ETCM 40

518 23 3
                                    


"Boss, dia dah sampai" kata Kak Zah.

"Okay, suruh dia masuk"

Tengku Izzhan melihat seorang perempuan berpurdah masuk ke dalam biliknya Terangkat sedikit keningnya.

'Ouhh berpurdah dia ni. Tapi dia okay ke nanti dengan kerja yang dia bakal dapat ni' bisik Tengku Izzhan sedikit risau.

'Dia ni sikit pun tak pandang aku. Aku hanya dapat tengok matanya je . Aku dapat rasakan yang ni dia adalah seorang yang cantik. Aku tenang je bila tengok dia' monolog Tengku Izzhan.

'Ehh apa kau ni Izz takkan dah jatuh cinta pulak. Cinta kau hanya untuk Alisa je Izz. Tapi Alisa nak ke kat kau. Entah² kau je syok sendiri' sambungnya lagi.

"Memang nak tunduk je ke?" tanya Tengku Izzhan.

Dengan perlahan Ara itu mengangkat mukanya. Tengku Izzhan nampak matanya membulat menandakan dia terkejut apabila nampak Tengku Izzhan.

'Kenapa dia terkejut sangat ni. Tak pernah nampak lelaki hensem ke?' Tiba² puji diri sendiri.

Tengku Izzhan seperti terdengar Ara menyebut sesuatu tapi tak jelas.

"Ermm okay, awak duduklah dulu" Ara duduk di kerusi dihadapan Tengku Izzhan.

Matanya seperti mengelak dari memandang Tengku Izzhan.

'Mungkin sebab dia berpurdah, dia malu dengan lelaki' Fikir Tengku Izzhan.

"Boleh kita mulakan?" tanya Tengku Izzhan. Ara mengangguk.

"Perkenalkan diri awak, dan apa² tentang diri awak"

"Okay bismillah, assalamualaikum nama saya, Sarah. Saya berumur 26 tahun. Saya baru habis study di Universiti Al-Azhar Mesir.

"Just Sarah je ke?"

"Haa, encik boleh panggil saya Sarah" jawab Ara. Ara rasa dia perlu menyembunyikan dirinya dahulu. Dia tidak mahu diterima kerja di sini kerana Tengku Izzhan mengenalinya.

"Awak study dalam bidang apa dan apa kelayakan awak?"

"Saya study dalam bidang Syariah. Ijazah sarjana muda Syariah Islamiah"

"Kenapa awak nak kerja sini padahal awak dah ada ijazah sarjana kot. Kenapa tak cari kerja yang bersesuaian dengan bidang awak?"

"Zaman sekarang ni susah nak cari kerja yang kita nak, jadi saya ambil keputusan untuk terima je apa² kerja yang ada. Tak semestinya dengan Ijazah yang saya ada ni, saya akan dapat kerja kan. Kat luar sana ramai yang tak dapat kerja walaupun belajar tinggi².Lagipun saya bukan jenis yang memilih sangat" terang Ara.

"Ohh bagus.. tapi awak tahu tak awak akan dapat kerja apa" tanya Tengku Izzhan.

"No idea"

"Kerja awak ialah sebagai PA saya" kata Tengku Izzhan

"Ehh habistu kak Zah tu apa?" kata Ara terkejut.

"Kak Zah dah nak berhenti sebab tu saya perlukan penggantinya" Ara mengangguk faham.

"Kenapa ada masalah ke?" tanya Tengku Izzhan.

"Ehh takde²" Ara menggelengkan kepalanya.

"Awak selesa dengan kerja ni?" tanya Tengku Izzhan.

"Saya okay je"

"Okay kalau macam tu, awak diterima bekerja di sini, saya harap awak okay dengan situasi kerja di sini

"Yeke Encik, terima kasih, encik. Jadi bila saya boleh mula kerja?" tanya Ara.

"Awak boleh mula lusa, permulaan awak ni, kak Zah akan guide awak sampai awak dah biasa nanti" kata Tengku Izzhan

Encik Tengku, Cik Mekanikحيث تعيش القصص. اكتشف الآن