ETCM 27

539 22 1
                                    


Aril sedang memasak bubur untuk Ara di dapur. Sedang dia menyediakan makanan, Aril teringat pertemuannya dengan Doktor Adam iaitu doktor peribadinya.

flashback

"Macam mana dam?"

"Lepas aku buat pemeriksaan tadi, aku dapati ketumbuhan tu makin merebak, kau kena buat pembedahan, penyakit kau ni boleh bawa maut kalau tak dirawat. Takkan kau nak biarkan macam tu je. Kau mesti tak makan ubat kan sebab ketumbuhan ni merebak dengan cepat" kata Dr. Adam

"Tak nak dam, aku dah penat dah, selama ni aku buat macam2 tak da bezanya semua tu, makan ubat hanya untuk melambatkan bukan menghapuskan benda tu, kalau aku buat pembedahan sekali pun akhirnya aku akan koma, terlantar kat hospital ni. Cukuplah apa yang aku hadap sebelum ni, aku nak habiskan masa2 aku dengan orang yang aku sayang" kata Aril tegas.

"Tapi Aril...."

"Tak de apa2 lagi kan, aku kena balik ni kesian bini aku tunggu aku"

"kau tak kesiankan isteri kau ke, dia tak tahukan pasal benda ni, kau nak tibggalkan dia dalam keadaan kau macam ni, kau rasa tak sakit ke hati dia nanti"

Aril menggelengkan kepalanya. Dr. Adam hanya mengeluh perlahan. Ada satu sikap Aril yang dia dan Ammar tidak boleh nak halang.

"Aku tak nak bagitahu dia, nanti dia risaukan aku, aku nak dia layan aku macam biasa, biarlah kalau aku pergi sedangkan hati dia sakit sebab aku berahsia dengan dia, lagi cepat dia lupakan aku nanti,  aku tak nak dikelilingi dengan orang yang layan aku macam orang sakit" Adam hanya diam.

Kalau Aril kata tak nak, maka janganlah paksa.

"Kalau tak da apa2, aku balik dulu thank Adam sebab tolong aku" Aril keluar dari bilik itu.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now