ETCM 62

490 24 4
                                    


Semakin dekat hari di mana status Ara bakal bertukar. Ara seperti tidak percaya yang masa berlalu dengan pantas. Segala persiapan telah disiapkan oleh kedua-dua belah pihak.

Ara masih tidak bertemu mahupun mengetahui identiti bakal suaminya. Malahan nama bakal suaminya pun tidak diketahui. Sudah ditanya namun tiada siapa yang akan menjawab soalannya.

Balik² jawapan yang diberikan.

'Nanti kakak tahu lah'

'Alahh sabar je lah tak lama pun'

'Kalau cakap bukan kau kenal pun'

Persiapan perkahwinannya dibuat secara berasingan.

Tetapi, Ara teringat pernah satu hari ni masa Ara menghadiri kursus kahwin ditemani Naira, Ara berselisih dengan seorang lelaki. Dia seakan-akan tertarik mahu mengetahui siapa gerangan tersebut. Namun ketika dia mahu menegur lelaki itu hilang dari pandangan.

Ara bertemu sekali lagi dengan lelaki itu dengan jarak dengan lebih dekat. Namun penglihatan Ara terhalang dari melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu memakai mask hitam serta cermin mata hitam.

Lama dia memandang lelaki itu. Naira di sebalahnya menegur. Segera di beristighfar dalam hati.

'Ara kau bakal isteri orang dan dia bakal suami orang lain. Kau jangan buat hal kat sini' Ara mengingatkan dirinya.

Entah mengapa setiap kali dia berada dekat dengan lelaki itu hatinya bergetar dengan getaran yang hebat sekali. Dia merasakan dirinya dengan lelaki itu ada satu ikatan.

Lamunan Ara terhenti kerana bunyi ketukan pintu biliknya. Dia segera membuka kunci pintu dan membuka pintu biliknya. Naira melangkah masuk ke bilik Ara.

"Kau okay tak ni?" tanya Naira. Naira duduk di sebelah Ara dan memeluk bahu sahabatnya itu.

"Entahlah, aku tak tau nak rasa apa sekarang ni, aku rasa kosong, tak de semangat nak teruskan" kata Ara seperti pasrah dan menyerah dengan segala yang berlaku.

"Jangan macam ni. Kau dah terima. Awal² dulu kau tak macam ni pun. Kenapa sekarang kau nak mengalah? Cuba bagitahu aku" kata Naira dengan lembut sekali. Dia tahu Ara sedang serabut sebab itu Ara berkata sedemikian.

"Aku masih celaru, keliru, buntu bila aku tanya semua tak nak jawab soalan aku. Aku cuma nak tau siapa bakal suami aku. Aku rasa terseksa sekarang ni. Makin dekat hari tu tiba, makin kosong jiwa aku. Kenapa kena berahsia tentang siapa yang bakal sehidup semati dengan aku. Aku akan terima dia seadanya kalau dia tunjukkan siapa diri dia" Air mata Ara mengalir ke pipinya. Perit di hati yang dia rasakan.

Naira memeluk sahabatnya erat sambil mengelus lembut belakang Ara.

"Nangislah, lepaskan segalanya sekarang. Aku tahu kau pendam segalanya. Aku ada kat sini dengan kau. Luahkan biarlah semua yang kau hadap sekarang jadi semangat dan kekuatan kau pada hari seterusnya" Ara menangis teresak-esak di dalam pelukan sahabatnya.

Lama kelamaan tangisan Ara mulai surut. Badan Ara memberat di pelukan Naira. Naira menolak sedikit tubuh Ara. Rupanya Ara sudah tertidur.

Naira membaringkan Ara dan menyelimutkan Ara sehingga separas dada. Naira mengelap sisa airmata di pipi Ara itu. Naira jatuh kasihan melihat wajah Ar yang sedikit pucat. Dia tahu Ara sedang berusaha melawan perasaannya.

Sebelum Naira keluar dari bilik Ara sempat dia mengucup dahi Ara yang sudah dianggap adiknya itu dengan penuh kasih sayang.

"Semoga segalanya baik² sahaja. Aku sayang kau tau. Kai sakit, aku pun sakit. Kau bahagia, aku bahagia. Aku akan jadi bahu untuk kau bersandar. Telinga untuk dengar segala luahan kau. Mulut untuk nasihat dan doakan kau. Selamat malam, Assalamualaikum" kata Naira perlahan supaya tidak mengejut Ara.

Naira keluar dari bilik Ara dan menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu masih ada keluarga Ara yang masih belum tidur.

"Ira, Ara dah tidur ke?" tanya Puan Fatimah.

"Dah mak, tadi puas nangis di tertidur masa Ira peluk dia tu" kata Naira.

"Mak, Ira sakit tengok Ara macam tu, sampai bila kita nak raksiakan pasal Izz tu. Ira rasa, Ara makin lama boleh tawar hati dengan semua ni" kata Naira.

"Mak bukan tak nak bagitahu tapi Izz yang cakap dengan kita jangan bongkarkan siapa dia pada Ara, mak nak Ira sentiasa bagi semangat pada Ara, boleh?" Naira hanya mengangguk perlahan.

🌸🌸🌸

Tengku Izzhan merenung telefonnya. Dia baru lepas menjawap panggilan daripada Puan Fatimah tentang Ara. Hayinya bagai disiat-siat kerana mengetahui keadaan Ara yang sebegitu rupa.

"Alisa, saya minta awak tunggu sikit je masa lagi" kata Tengku Izzhan dengan sungguh berat. Dia sendiri yang menyeksa jiwa tunangnya sekarang ini.

"Mama... macam mana ni, Alisa terseksa sebab Izz ma" Tengku Izzhan mengadu pada mamanya.

"Kita mampu berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Izz jangan pernah putus berdoa. Kuatkan hati. Kalau Izz lemah, siapa yang nak bagi Alisa kekuatan. InsyaAllah jika Alisa betul jodoh kamu berdua kuat, Allah akan permudahkan" Tengku Rahishah mengusap rambut anak sulungnya.

Tak sangka anak mama ni dah nak jadi suami orang. Walaupun umur sekarang sepatutnya dah ada anak, mama tetap tak percaya anak mama dah besar dan mampu tanggung sebuah tanggungjawab yang sangat berat" Tengku Rahishah tersenyum memandang anaknya yang baring di pahanya.

Tengku Izzhan hanya membalas senyuman mamanya itu.

"Ingat pesanan mama, walau apa pun jadi nanti. Izz kena terima. Kita tak tahu apa yang Alisa fikirkan sekarang ni. Sama ada dia terima Izz nanti atau tidak, mama nak Izz sentiada berusaha untuk terus pertahankan rumahtangga Izz, boleh?" Tengku Izzhan mengangguk dengan bersungguh.

"InsyaAllah mama, Izz akan cuba dengan sebaik mungkin. Mama dokana yang terbaik untuk Izz supaya Alisa terbuka hatinya untuk Izz"

"Mama sentiasa doa untuk kebahagiaan anak² mama" kata Tengku Rahishah.

"Amboi dua beranak ni, berborak sampai lupa ada orang lain dalam rumah ni" kata Tengku Idham.

"Alamak, mama ada orang jealouslah maa.. kita bermanja dengan bini dia" sakat Tengku Izzhan. Tengku Rahishah ketawa kecil mendengar kata anaknya itu.

"Ehh mestilah orang kat sini jealous, awak tu nanti nak berbini tunggu lah, nanti manja lah dengan bini sendiri" Tengku Idham melayan sahaja anak sulungnya itu.

"Sudah lah abang dengan Izz ni, berebut mama pulak. Dah baik mama pergi masuk bilik tidur" Tengku Rahishah bangun dari duduknya dan bergerak ke biliknya.

"Ehh papa pun dah mengantuk ni. Bye papa nak ikut mama" Tengku Idham mengikuti langkah isterinya itu.

Tengku Izzhan hanya ketawa melihat papanya itu. Namun ketawanya pudar bila memikirkan bakal suri hatinya itu.

"Sabar ya sayang. Saya akan buat apa sahaja untuk menangi hati awak. Saya takkan putus asa" Tengku Izzhan terus bersemangat untuk memikat Ara sebaik sahaja Ara sah menjadi miliknya.

~bersambung~
__________________________________

Sis update lagi. Hadiah sebab masih setia dengan story ni.

Teruskan menyokong.
Maaf jika bosan.
InsyaAllah bab yang ditunggu bakal tiba.

Jangan lupa vote dan komen.
Doakan semoga dapat update bab seterusnya

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now