memanggil umminya.

"Ummi! Ammar rasa kak Ara tak okay lah kat atas tu. Tadi Am dengar ada bemda jatuh dari bilik kak Ara" Datin segera naik ke bilik Ara. Datin menggunakan kunci pendua dan masuk ke dalam bilik Ara. Datin melarang sesiapa masuk dahulu.

Terkejut Datin Ainur melihat Ara terbaring di atas lantai. Dia mencapai tudung Ara dan memanggil Aril untuk mengangkat Ara ke atas katil. Datin Ainur menelefon Doktor Arif yang merawat Ara di hospital itu, merupakan doktor peribadi keluarganya.

Mereka menunggu keputusan Doktor Arif dengan hati gelisah.

"Alhamdulillah keadaan dia semakin baik, nampaknya ingatan dia juga sudah kembali, diabpengsan sebab dia terlalu penat, lepas ni pastikan dia dapat rehat yang cukup. Nanti saya bagi ubat, lepas dia sedar je nanti bagi dia makan ubat yang saya bagi ye. Itu sahaja." terang Doktor Arif.

"Hmm doktor kata ingatan dia dah pulihkan agaknya dia terkejut tak dengan apa yang jadi sebelum ni" tanya Aril

"Hmm tu saya tak pasti tapi kalau dia terkejut, terangkan kat dia apa yang berlaku perlahan-lahan" kata doktor.

Mereka hanya mengangguk kepala.

"Kalau dah tak de apa2 lagi saya mintak diri dululah" kata Doktor Arif

Mereka bersalaman dan menghantar kepulangan doktor Arif. Datin mengusap kepala Ara perlahan agar tidak mengganggu gadis itu tidur.

'Ummi harap Ara dapat terima apa yang jadi ni' bisik Datin Ainur

***
Lama sudah Izz tidak mendemgar khabar Ara. Dia berasa sangat sedih kerana gadis yang bertahta di hatinya itu masih belum ditemui.

"Mama Alisa masih belum balik ke" Izz bertanya kepada mamanya tentang gadis itu.

"Belum lagi Izz. Polis masih mencari" Tengku Rahishah tahu anak terunanya sayang akak gadis itu. Tidak pernah anaknya bertanyakan keadaan seorang gadis pun sebelum ini.

Dia juga selalu berkunjung ke rumah Puan Fatimah untuk mengetahui keberadaan gadis itu.

'Ara awak kat mana ni. Saya harap awak kembali. Semua risau kat awak. Awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak. Saya nak jadikan awak halal buat saya. Tolinglah kembali' rintihan hati seorang lelaki yang bernama Tengku Izzhan Shah.

Izz masuk ke dalam biliknya dan menunaikan solat Isyak. Selepas itu, dia melakukan solat taubat dan solat hajat. Itulah rutinnya setiap hati selepas gadis yang dia sayangi hilang.

Selepas itu, dia baring di atas katilnya. Dia membuka galerinya dan membuka satu gambar. Gambar itu ditatap, tanpa dia sedari airmatanya mengalir. Dia tidur bertemankan airmata dan gambar itu.

'Saya sayang awak'

***
Ara bangun dari tidurnya yang panjang. Dia memegang kepalanya.

'Aduhh sakitnya' Dia melihat sekeliling. Dia berada dalam bilik yang kelihatan asing. Matanya tertancap pada jarinya yang bersarung cincin permata.

Tiba2 ada orang membuka pintu, dia segera mencapai tuding sarung yang berdekatan dengannya. Kelihatan seorang wanita masuk ke dalam biliknya bersama dulang berisi bubur dan air masak.

"Ara dah bangun, lama Ara tidur" Dahi Ara sedikit berkerut. Cuba mengingati siapa wanita ini.

"Ara kenal saya" tanya wanita itu. Ara memejamkan matanya. Kemudian dia membuka matanya kembali.

"Ummi, Datin Syarifah Ainur kan" Ara mengagak. Tersenyum Datin Ainur, dia terus memeluk gadis itu.

"Alhamdulillah Ara ingat ummi, Ara ingat tak apa yang jadi sebelum ni" Ara mengangguk kepalanya.

"Ara terima apa yang jadi ni" sekali lagi Ara mengangguk.

"Hmm ummi Ara nak tanya dah berapa lama Ara duduk sini?" Ara memandang wajah Datin Ainur.

"Ara dah duduk sini hampir 5 bulan lebih" Ara menghelakan nafas panjang.

'Lamanya, rindunya aku pada keluarga aku, kawan2 aku, hmm macam mana aku nak bagitau diorang yang aku dah tunang ni' Ara termenung sekejap.

"Ara kenapa termenung?" Datin Ainur menegur Ara yang kelihatan suram itu.

"Ara teringatkan keluarga Ara dah lama Ara tinggalkan diorang" Ara sedih teringatkan keluarganya.

"Ara nak balik pada keluarga Ara ye. Kalau Ara nak balik ummi hantarkan Ara balik nak?" Datin Ainur

Ara memandang Datin Ainur. Bersinar matanya selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Datin Ainur itu.

"Betul ke ummi, ummi nak hantar Ara balik pada keluarga Ara" Datin Ainur mengangguk kepalanya.

"Terima kasih ummi" Ara memeluk Datin Ainur erat.

"Okay sekarang Ara makan ni dulu lepastu makan ubat, Ara nak balik dalam keadaan yang sihatkan, lepas dah sihat nanti ummi hantar Ara balik ye sayang" Gembira nya gadis itu untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

Bersemangat Ara makan untuk kembali sihat supaya dapat berjumoa dengan keluarganya.

'Ummi harap Ara tak lupakan kitorang kat sini. Kami sayang Ara'

~bersambung~

Hah Ara dah jadi tunang Aril.
Ingatan Ara sudah kembali.
Dia dah boleh kembali ke pangkuan keluarganya.
Apa reaksi Izz dan Nazim selepas mengetahui gadis kesayangan mereka sudah menjadi tunangan orang.

Nantikan bab seterusnya.

SELAMAT MEMBACA.

Encik Tengku, Cik MekanikDonde viven las historias. Descúbrelo ahora