ETCM 28

531 28 17
                                    


Ara selesai memasak didapur kedengaran telefonnya berbunyi berkali-kali kerana telefonnya terletak jauh darinya menyebabkan dia tidak dengar. Nama pemanggil dilihatnya.

'Afiq PA'

Berkerut dahi Ara. Tak pernah2 call Ara tiba2 bi banyak missed call. Ara pun cepat2 menjawab apabila telefonnya berbunyi sekali lagi.

"Assalamulaikum Afiq ada apa"

"Wa..walaikum...salam hahh.. ni saya nak... hah bagitahu.. hah ni Aril dia hah kat hospital.. hah" Afiq seperti termengah-mengah menarik nafas sambil memberitahu Ara tentang Aril.

Seperti terhenti jantungnya mendengar khabar itu. Tangannya mulai menggigil.

"Apa!! hos..hospital, kenapa dengan suami saya masuk hospital Afiq"

"Nanti kat hospital saya bagitau, ni saya otw nak ambik awak"

"Hah saya tunggu cepat Afiq"

Ara mematikan panggilan itu dan segera bersiap.

🌸🌸🌸

Sampai di hospital, Ara terus menerpa ke kaunter untuk menanyakan keberadaan suaminya.

Ara berlari anak tanpa mempedulikan orang yang memandangnya. Ara berhenti di hadapan bilik wad VIP itu kerana ada doktor yang sedang merawat di dalam. Ara duduk di kerusi di hadapan bilik wad VIP itu.

Afiq yang baru tiba hanya melihat Ara sayu. Muka Ara sudah dibanjiri dengan airmata. Afiq sangat takut kerana selepas ini Ara akan mengetahui kebenaran yang Aril sorokkan darinya.

Selepas beberapa minit menunggu, keluarga Ara dan Aril juga sampai. Ara dipeluk oleh mak dan mak mertuanya. Encik Azhari kesian akan anaknya itu. Badan Ara mulai lemah.

Ara berbaring di riba maknya. Puan Fatimah mengusap bahu Ara lembut sesekali dicium dahi anaknya yang sedang melelapkan matanya kerana penat menangis itu.

Lama mereka menunggu di luar bilik itu. Akhirnya pintu dibuka dan keluarlah doktor dan beberapa orang jururawat. Mereka semua berdiri menunggu kata-kata doktor.

Datin Ainur memulakan bicaranya.

"Macam mana dengan anak Aunty, Adam?"

Doktor Adam mengambil nafas dalam dan menghembus perlahan-lahan. Doktor Adam memandang wajah-wajah orang yang Aril sayangi.

"Adam, say something.." Kata Datin Ainur lagi.

"Macam ni keadaan Aril semakin kritikal" Lemah lutut Puan Sharifah, Tuan Syed menahan bahu isterinya dari jatuh.

Ara terkejut mendengar apa yang dikatakan itu. Kritikal? Selama ni dia tak tahu yang suaminya ada penyakit. Aril sibuk menjaganya demi kesihatan dirinya sampaikan kesihatannya terjejas.

"Apa maksud awak kritikal? dia sakit apa? dah berapa lama dia sakit?" Ara melepaskan pegangan maknya dan menghampiri doktor Adam.

"Aril's disease reaches level 4, ketumbuhan di kepalanya dah hampir 5 tahun dan dah merebak ke seluruh saraf di otaknya, dan dia dah tak de banyak masa sekarang" kata doktor Adam.

Ara terduduk, airmatanya mulai lebat di pipinya. Ara memeluk maknya. Puan Fatimah menenangkan anaknya.

"Tolong Adam lakukan apa saja supaya Aril kembali sihat" rayu Datin Ainur

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now