ETCM 5

962 37 0
                                    


Ara bangun pada jam 6.00 pagi dan menunaikan solat Subuh. Walaupun macam mana sekalipun Ara tetap akan bangun awal. Dari dia sekolah menengah lagi dia sudah biasakan diri dengan semua ni. Hari ni dia rasa nak pergi berjoging dulu sebelum pergi kerja.

Ara memakai t-shirt berwarna biru, sweater yang diikat dipinggang, tudung bawal hitam dan kasut sukan putihnya itu dan keluar dari biliknya untuk berjoging.

Ara p.o.v

"Haa kakak nak pergi joging ke tu dengan siapa?" kata Puan Fatimah

"Kakak pergi sorang je ni" kata Ara

"Ha ye lah baik2 jalan tu jangan lama2 awak perempuan tau bahaya" kata Puan Fatimah

"Ye mak kakak pergi dulu" kata Ara sambil berlalu pergi.

Ara memulakan perjalanannya dengan senaman ringan terlebih dahulu. Yelah walaupun setakat joging dekat2 pun kena jaga keselamatan diri takut terseliuh.

Ara berjoging di taman permainan dikawasan perumahannya. Ara menyumbat telinganya dengan earphone sambil mendengar lagu.

end Ara p.o.v

Izz p.o.v

Izzhan bangun pada awal pagi dan menunaikan solatnya. Selepas selesai solat dia duduk dibirai katilnya.

Lupa nak kenalkan watak Izz ni.

Nama penuh jejaka ini ialah Tengku Izzhan Shah bin Tengku Idham Shah. Berumur 24 tahun. Bekerja sebagai CEO di Syarikat Shah's Holding Walaupun menjadi CEO pada usia muda tapi dia sangat tegas dan sangat komitet pada setiap kerja yang dilaksanakan.

Nama ibunya Tengku Rahishah binti Tengku Faizal. berumur 50 tahun. Nama bapanya Tengku Idham Shah bin Tengku Irham Shah. Berumur 52 tahun.

Tengku Izzhan mempunyai 3 orang adik- beradik.Dia merupakan anak sulung. Bawahnya ialah adik lelaki, Tengku Izzham Shah dan adik perempuannya, Tengku Raishah Maisarah. Mereka berdua ni sebenarnya kembar tak seiras, berumur 18 tahun. Mereka sangat rapat sampai orang kata mereka ni 'sweet couple' sebab muka mereka agak berlainan tapi pada hakikatnya mereka kembar.

Walaupun Tengku Izzhan ni datang dari keluarga yang kaya tapi dia tak pernah sombong dengan tuhan. Malahan dia seorang anak yang sangat baik. Orang cakap calon imam terbaik lah. Mama dan papanya menjaga mereka dengan agama yang sangat cukup. Adik2nya juga sama sepertinya.

Tapi dia sangat menjaga batasnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Dia tidak akan bercakap dengan mana2 perempuan yang tidak dia kenali. Lain pula masa dia di bengkel haritu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia mesra sangat dengan perempuan.

Dia merasa tertarik dengan gadis yang baru dikenali di bengkel haritu. Dia merasakan gadis itu lain dari yang lain.

Ok itu sahaja untuk watak Tengku Izzhan ni.

Tengku Izzhan tersenyum sendiri mengingati
gadis comel tersebut. Dah lama dia tak bertemu dengan gadia tersebut sebab jadual kerjanya yang padat menyebabkan dia terlampau sibuk

Sedang dia terleka mengingati gadis tersebut, dia terdengar ketukan dari luar biliknya.

tok...tok...tok

"Izz... izz dah bangun ke belom" kata Tengku Rahishah dari luar bilik

"Dah ma Izz dah bangun ni"

"Kalau dah bangun mandi lepastu turun bawah breakfast. Panggil adik2 nanti turun sekali" kata Tengku Izzhan

"ok ma" Tengku Izzhan pun bergerak ke bilik mandinya dan bersiap.

Encik Tengku, Cik MekanikWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu