ETCM 63

579 26 2
                                    


Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang telah tiba. Hari di mana penyatuan dua hati yang telah lama terpisah setelah sekian lamanya.

Tengku Izzhan sedang bersiap di biliknya. Baju nikah berwarna putih. Temgku Izzhan sedang mengemaskan dirinya di hadapan cermin.

"Abang long dah siap ke belum?" tanya adiknya, Tengku Raishah.

"Jap sikit je lagi ni" kata Tengku Izzhan. Tengku Izzhan mencapai songkok dan memakainya dengan cermat.

"Wahh hensemnya abang Shaa ni" puji Tengku Raishah.

"Mestilah nak jumpa bini kenalah hensem baru lah dia terpikat dengan kekacakan suaminya ni" Tengku Raishah membuat muka meluat.

"Dah lah layan abang, makin penuh bakul sebab puji diri sendiri, jom mama dah panggil tu. Tok kadi dah nak sampai dah abang ni lambat betul bersiap" Tengku Izzhan hanya menadah telinga mendengar adiknya membebel.

"Mama yang lain mana?" Tanya Tengku Izzhan. Dia melihat ruamhnya yang sebelum ini penuh dengan barang hantaran buat Ara sudah tiada.

"Mana lagi, diorang dah sampai sana lah. Awak tu yang lambat bersiap. Kawan² Izz dah bawak semua ke sana tinggal pengantinnya yang tak sampai²" kata Tengku Rahishah. Tengku Izzhan hanya menggaru tengkuknya yang tidak gatal itu.

"Dah jom gerak, lambat ni" kata Tengku Idham.

Mereka bergerak ke rumah pengantin perempuan. Akad nikah dijalankan selepas waktu Zuhur.

Akad nikah diadakan di rumah manakala persandingan akan dibuat di dewan besar yang telah ditempah oleh Tengku Izzhan sendiri. Akad nikah diadakan kecil-kecilan sahaja hanya keluarga dah rakan² terapat sahaja. Majlis persandingan baru diadakan besar-besaran.

🌸🌸🌸

Ara sedang bersiap dibiliknya. Dia disolek sendiri oleh adiknya, Ina. Ina sangat minat bidang fesyen menjadikan dia sangat pakar dalam make up muka orang ni. Jadinya mereka tak payah bazir duit nak bayar mak andam bagai. Lagipun dia pakai purdah, jadinya solekkan tak perlulah berlebih-lebihan.

Ara disuruh memutup mata sepanjang Ina menyoleknya. Sambil tu Ara boleh rehatkan matanya yang penat akibat tidak dapat tidur dengan lena malam tadi.

Ara diminta untuk tidur bersama Naira kerana biliknya dipenuhi dengan hiasan dan barang² hantaran buat suaminya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" jawab Ina. Ara masih memutup matanya. Naira melangkah masuk kedalam bilik itu.

"Siapa tu dik?" tanya Ara.

"Kak Ira" jawab Ina.

"Ira dulang girls kau dah settle kan ke? kang tak terangkat hantaran tu nanti"

"Apa soalan kau tanya ni, Ini Naira lah semua aku kasi settle punya, kau tak payah pikir apa dah. Fokus untuk akad nikah ni nanti"

"Akak, jangan lah banyak bergerak tak siap lagi ni" kata Ina.

"Hehehehe sorry dik" kata Ara.ereka menunggu sehingga Ina habiskan solekkan di wajah Ara.

"Okay dah siap, kakak dah boleh buka mata" dengan perlahan Ara membuka matanya. Terpegun dengan karya adiknya itu.

"Cantiknya kau Ara. Ni kalau laki kau nampak ni komfem caiyak na" kata Naira teruja.

"eh eh eh dia ni. Pembetulan bakal laki aku" Ara membetulkan sebutan Naira tadi.

"Alahh sama je lah kejap lagi jadi juga laki kau"

*masa ni Ina dah keluar

Tok..tok..tok..

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now