ETCM 22

570 23 0
                                    


Setelah hampir sebulan Ara dan Aril mendirikan rumah tangga, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Mereka berdua bahagia bersama.

Aril bekerja sebagai CEO syarikat keluarganya selepas berkahwin dengan Ara iaitu, Syeds' Holding sdn. bhd.

"Assalamalaikum Sarah, abang dah balik" Aril mencari isterinya itu. Nama panggilan Ara bertukar kepada Sarah kerana Aril yang mahu. Ara ikutkan je.

"Waalaikumsalam abang, awal abang balik hari ni" Ara menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Aril mencium ubun-ubun isterinya yang tersayang itu.

"Macam mana hari ni, ada sakit kepala tak? Ubat makan ikut masa tak? Ada buat kerja berat tak?" Sambil memeluk isterinya itu dengan erat sekali, entah mengapa dia merasakan yang dia akan pergi jauh dari Ara.

"Abang ni tak penat ke ha? Balik kerja tanya banyak2 ni? Kalau ye pun risau sabarlah dulu, ye isteri kesayangan abang ni ok je tak sakit pun hari ni, alhamdulillah Sarah ikut apa abang pesan"

"Abang risaulah Sarah tinggal sorang2, abang nak ambik maid tak nak" Aril mengusap rambut lurus isterinya itu. Sayangnya pada Ara sangat mendalam.

"Abang, Sarah tak delah teruk mana, tak payah Sarah boleh buat lagi kerja2 ni, jangan bazirkan duit abang tu nak bayar gaji maid pulak nanti. Tak perlu okay" Aril membawa Ara duduk di sofa. Ara menyandarkan badannya di dada Aril.

Aril suka memanjakan Ara. Dia suka peribadi Ara yang lembut, manja, taat dan sentiasa patuh, tak melawan. Baginya Ara cukup sempurna menjadi ibu kepada bakal anak2nya kelak.

Anak?

Ya, siapa tak nak tapi masih belum rezeki mereka. Mereka tidak merancang, kalau dah rezeki mereka terima. Walaupun Ara masih muda tetapi dia tidak kesah. Mereka telah pun berusaha Allah yang menentukan.

"Abang, abang pergi naik atas mandi, solat, kejap lagi Sarah panggil makan malam, okay" Aril menganggukkan kepalanya.

Baru Ara nak berjalan, tangannya ditarik perlahan. Ara menoleh.

"Ye abang, kenapa?"

"Tak nak teman abang mandi ke" Aril menayangkan senyuman nakalnya. Sengaja, ingin mengusik isterinya.

"Apa abang ni dah lah Sarah nak sambung masak" merah mukanya diusik begitu.

Aril naik ke bilik untuk membersihkan dirinya.

Malam

Selepas solat isya' berjemaah, Ara dan Aril akan menghabiskan masa mereka dengan menonton movie bersama.

"Sarah, esokkan abang bercadang nak bawak Sarah pergi suatu tempat special"

"Pergi mana tu?" Ara memandang suaminya di sebelah.

"Adalah.. rahsia. Esok kita gerak dalam tengah hari macam tu tapi sebelum tu kita singgah rumah umi dengan mak"

"Okay abang, Sarah ikut je" Aril mencium dahi isterinya itu. 

Aril melihat jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam. Dia melihat isterinya sudah terlena. Aril mencempung Ara ke bilik. Aril meletakkan Ara perlahan-lahan di atas katil supaya Ara tidak terjaga. Sempat dia membacakan ayat2 quran dan menyapukan di ubun2 isterinya.

Kemudian, Aril baring disebelah isterinya. Aril menatap wajah wanita yang berjaya mendapat tempat di hatinya selepas beberapa tahun dia menutup hatinya dari insan bergelar wanita.

'Abang sayang Sarah sangat2, abang minta maaf kalau abang pergi jauh dari Sarah. Abang harap bila sampai waktunya Sarah dapat terima apa yang telah ditakdirkan' mengalir airmatanya mengenangkan hidupnya yang sepertinya semakin pendek.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now