ETCM 10

763 32 0
                                    


Keesokkan harinya, awal pagi lagi mereka sudah berada di hospital. Tetapi mereka perlu menunggu waktu melawat.

Tepat pukul 10 pagi pagar wad telah dibuka. Mereka kecuali Nazim, masuk ke dalam wad yang menempatkan Ara. Nazim terhenti di depan pintu. Nazim cuba untuk tenangkan hatinya.

Masuk sahaja dia melihat Ara sedang duduk bersandar di atas katil dengan senyuman manis. Sakit hatinya melihat senyuman Ara yang cuba menyembunyikan kesakitan disebalik.

Tetapi senyuman Ara tidak mampu melegakan hatinya yang sedang gundah memikirkan penyakit Ara yang semakin serius itu.

Ara ternampak Nazim hanya berdiri di muka pintu wad dengan muka yang muram.

"Abang Naz sini lah kenapa diri kat depan pintu tu?" tanya Ara

Nazim dengan perlahan menuju ke sebelah Ara. Nazim hanya memandang muka Ara yang pucat itu. Tiada sepatah pun kata2 yang keluar dari mulut Nazim.

"Kenapa Abang pandang Ara macam tu. Ara okay lah, Ara kan demam panas je sebab kurang air" kata Ara untuk menyedapkan hati orang disekelilingnya. Ara tahu yang Nazim sudah mengetahui tentang penyakitnya.

Mereka berlima hanya berbual biasa sahaja. Mak dan abah serta adik Ara keluar sebentar untuk bersarapan.

Setelah satu jam setengah mereka berlima di hospital mereka meminta diri untuk pulang.

"Mak kitorang balik dululah nak bukak kedai. Tak boleh pulak tinggal bengkel tu lama2." kata Fazril

"Haa yelah baik2 kerja ye. Nanti datang jenguk lagi si Ara ni. Sibuk kata bosan2 tak de kawan. Ni ibu dengan ayah pon nak balik ni." kata Puan Fatimah

"Habistu sapa jaga Ara kat sini?" tanya Ara

"Tu Azzam ada. Sekejap je mak nak mandi kemas sikit barang kakak nak bawak sini. Nanti mak bawak bubur untuk kakak" kata Puan Fatimah

"Haa okay" kata Ara

Mereka semua pun bergerak pulang.
Sampai sahaja ditingkat bawah hospital, Nazim memberhentikan langkahnya.

"Wehh korang pergilah dulu kat kereta aku nak pergi toilet sekejap" kata Nazim

Nazim naik semula ke wad Ara. Sengaja dia memberitahu alasan itu supaya mereka berempat tidak tahu. Nanti banyak tanya pulak.

Nazim membuka pintu wad Ara dengan perlahan-lahan. Terlihat Ara berseorangan di dalam wadnya. Mungkin Azzam ke luar sekejap kot. Nazim mengetuk pintu.

"Masuklah" kata Ara

Nazim menarik nafas perlahan-lahan sebelum masuk ke dalam. Ara kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran Nazim di situ. Ara duduk bersila di atas katilnya.

"Ehh abang Naz kenapa naik semula?" tanya Ara hairan.

"Emm abang ada benda nak tanya Ara" kata Nazim

"Apa dia?"

"Kenapa Ara buat kitorang macam ni?" tanya Nazim cuba menahan suaranya

"Ara buat apa?" kata Ara seperti tidak tahu apa2

"Kenapa Ara sembunyikan benda ni daripada kitorang?, kenapa Ara tak nak keluarga Ara tahu? Kalau tak nak bagitau kitorang tak pe tapi mak ngan abah perlu tahu pasal benda ni." kata Nazim. Suaranya sedikit kuat berbanding tadi.

"Ara tak nak diorang terlampau risau pasal Ara. Ara boleh jaga kesihatan Ara sendiri." kata Ara perlahan

"Habistu kalau Ara bagitau abang Naz sorang, abang takkan risaukan Ara ke? Ara tau tak masa doktor bagitau abang pasal penyakit Ara tu, hati abang sakit sangat. Satu2nya princess kesayangan abang sedang melawan sakit. Tapi kitorang lagi bagi Ara sakit. Kalau Ara bagitau kitorang semua, kami akan jaga Ara sebaiknya" kata Nazim. Mata Nazim mula menunjukkan takungan airmata.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now