ETCM 37

485 24 0
                                    


5 tahun kemudian.

Akhirnya Ara sudah berjaya menamatkan pelajarannya dan memegang gulungan Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Syariah. Semua urusannya di sini sudah selesai dan tibalah masanya untuk dia pulang ke tempat asalnya.

Hari ini dia akan pulang berjumpa keluarganya yang sudah hampir 6 tahun tidak bertemu.

"Weh Ira, kau lepas ni macam mana, tinggal kat mana?" tanya Ara.

Sebenarnya, Naira sudah kehilangan keluarganya setahun yang lalu akibat kemalangan yang sangat dahsyat. Ketika itu, Naira tidak dapat pulang untuk melihat keluarganya buat kali terakhir kerana ketika itu di tempatnya terdapat masalah  penerbangan.

Hancur hatinya pada masa itu. Naira hanya mampu berdoa dan berserah sahaja. Kawan² nya yang lain turut bersimpati atas kehilangan keluarganya. Walaupun hatinya sudah remuk tapi dia harus kuatkan semangat. Ara adalah tulang belakangnya selama ni. Dia bersyukur kerana Ara sentiasa bersamanya walau apa jua yang terjadi.

"Heyy termenung pulak" sergah Ara.

"Haa? kau cakap apa?"

"Aku tanya kau kau macam mana lepas ni? Kau nak stay mana?"

"Entahlah, aku rasa aku balik rumah family aku tu lah"

"Kau nak tingal sorang² ke?" Naira mengangguk.

Ara berfikir sejenak.

"Haa! Apa kata kau ikut aku balik" cadang Ara.

"Ehh tak pa lah. Aku balik sana je. Menyusahkan kau dengan family kau je nanti" kata Naira serba salah.

"Lahh apa pulak. Kau kan kawan baik aku. Aku dah anggap kau macam kakak aku sendiri dah. Family aku pun tau pasal kau. Jangan risau okay" pujuk Ara. Naira hanya mengangguk.

Ara tahu Naira tidak mempunyai ahli keluarga lain. Sebab itu dia mengajak Naira tinggal bersamanya.

"Yeayy tak sabarnya nak balik. Lepasni aku dah tak sorang² kat rumah dah ada kawan" gembira sungguh Ara. Ara memeluk sahabat baiknya itu. Naira hanya senyum.

"Naira, Ira kitorang balik dulu tau. Apa² call je. Nanti kita boleh spent time sama². Jangan lupa kitorang tau" kata Kak Nisa.

"InsyaAllah Ara takkan lupa sahabat dunia akhirat Ara ni. Kak Kay, kak Nisa dan Kak Fuzah kan kakak kesayangan Ara. Terima kasih sebab jaga Ara selama ni" kata Ara.

"Sama² Ara, ingat akak sentiasa sayang korang berdua macam adik akak sendiri. Thanks jugak sebab jadi adik paling nakal paling manja paling ngada² yang kitorang pernah ada" Mereka hanya gelak sahaja.

"Okay time for hug" kata Kak Fuzah.

Mereka pun berpelukan antara satu sama lain. Kak Kay, kak Nisa dan Kak Fuzah pulang dengan kenderaan masing². Ara dan Naira pulang dengan menaiki kapal terbang.

🌸🌸🌸

Tengku Izzhan sedang membuat kerja di pejabatnya. Pintu biliknya diketuk. PA nya yang masuk ke dalam biliknya. PA nya dikenali sebagai kak Zah.

"Assalamualaikum, Boss" kata Kak Zah.

"Waalaikumsalam ye kak Zah, kenapa?" tanya Tengku Izzhan.

"Hmm kak Zah nak bagitahu tentang peletakan jawatan kak Zah tu"

"Ouhh ya saya lupa pulak tentang tu, pasal tu nanti kak Zah buatkan iklan tawaran kerja. Nanti bila saya dah jumpa pengganti kak Zah baru kak Zah boleh berhenti sebab buat masa sekarang saya masih perlukan bantuan Kak Zah" terang Tengku Izzhan.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now