ETCM 64

673 30 11
                                    

*Bab ni sambungan bab sebelum ni. Enjoyy

Tengku Izzhan mempamirkan senyuman nakal melihat isterinya yang tidak bergerak dan masih merenung dirinya. Tengku Izzhan mengepung Ara dengan meletakkan tangannya di muka pintu bilik air itu.

Membulat mata Ara dirinya dikepung dan tiada jalan keluar kerana jarak mereka terlalu rapat dan dia bagaikan tersepit antara badan Tengku Izzhan dan pintu itu.

Sekali lagi jantungnya bagai hendak berhenti mengepam darah apabila Tengku Izzhan mendekatkan mukanya dengan Ara sehingga hidung Ara disebalik tuala itu bersentuhan dengan hidung Tengku Izzhan.

"A..bang nak bu..att a.p..pa ni" kata Ara dengan suara bergetar ketakutan. Tengku Izzhan terenyum seperti biasa semula dan menjauhkan jarak mereka semula. Tengku Izzhan bergerak ke katil dan duduk di situ.

Ara menarik nafas panjang. Rasanya macam tidak bernafas Ara tadi.

"Akhirnya berbunyi bidadari abang ni. Abang baru nak lama² tadi" sakat Tengku Izzhan. Ara kembali mendiamkan diri dan tidak bergerak dari depan pintu bilik air itu.

"Sayang..." panggil Tengku Izzhan meleret. Ara memandang suaminya.

"Sini.." Tengku Izzhan menepui katil supaya Ara duduk di sebelahnya. Ara teragak-agak untuk mendekati suaminya.

"Janganlah takut.. abang nak berbual je, tak buat apa pun. Abang janji, Sini meh sayang" mendengar Tengku Izzhan memberi jaminan, Ara melajukan kakinya mendekati suaminya.

Sampai sahaja di hadapan suaminya, tangan Ara ditarik perlahan untuk duduk berhadapan dengan Tengku Izzhan di atas katil itu.

"Sampai bila sayang nak tutup muka dengan kepala ni. Abang suami Alisa tau, wajah cantik Alisa adalah untuk abang. Alisa dah jadi milik abang. Buka ya sayang" Ara berkira-kura sebentar.

'Kalau tak ikut dosa, kalau buka aku malu sangat. Mak... Mama tolonggg'

"Sayang heyy termenung pulak dia. Ke nak abang alihkan sendiri" bagai diugut, Ara segera menggelengkan kepalanya.

"Err ehh tak pe, saya buat sendiri"

BISMILLAH.

Ara menjatuhkan tuala di kepalanya dengan perlahan. Maka terurailah rambut panjang serta ikal milik Ara di hadapan suaminya.

Mata Tengku Izzhan sudah dipaku dengan permandangan yang sangat cantik dihadapannya ini. Tengku Izzhan menolak dagu isterinya supaya memandangnya.

Wajah yang selama ini dilindungi sehelai kain, kini menjadi tatapan matanya. Tengku Izzhan mencari anak mata Ara namun gadis itu cuba melarikan matanya dari bertentangan dengannya.

"Sayang pandang abang" arah Tengku Izzhan. Ara akur dengan arahan itu.

Tengku Izzhan mengalihkan rambut yang menutupi wajah isterinya itu. Dia mengelus pipi Ara yang sangat halus mulus itu.

"Cantik sangat"

Tanpa apa² kata, Tengku Izzhan terus menarik Ara ke dalam pelukannya. Ara tidak menolak. Kepala Ara di sandarkan ke dadanya. Ara dapat mendengar degupan jantung suaminya. Sangat menenangkan jiwanya.

"Sayang.. dengarkan degupan jantung abang. Jantung ni akan berdegup macam ni bila abang ada dekat dengan sayang. Sayang sangat istimewa dari wanita yang lain. Sebab sayang je yang berjaya dapat tempat dalam hari abang" Tengku Izzhan menolak sedikit badan Ara.

Tengku Izzhan menggenggam erat kedua tangan milik Ara serta mengelus lembut sebelum dibawa ke bibirnya.

"Abang tahu ada banyak soalan yang berada di dalam fikiran sayang tu. Abang akan jawab segalanya tapi bukan sekarang. Nanti bila dah selesai majlis kita ni. Abang akan terangkan segala yang sayang nak tahu" Ara hanya mengangguk.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now