ETCM 55

424 25 9
                                    

*maaf ada kesalahan nama watak. Bukan Nad tapi Naira. Maaf salah silap.

Beberapa bulan kemudian...

Setelah berusaha berbekalkan kata-kata semangat dari orang-orang tersayang Ara sudah boleh menggerakkan anggota badannya tetapi hanya dari pinggang ke kepala sahaja. Kakinya masih tidak boleh bergerak.

Hari ini ada sudah dibenarkan pulang kerana dia sudah sihat. Namun masih perlu dipantau. Ara sangat gembira akhirnya dia dapat pulang ke rumahnya setelah sekian lamanya tidak menjejakkan kaki di rumahnya.

Dalam kegembiraan Ara terselit rasa sedih yang teramat kerana Ara merindukan dua insan yang pernah ada dalam hidupnya.

Naira dan Izz.

Dua nama yang pernah memberikan dia semangat serta mengajar erti sayang dalam hidupnya.

'Mana kau pergi Ira? Kau tak sayang aku lagi ke? Aku minta maaf jika disebabkan aku kau pergi, aku tau kau terseksa selama ketiadaan aku. Aku rindukan kau'

'Izz mana awak, kenapa lepas saya sedar awak menghilangkan diri. Saya tau selama ni awak selalu jenguk saya. Saya nak berterima kasih pada awak sebab dah selamatkan nyawa saya'

Puan Fatimah yang sedang mengemas barang Ara itu melihat anak sulungnya yang duduk di kerusi roda itu termenung jauh.

"Kakak... kakak.." Panggil Puan Fatimah. Tiada balasan daripada Ara.

"KAKAK!!" Sergah Puan Fatimah lebih kuat.

"Haa ye mak, kenapa?" tanya Ara seperti mamai dari lamunannya.

"Kenapa kakak termenung tu. Tak happy ke nak balik rumah?" tanya Puan Fatimah.

"Tak kakak happy sangat nak balik, kakak rindu dengan bilik kakak" kata Ara menyembunyikan kesedihannya.

"Kalau macam tu kenapa dari tadi mak tengok kakak termenung je, ada masalah apa kakak bagitau kat mak" Puan Fatimah duduk bersebelahan dengan kerusi roda anaknya itu.

Ara mula menitiskan airmata. Puan Fatimah segera menariknya kedalam dakapan.

"Kakak rindu Ira, kenapa Ira tinggalkan kita. Ara nak dia balik semula dengan kita mak. Dah lama kakak kat hospital ni dia tak datang pun jenguk" tersesak-esak Ara sambil berkata.

"Kalau kakak nak tau, Ira tinggalkan kita bukan sebab nak tenangkan fikiran.. tapi dia terlalu tertekan sebab kehilangan kakak. Dia asyik salahkan diri dia sebab tak dapat jaga kakak dengan baik. Puas mak, abah, adik-adik malah dengan kawan² Ara semua pujuk dia, dia tetap tak terima. Dia kata dia kawan paling tak guna, dia cakap lagi, kakak tak patut jumpa dia waktu belajar dulu. Dia pembawa nasib malang pada kakak" airmata Ara mengalir tanpa diminta.

"Hari-hari dia meracau hamoir satu masa tu dia jadi macam orang kena rasuk. Nasib masa tu ada jejaka lima orang tu kalau tak tak mampu Azzam dengan abah lawan dia" Ara menundukkan wajahnya.

'Rupanya bukan aku je yang terseksa malah Ira juga menghadapi masa sukar. Ya Allah.. kau lindungilah sahabat ku'

"Sekarang ni Ira kat mana?" tanya Ara.

"Mak bawa Ira ke satu tempat berubat di Johor. Mak ada juga melawat dia dua minggu sekali, tapi ni mak tak sempat nak lawat dia sebab nak jaga kakak"

"Dia tahu kakak sah selamat?"

"Mak tak bagitau dia apa² tentang kakak sebab mak tak nak dia terlalu risau, nanti dia sakit balik sebab dia baru je pulih, bagi dia sikit masa untuk pulih sepenuhnya dan sampai masanya kakak akan dapat jumpa dia" Ara hanya mengangguk

"Kalau mak tak jenguk dia sapa pergi jenguk dia" tanya Ara.

"Abang Naz kakak tu lah yang selalu pergi sana" kata Puan Fatimah sambil tersenyum.

Encik Tengku, Cik Mekanikजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें