ETCM 26

510 20 0
                                    


Seperti yang dijanjikan, mereka berlima berkumpul di tempat biasa mereka lepak bersama iaitu di pantai.

Nazim sampai terlebih dahulu dari yang lain. Nazim duduk di pondok yang berada di bawah pokok itu. Sengaja dia pergi awal kerana ingin menikmati permandangan yang sudah lama dia rindui.

Keadaan malam yang sangat damai membuatkan hatinya tenang. Walaupun malam tetapi sinaran bulan mampu menerangi kawasan pantai itu.

Di sinilah segala kenangan mereka tercipta. Setiap sudut kawasan tersebit penuh dengan kenangan mereka bersama seorang perempuan yang menjadi penyejuk hati mereka.

Setengah jam kemudian mereka yang lain sampai di situ. Mereka duduk di atas daratan pantai dan berbual2. Nazim menceritakan apa yang dia lalui selama 6 bulan dia menghilang.

"Korang nak tau tak, ada satu malam ni aku terasa nak pergi pantai, aku pergilah duduk dekat situ, ramailah aku tengok pasangan2 bercinta duduk situ"

"Kau mesti jealous kan tengok diorang" kata Fazril

"Hmm adalah jugak sikit tapi apa yang menarik perhatian aku kan, ada satu couple ni dia berdiri kat pantai...."

"Dah tu apa yang menariknya?" tanya Hazmil

"Sabar tau tak sabar dengan Naz nak cerita tu" kata Fazril

Rizal hanya memerhati da mendengar sahaja.

"Diorang berpelukan antara satu sama lain, romantik je, lelaki tu tinggi perempuan tu rendah2 je bertudung litup, diorang tak kesah pun dengan orang sekeliling...entah kenapa aku rasa yang aku macam dekat je dengan diorang" Nazim menghabiskan ceritanya.

"Kau nampak tak muka diorang?" akhirnya Rizal mengeluarkan suaranya.

"Tak sebab tempat yang diorang berdiri tu gelap sikit, aku nampak samar2 je"

Mereka hanya menganggukkan kepalanya. Mereka berbual sambil menikmati angin malam di pantai serta bunyi ombak.

🌸🌸🌸

Aril sampai di rumahnya selepas pulang dari hospital. Dia memberi salam, namun tiada sahutan dari isterinya. Dia memberi salam sekali lagi. Hasilnya tetap sama.

Aril membuka pintu menggunakan kunci pendua. Perlahan dia membuka pintu. Aril mencari isterinya itu namun tidak kelihatan.

"Mana Sarah ni?"

"Sarah... ohh Sarah" tiada sahutan.

Hati Aril mulai gelisah. Dia melihat kasut isterinya masih ada di rak kasut. Aril naik ke bilik mereka dan membuka pintu bilik itu.

Kelihatan isterinya sedang tidur sambil mengerutkan dahinya seperti menahan sakit. Aril dapat merasakan haba dari isterinya itu. Dia meletakkan tangannya di dahi Ara.

'Panas...'

Ara yang merasakan dahinya disentuh itu membuka matanya perlahan-lahan. Terkejut dia melihat suaminya ada di depan matanya sekarang.

Ara segera melihat jam dinding di bilik itu.

'3.30!!, lamanya aku tidur'

"Kenapa sayang?" tanya Aril kerana melihat isterinya yang terkejut itu.

"Awalnya abang balik.. maaflah Sarah tak perasan. Dah lama ke abang sampai? Sarah tertidur tadi sebab pening kepala. Abang dah makan? kalau belum, tunggu sekejap Sarah panaskan lauk" bertubi-tubi Ara berkata.

Baru sahaja Ara ingin menuruni katil, Aril menahannya.

"Tak payah, Sarah rehat je Sarah demam ni. Nanti kalau abang lapar abang makan. Ni dah solat Zuhur belum?"

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now