ETCM 36

495 22 0
                                    


Alhamdulillah selama 6 bulan Ara di sana, semuanya berjalan dengan lancar. Hari-hari Ara dikelilingi orang yang baik² sahaja.

Tetapi dia perasan ada seorang lelaki selalu ada di mana sahaja dia berada. Nasiblah dia sentiasa ada peneman. Syifa' selalu ada disampingnya. Jika bukan Syifa', Naira juga selalu ada dengannya.

Ara tidak memberitahu Naira mahupun Syifa' tentang perkara tersebut. Dia tidak mahu mereka berdua risau dengannya.

Dari sudut pandangan Ara, lelaki itu seperti baik orangnya, tetapi lelaki tetap lelaki. Lelaki itu selalu memakai kopiah dan sentiasa berkurta kadang² berkemeja dan berjubah.

Rupanya juga sempurna namun itu tidak mampu mengetuk pintu hatinya. Haihh gatalnya mata kau ni Ara. Tetapi tidak sedikit pun tertarik pada lelaki itu.

Baginya Aril lah yang paling sempurna untuk dirinya. Tiada yang dapat tandingi kesempurnaan suaminya.

Ara sedang duduk di cafe di kampusnya. Syifa' menemaninya ketika itu.

"Ara, aku nak ke tandas sekejap. Kau okay ke sorang² ni?" tanya Syifa'. Dia takut untuk meninggalkan Ara sendirian. Naira tidak membenarkan Ara berjalan sendirian.

"Aku okay je. Pergilah sekejap je kan"

"Okay aku pergi sekejap je tau, duduk sini diam², kalau ada orang kacau kau call aku tau"

"Iye Syifa' aku ingat tu"

Syifa' bergerak ke tandas dengan membawa begnya sekali.

Ara sedang melihat telefonnya. Tiba² dia merasakan seperti dirinya diperhatikan. Dia buat² meregangkan lehernya. Dan dia perasan lelaki itu memandang ke arahnya.

Meja yang Ara duduk hanya selang dua meja kosong dengan lelaku itu. Ara pula duduk berhadapan dengan lelaki itu. Dengan pantas Ara menundukkan pandangannya.

"Aduhh lama pulak Syifa' ni. Aku dah mula takut ni" Hati Ara mulai gelisah. Segala yang dia ingin buat tidak kesampaian. Badannya seperti kaku.

Tangannya menekan nombor Syifa'.

Tuttt.... tuttt

"Angkat lah Syifa' oiiii" Ara menelefon Syifa' hampir lima kali namun tidak dijawabnya. Kali keenam baru diangkat.

"Assalamualaikum makcik... asal lama sangat, aku takut ni, datanglah cepat. Kalau tak aku pergi"

"Waalaikumsalam, aku tiba² sakit perut ni. Aku baru keluar tandas. Kejap² aku datang. Jangan lari nanti kau sesat kang. Aku datang secepat mungkin"

"Haa yelah cepat"

Ara mematikan panggilan itu. Dia menggerakkan matanya ke arah lelaki itu sambil kepalanya masih tertunduk.

'Positif Ara dia tak pandang kau dia pandang belakang kau'

Ara menjadi semakin takut apabila melihat lelaki itu bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah mejanya.

Dalam hatinya berdoa agar lelaki itu tidak menegurnya. Semakin lama.semakin hampir. Tiba² ada tangan yang menyentuh ke bahunya.

"Jangan kacau saya" Ara sangat terkejut. Naik turun dadanya

"Ara relaks, ni aku Syifa'. Tarik nafas perlahan-lahan, hembus. Sorry aku lambat"

"Tak apa asalkan kau dah sampai" lega Ara. Dia melihat sekeliling. Lelaki itu sudah hilang dari situ.

"Dah okay dah?" tanya Syifa'

"Haa aku okay. Jomlah"

Mereka bergerak ke kolej mereka. Ara dan Syifa' pergi ke bilik seminar untuk kelas yang seterusnya.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now