ETCM 18

557 21 2
                                    


Nazim sedang membaiki kereta di luar, tiba2 dia terdengar namanya dipanggil.

"Naz ohh Naz kau kat mana" Azlan memanggilnya dari dalam bengkel.

"Aku kat luar" jerit Nazim dari luar.

"Haa sini pun kau penat aku cari, ni telefon kau berbunyi dari tadi" Azlan menyerahkan telefon milik Nazim.

"Ouhh ok thank you lan" Nazim melihat skrin telefonnya itu. Nama Azzam terpampang. Nazim menjawap panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Azzam ada apa call abang ni"

"Waalaikumsalam sorry ganggu abang. Macam ni esok Azzam nak jumpa abang dengan kawan2 abang boleh"

"Boleh je tapi ada apa"

"Hmm esok kita jumpa, Azzam bagitau"

"Okay kat mana nak jumpa"

"Dekat Dahlia's cafe pukul 2"

"Okay jumpa esok"

Nazim mematikan telefonnya. Selepas selesai membaiki dia masuk ke dalam biliknya yang dahulunya bilik kerja Ara. Sejak kes Ara hilang itu, dia yang ambil alih semua kerja Ara. Sedang dia menyemak fail2, Fazril menegurnya.

"Naz jom balik dah pukul 6.00 dah" kata Fazril

"Ehh yeke tak perasan pulak, jap kau tunggu kat luar" Naz mengemas meja dan bilik itu, kemudian mengunci bengkel.

"Korang aku nak cakap ni, tadi Azzam call aku"

"Dia nak apa" Hazmil

"Dia nak jumpa kita semua"

"Buat apa" Fazril

"Dia kata nanti dah jumpa dia bagitau" Mereka menganggukkan kepalanya. Mereka pun balik ke rumah masing2.

"Akak kenapa akak tak cakap dengan diorang sendiri" Ara yang menyuruh Azzam menelefon mereka.

"Hmm akak nak buat kejutan je kat diorang, kalau akak cakap sendiri nanti mesti diorang tak percaya"

"Ouhh akak pergi sendiri ke nak Azzam hantarkan"

"Akak pergi dengan abang Aril, akak suruh abang Aril datang sebab nanti dia yang ceritakan apa yang berlaku pada akak. Lagipun akak nak kenalkan abang Aril pada diorang" Muka Azzam sedikit berubah apabila mendengar ayat terakhir kakaknya itu.

Ara tidak perasan dengan perubahan muka adiknya itu kerana dia sedang menonton televisyen. Azzam hanya menganggukkan kepalanya.

"Akak masuk bilik dululah. bye, jangan tidur lambat sangat" Ara berlalu ke biliknya.

Azzam hanya diam dan memandang kakak menaiki tangga.

'Azzam bukan tak suka akak dengan abang Aril tapi kalau akak nak tahu ada orang lain yang lebih sayang pada akak' kata hati Azzam

***
Ara bersiap untuk berjumpa dengan kawan2nya itu. Dia melihat dirinya pada pantulan cermin, dia cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun apda hakikatnya dalam hatinya hanya tuhan yang tahu.

Kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Ara meminta izin maknya untuk pergi. Dia bersalam dengan Puan Fatimah.

"Kakak pergi dulu"

"Yelah hati2 jalan, terima aja apa diorang kata nanti ok" Ara menanggukkan kepalanya.

Puan Fatimah melambaikan tangannya ke arah kereta itu. Bunyi hon kereta menandakan mereka ingin bertolak.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now