ETCM 58

453 22 2
                                    


Naira dan Nazim hanya diam sepanjang perjalanan. Tiada sesiapa yang membuka mulut atau ingin memulakam perbualan. Bunyi radio dibiarkan sepi.

Naira membuang pandangannya ke luar tingkap dan mengeluh perlahan. Nazim yang terdengar keluhan Naira itu memalingkan wajahnya ke arah Naira.

"Kenapa?" tanya Nazim. Soalan Nazim di biar sepi.

'Aik termenung jauh nampaknya, apa lagi yang dia fikirkan tu' bisik hati Nazim.

Lampu isyarat dihadapan bertukar merah. Nazim memberhentikan keretanya. Dia memandang Naira. Masih termenung.

"Naira...." panggil Nazim.

"NAIRA!!" Nazim menguatkan sedikit suaranya.

Naira yang seperti baru sedar dari dunianya memandang ke arah Nazim.

"Haa? ye.. kenapa?" kata Naira.

"Naira kenapa termenung? ada masalah ke? Ara ada cakap apa2 yang menganggu Naira ke?" tanya Nazim bertubi-tubi.

"Erkk.. tak de lah, tak de apa. Emm Naira berkhayal tadi tu yang tak perasan abang Naz panggil, sorry" Naira minta ampun pula pada Nazim.

Nazim masih ingin tahu apa yang gadis itu fikirkan. Baru ingin meneruskan pertanyaan lampu isyarat bertukar hijau.

Selepas hampir satu jam perjalanan, mereka pun sampai ke destinasi yang dituju.

"Alhamdulillah dah sampai" Nazim menoleh ke kirinya.

'Lahh patutlah tek bergerak-gerak, tidur rupanya. Penat sangat lah tu' bisik hati Nazim. Nazim berkira-kira bagaimana hendak mengejut Naira.

"Emm Naira... oh Naira bangun kita dah sampai ni" tiada tindak balas. Nazim berfikir lagi. Hah!

Nazim memegang tangkai beg tangan Naira dan menggoyangkannya. Kelihatan Naira bergerak segera Nazim melepaskan pegangan pada beg itu.

"Dah sampai ke" kata Naira dengan sedikit mamai.

"Dah, jom keluar" kata Nazim.

Naira dan Nazim keluar dari kereta. Naira membetulkan tudung dan purdahnya yang senget di cermin kereta.

Naira mendekati Nazim. Naira menundukkan kepalanya. Dia berasa sangat malu bila dengan Nazim. Bukan dia tidak malu dengan yang lain tapi dengan Nazim sahaja dia rasa sangat malu, takut, berdebar dan macam2 lah. Walaupun dia seperti rapat dengan Nazim tapi semua rasa itu tidak dapat nak dibuangnya malahakin bertambah.

"Emm terima kasih abang Naz hantar Naira balik sini. Maaf menyusahkan abang Naz" kata Naira dengan suara yang perlahan.

"Sama² Naira. Tak apa lah abang kan yang offer nak ambik dan hantar Naira. Tak perlu lah rasa bersalah" kata Nazim. Dia hanya memandang gadis yang dari tadi menundukkan kepala itu.

"Ermm Naira masuk dululah" Naira mahu cepat pergi sebab dadanya sesak sangat sekarang ni.

"Ehh kejap, abang tak habis cakap lagi ni" Naira berpatah balik pada Nazim.

"Abang nak pesan, jangan banyak sangat berfikir, pastikan rehat cukup. Jangan streskan diri. Ingat kalau rasa tak tenang istighfar banyak2. Naira settle kan lah apa yang patut, nanti kalau dah habis call abang, abang ambil Naira, Okay?" pesan Nazim panjang lebar. Naira mengangguk paham.

Tiba-tiba Nazim teringat sesuatu.

"Kejap stay here, don't move" Nazim memberi amaran.

Naira hanya diam, dia pelik dengan Nazim yang tiba² cemas semacam.

"Nah.." Nazim menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana pada Naira.

"Apa ni?" tanya Naira. Dia hanya melihat kotak itu.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now