ETCM 13

667 24 2
                                    


"Ya Allah!!"

Tersedar Ara dari mimpi ngerinya itu. Badannya mula menggigil mengingati apa yang dia mimpikan tadi. Dia mengangkat tangannya tetapi ada benda yang menghalang.

"Arghh sakitnya"

Ara mengusap tangannya, dia merasa sakit di bahagian atas tangannya. Ada beberapa jarum yang terlekat. Dia juga memakai baju hospital. Dia baru sedar, dia berada di hospital.

"Ya Allah kuatkan aku, aku takut ya Allah lindungi aku" rintih Ara. Ara cuba untuk melupakan apa yang berlaku pada dirinya. Ara panik, dia memegang kepalanya.

'Alhamdulillah aku masih bertudung'

Rasa takutnya makin menguasai dirinya. Ara menyembamkan mukanya pada lutut. Badannya menggigil dengan lebih kuat.

Dia merasakan ada seseorang memasuki biliknya.

"Cik, cik dah lama sedar" garau suaranya menandakan dia ialah seorang lelaki.

Lelaki itu melihat Ara menggigil dan masih dalam posisi yang sama. Dia tahu Ara masih trauma dengan apa yang jadi.

"Cik okay ke ni? Badan cik menggigil sangat ni, sekejap saya panggil doktor" Lelaki itu berlari keluar.

Doktor Arif cuba untuk mendekati Ara perlahan-lahan. Doktor Arif menepuk bahu Ara perlahan.

Tiba-tiba Ara bertindak agresif.

"JANGAN SENTUH AKU!!!"

"ARRRGHHHHHHHH JAUHKAN DIRI KAU DARI AKU, TOLONGGGGG JANGAN BUAT AKU MACAM NI"

Empat orang pembantu Doktor Arif memegang tangan Ara dengan kuat tetapi kekuatan Ara lebih kuat dari mereka.

Lelaki itu hanya melihat dari tepi, sungguh dia kasihan melihat gadis itu. Pilu hatinya melihat keadaan gadis itu.

"Encik, encik diminta tunggu di luar sebentar" kata salah seorang pembantu di situ.

Lelaki itu keluar dari bilik wad tersebut dan duduk di kerusi di hadapan wad tersebut.

'Ya Allah sembuhkan dia, kuatkan hatinya. Pilunya hatiku melihat nya begitu. Sakitnya hatiku melihatnya, Ya Allah' lelaki itu meraut wajahnya. Sungguh dia gelisah menunggu di luar wad itu.

Hatinya mula terpaut pada gadis itu, bukan disebabkan simpati tetapi hatinya mulai terdetik satu perasaan yang tidak pernah dia rasai apabila dengan mana-mana perempuan.

Selepas setengah jam menunggu, akhirnya pintu wad itu dibuka. Doktor Arif dan pembantu - pembantunya keluar dari bilik wad itu.

"Doktor macam mana keadaan dia" tanya lelaki itu.

"Encik sila ikut saya ke bilik sebentar ada benda yang saya perlu beritahu" doktor Arif membawa lelaki itu ke biliknya.

Sampai sahaja di bilik, doktor Arif menyuruh lelaki itu duduk.

"Okay macam ni, hmm sebelum tu apa hubungan encik.." tergantung kata-kata doktor Arif

"Zafriel. Panggil Aril" lelaki itu mengenalkan dirinya.

"Sebelum saya mulakan, saya nak tanya apa hubungan awak dengan pesakit?" tanya doktor Arif

"Ahh saya kawan dia"

"Okay macam ni kawan awak masih  trauma. Dia takut dengan apa yang terjadi pada dia, sebab itu dia bertindak agresif apabila seseorang mendekatinya, jangan risau saya dah bagi ubat penenang, dia akan tidur buat sementara waktu" terang Doitor Arif.

"Alhamdulillah" Lega Aril mendengar kata-kata doktor itu.

"Tapi ada satu lagi benda saya nak beritahu awak. Ermm selepas saya membuat pemeriksaan yang lebih mendalam, saya mendapati kawan awak menghidapi barah otak" Terkejut Aril mendengar benda yang Doktor Arif sampaikan.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now