ETCM 12

638 29 0
                                    


Empat hari selepas Ara keluar daripada hospital, Ara mula bekerja seperti biasa. Keluarga dan kawan2 nya masih merahsiakan perkara itu daripada Ara. Mereka hanya melayan Ara seperti tiada apa yang berlaku.

Sudah seminggu Ara masuk ke tempat kerjanya. Dia menyemak fail2 yang berlambak di atas mejanya itu.

"Banyaknya lahai fail yang nak kena semak. Aku harap sakit kepala tak datang buat masa ni"

Ara berkata begitu kerana setiap kali sakit kepala itu datang menyerang, ia akan jadi sangat teruk.

Ara sudah menyediakan ubatnya didalam laci mejanya. Sekiranya sakitnya datang dia akan segara mencapai ubatnya.

Mula dari dia masuk kerja sehingga ke akhirnya dia dilarang untuk membaiki kenderaan. Mereka hanya membenarkan Ara kerja didalam bilik itu sahaja dengan alasan Ara tidak boleh membuat kerja berat2.

Ara hanya mengikut sahaja. Dia khusyuk menyemak fail sehingga tidak perasan sudah tengah hari. Mereka berlima pergi ke bilik Ara untuk mengajaknya makan tengah hari.

Sejak akhir2 ini Ara menunjukkan benyak perubahan dari segi sifatnya. Tiada lagi Ara yang lemah lembut, yang sopan, yang ceria dan periang serta mendengar kata itu.

"Ara jom lunch" ajak Fazril

"Tak nak korang pergi jelah"

"Ahh takde2 Ara kena pergi jugak" Kata Hazmil

"Tak nak, Ara busy ni tak nampak ke"

"Ara nak sakit ke? Ara ingat kitorang tak tau yang kau tak makan dari pagi tadi" kata Rizal

"Mana ada Ara makan lah"

"Jangan nak bohong, mak call kitorang tanya Ara makan ke tak?" kata Hazmil

Puas mereka pujuk gadis kesayangan mereka itu. Cara lembut tak jalan cara kasarlah satu2nya cara yang ada.

Nazim masuk ke dalam bilik itu dan menarik lengan Ara yang berlapik baju itu untuk bangun. Mereka hanya melihat sahaja tidak melarang kerana mereka tahu Ara takkan mahu jika dipujuk seperti itu.

"Ishh apa ni orang kata tak nak, taknak lah" Ara menepis tangan Nazim yang memegang lengannya itu. Dia menjadi tidak selesa kerana perbuatan Nazin itu.

"Kalau tak nak kitorang guna cara kasar tolong ikut kitorang pergi makan" Nazim cuba untuk menahan amarahnya itu. Dia tidak mahu gadis itu takut kepadanya.

"Kenapa korang nak paksa2 ni, aku kata TAK NAK!!!!" Ara menengking semua lelaki2 yang berada di depannya itu. Dia sudah hilang sabar dengan kawan2nya itu yang sering memaksanya makan. Bukan dia tak nak makan tapi dia tak mahu mereka tahu tentang penyakitnya itu.

Mereka sangat terkejut, mereka tidak sangka mereka akan ditengking sebegini. Nazim melepaskan pegangan pada lengan Ara dan mengundurkan diri.

Ara terus berlari keluar daripada bengkel itu. Ara menolak mereka yang berada di pintu biliknya itu. Mereka berlima masih lagi terkejut dengan apa yang mereka terima sebentar tadi.

Selepas penat berlari, Ara memberhentikan lariannya di satu perhentian bas. Dia menangis semahu-mahunya.

'Maafkan Ara, Ara terpaksa buat korang macam ni supaya korang tak dekat dengan Ara' bisiknya.

Lama Ara duduk di perhentian bas itu sehingga tidak perasan hari sudah semakin gelap.

"Ehh dah nak gelap, lamanya aku duduk sini"

Ara melihat sekeliling, tiada sebarang kenderaan yang lalu di kawasan itu pada waktu seperti ini.

"Alamakk macam mana ni.." Ara mula menyesal dengan tindakan nya melarikan diri tadi. Dia sendiri tidak tahu di mana dia sekarang ini kerana dia hanya berlari tanpa arah tuju.

Tiba-tiba dia merasakan ada orang duduk berdekatan dengannya. Ara cuba untuk bertenang dantidak mengangkat kepalanya. Orang itu cuba untuk memegang lengan Ara. Ara ingin melarikan diri tetapi orang itu pantas menariknya. Ara berada di dalam pelukan orang itu.

"Kau nak pergi mana haa?" suara orang itu garau menandakan dia seorang lelaki. Ara meronta-ronta untuk dilepaskan. Tetapi pelukan lelaki itu diperketatkan. Lelaki itu berbisik di telinganya.

"Kau tu perempuan, kau tak akan dapat lawan aku, kalau kau nak jerit pon buat penat je sebab kat sini tak de orang lalu, kalau aku buat apa2 kat kau pun orang tak akan nampak sebab dekat sini gelap" bisik lelaki itu.

'Yaa Allah tolong aku' Ara cuba untuk menyembunyikan esakkannya.

***

"Wehh mana Ara ni.. dah nak senja dah ni" kata Hanif

Mereka hendak menutup bengkel tetapi Ara masih tidak kelihatan. Nazim mengambil keputusan untuk mencari Ara sendirian.

"Korang aku balik dululah" kata Nazim

"Habis tu Ara macam mana" tanya Fazril

"Pandai2 lah dia balik, dia dah besar" kata Nazim tanpa nada.

"Seriuslah kau.. Naz" kata Fazril

Mereka tidak sangka Nazim sanggup berkata sedemikian. Mereka juga terkesan dengan tindakan Ara tadi tapi tidak sampai berkata begitu sekali.

Nazim terus menghidupkan enjin motornya dan terus bergerak. Nazim sengaja berkata begitu supaya dia dapat mencari Ara sendirian, dia adalah penyebab Ara larikan diri jadi dia mesti bertanggungjawap atas kehilangan Ara.

***
Lelaki yang memeluk Ara itu mula bertindak agresif dengan menolak Ara ke lantai bus stop tersebut. Ara sudah tidak berdaya lagi.

Lelaki tersebut mula meninfih Ara yang lemah itu. Lelaki itu sudah tersenyum sinis. Dia mendekatkan mukanya dengan leher Ara yang masuh bertudung itu. Ara hanya mampu berdoa dalam hati mengharapkan ada yang membatunya.

Tiba-tiba ada orang memukul tengkuk lelaki itu dari belakang. Lelaki itu terus pengsan. Orang yang menolong Ara itu mendekati Ara.

Disebabkan terlalu lemah, pandangan Ara semakin kabur. Ara hanya nampak susuk tubuh seorang lelaki. Ara pengsan. Orang yang menolongnya itu memanggilnya. Disebabkan keadaan yang gelap itu lelaki itu tidak dapat melihat muka Ara dengan jelas.

"Cik.. cik" panggil lelaki itu.

Lelaki itu menepuk bahu Ara untuk melihat sama ada Ara sedarkan diri atau tidak. Namun tiada sebarang tindak balas. Tanpa membuang masa lelaki itu teris membawa Ara terus ke hospital.

~bersambung~

*Tamat bab 15. Agak-agak siapa yang tolong Ara. Nak tahu apa yang jadi teruskan membaca. Nantikan bab seterusnya.

Cuba teka siapa..
Letakkan di comment ye. Kalau boleh votelah sekali supaya saya lebih bersemangat untuk update

SELAMAT MEMBACA...

Follow ig:
@nrlndr03





Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now