ETCM 39

458 24 0
                                    


Ara dan Naira sedang menonton tv bersama. Puan Fatimah dan Encik Azhari keluar berjumpa dengan kawan lama katanya . Azzam pulak keluar lepak dengan kawan².

So, tinggallah mereka berdua di rumah. Nasiblah si Naira ni cuti, kalau tak alone lah Ara kat rumah.

"Ara ni aku nak cakap pasal yang kerja tu kan. Kawan aku cakap kau dapat" kata Naira

"Yeke, seriuslah dapat, senang betul" kata Ara seperti tidak percaya.

"Kau dapat sebab setakat ni tak ada lagi yang mintak kerja kat situ, tapi kau kena pergi interview dululah" kata Naira.

"Bila interviewnya?" tanya Ara.

"Esok" Terkejut Ara. ESOK!!!.

"Asal tak cakap awal². Aku tak prepare apa² lagi ni" kata Ara cemas.

"Alahh bukannya kau kena buat apa pun. Datang interview, jawab je apa dia tanya. Dah dah settle. Macam tu lah aku kena dulu " selamba Naira menjawab.

"Kau ni kan, tak tau ke erti nervous. Aku takutlah, kotnye dia punya boss tu garang nak mati ke, bengis ke tak ke mental aku koyak nanti kalau tiba² dia tengking aku nanti"

"Asal pulak nak tengking kau ni. Kawan aku cakap boss dia baik je. Biasalah kalau marah sikit² tu. Lek lah kau gelabah sangat ni, tu yang fikir macam²" kata Naira.

"Hmm yelah... tapi aku nak kena bawak apa je nanti" tanya Ara.

"Kau bawak je lah sijil² kau yang melambak tu. Lain² nanti mesti dia tanya² kau masa interview tu" Ara hanya mengangguk.

🌸🌸🌸

Ara tersedar pada pukul 5.10 pagi. Dia bergerak ke wardrobe dan mengambil pakaian untuk dipakai semasa interview tu.

Selesai menggosok bajunya dia pun mandi dan solat sunat sebelum azan Subuh berkumandang.

Lupa nak bagitau Naira dah tak tidur dengan Ara. Naira dah pindah ke bilik lain selepas bilik itu dikemaskan oleh Puan Fatimah.

Selepas itu dia memakai baju biasa dahulu dan keluar untuk menolong Puan Fatimah membuat sarapan.

"Selamat pagi makk" Ara memeluk maknya yang sedang membasuh sayuran itu.

"Iye kakak, awal sangat turun ni, kenapa? Mak baru nak buat sarapan" tanya Puan Fatimah.

"Tak de apa saja je nak tolong mak awal² ni" Ara menyengih. Padahal sebenarnya dia nervous nak pergi interview tu. Malam tadi pun dia tidur lambat sebab asyik fikirkan benda tu je.

"Iyelah tu kau, tak payah percaya mak. Dia ni sebenarnya takut nak pergi interview tu. Mesti malam tadi kau tak bileh tidur kan. Tu yang kau awal ni" kata Naira sebaik sahaja masuk ke dapur.

"Kakak takut sangat ni kenapa? interview je kan bukan nak kahwin pun" sakat Puan Fatimah.

"Apa ni Ira, tumbuk kang. Mak ni, bukan nak bagi semangat kat kakak. Lagi sakat kita pulak. Merajuk lah macam ni" Ara memuncungkan bibirnya itu.

"Tak payah nak muncung sangat dah serupa itik dah" sakat Naira.

"Dah lah tu, kakak pergi bersiap. Nanti kan lambat pulak, kakak tu bersiap punyalah lama." kata Puan Fatimah. Naira ketawa terbahak² melihat muka Ara yang sedang mencebik itu.

"Ira tak payah nak ketawa sangat. Awak pun sama jugak" Ara mengetawakan Naira balik. Naira mengejar Ara yang sudah melarikan diri itu.

"Haih lah budak² ni, keja bergaduh je" Puan Fatimah hanya menggelengkan kepalanya.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now