ETCM 44

484 22 0
                                    


Nazim mengelamun di bilik kerjanya. Fikirannya melayang memikirkan seseorang yang baru dia kenali. Kadang² dia tersenyum, tiba² dia ketawa. Orang lain melihatnya, tidak tumpah seperti orang gila.

Fazril yang sedang lalu di hadapan bilik kerja itu, terberhenti. Fazril melangkah masuk ke bilik itu, dia memberi salam, namun salamnya dibiarkan sepi.

Dia melihat Nazim yang hanya melihat ke satu arah sahaja sambil menongkat dagu dan tersenyum.

'Dah kenapa Naz ni, sihat ke tak?' Fazril melihat ke arah yang Nazim pandang itu. Kosong. Tiada apa².

"Naz... naz.... hello are you here?" Fazril melambai-lambai tangannya di hadapan muka Nazim. Tiada sebarang reaksi. Fazril mengeci, dia menampar meja dihadapannya dengan kuat.

"ALLAHU AKHBAR!!" jerit Fazril.

"Ya Rabbi.. temukan aku dengan bidadari syurga... ehh" latah Nazim sambil menadah tangannya. Fazril gelak terbahak-bahak melihat gaya yang Nazim tunjukkan itu. Makin menjadi-jadi melatah si Nazim ni.

Nazim bengang sendiri. Dia menunggu kawannya itu menghabiskan gelaknya.

"Haduh.... hahahah... sakit... Hahahahah... perut... tolong aku....haaaa dah penat" kata Fazril menahan perutnya yang sakit akibat gelak terlampau lama. Tercungap-cungap dia mencari nafas.

Nazim mengangkat sebelah keningnya sambil memeluk tubuh. Mukanya dibengiskan. Nazim memandang Fazril tajam, setajam-tajamnya.

"Kenapa tak terus je gelak, tak payah berhenti sampai terkeluar anak tekak" perli Nazim.

"Alahhhh jangan marah.. sorrylah aku tak tahan nak gelak dengar kau melatah. Siap tadah tangan lagi. Tu yang aku terlepas tu" Fazril duduk di hadapan Nazim sambil tangan melekap antara satu sama lain 🙏.

"Dah lah kau... ni kau nak apa datang sini, kerja dah siap ke belum?" tanya Nazim.

"Kerja aku dah lama siap.. aku lalu tadi, ingatkan kau sibuk, tengok² tengah termenung, aku bagi salam, kau tak jawab. Aku buat macam², kau masih mengelamun lagi. Tu yang aku bagi tu" kata Fazril.

"Kau fikir apa, sengih sorang² pastu tiba² gelak. Seram aku. Dah serupa orang gila aku tengok" sambung Fazril.

"Tak de ahh aku just teringat cerita lawak semalam yang aku tengok, tu yang tergelak tu" kata Nazim. Matanya fokus pada laptopnya itu. Cuba bertenang. Mukanya di seriuskan.

"Nak tipu tak jadi. Kau ingat aku taj tahu dalam kepala kau tu tengah fikirkan kawan Ara tu apa nama dia..haa Naira kan nama dia.. sebab tadi kau melatah siap berdoa lagi" usik Fazril.

"Ya Rabbi.. temukan aku dengan bidadari syurga..." ajuk Fazril sama seperti Nazim tadi.

"Mana ada lah.. bu..buat apa nak fikirkan di..dia" Nazim gagap tiba².

"Kau kenapa gagap? haa kantoi. Bagitau Ara dengan yang lain kau minat Naira tu" Fazril meneruskan usikannya.

Senyuman Fazril makin melebar. Dia tidak pernah lihat muka Nazim yang mula memerah itu. Betullah tu.

"Kau ni kan.. pergi sana kacau je aku nak buat kerja" Nazim menghalau Fazril.

"Buat kerja ke, berangan?" Nazim memegang buku yang agak tebal, sedia mahu membaling pada kepala Fazril yang tak berapa nak betul tu.

"Okay², aku keluar, jangan baling" kata Fazril takut.

"So get out now.. do your work and don't disturb me again" haa keluar speaking Nazim.

"Yelah tak kacau dah... Bye selamat BERANGAN kan buah hati" Sengaja Fazril menguatkan perkataan berangan itu supaya orang lain dengar.

"Siapa berangan?" kebetulan Rizal berada berdekatan dengan bilik itu.

Encik Tengku, Cik MekanikWo Geschichten leben. Entdecke jetzt