ETCM 48

469 20 0
                                    


Dari pagi sehinggalah ke petang Ara tidak keluar dari biliknya. Dia hanya duduk di tingkap biliknya bersama gitar suaminya itu. Memang itulah tabiatnya jika Ara berasa sedih. Gitar suaminya itu menjadi penemannya.

Jarinya memetik tali gitar sambil mulutnya terkumat-kamit mengikut lagu yang dia mainkan itu. Matanya sudah bertakung dengan airmata. Kadang² dia tersenyum teringat masa kenangan lalu.

Flashback.

Ara dan Aril selalu meluangkan masa apabila mereka cuti. Mereka selalu duduk di beranda bilik mereka. Pelbagai benda yang mereka buat bersama.

"Sayang, nak dengar abang nyanyi tak?" tanya Aril.

"Abang boleh nyanyi?" tanya Ara balik.

"Ehh of coures tengok tangan lah" kata Aril bangga.

"Tangan abang ada mulut ke nak nyanyi" seloroh Ara. Aril geram dia mencubit pipi Ara.

"Sakitlah abang" Ara menggosok pipinya itu.

"Alaa sorrylahhh sayang, intan payung, babyboo, bucuk², bidadariku, an.." kata Aril dipotong.

"Dah cukup² tak payah nak melambung sangat bodekkan tu ye" kata Ara. Aril tersengih.

"Cepatlah abang kata nak nyanyi" gesa Ara tidak sabar.

"Okay², sayang nak lagu apa?" tanya Aril. Tidak sempat Ara menjawab Aril sudah tahu jawapannya.

Terus Aril memetik gitarnya. Makin lebar semyuman Ara. Aril tahu akan lagu kegemarannya.

There goes my heart beating
Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now

Baru rangkap pertama Ara sudah cair mendengar suara merdu suaminya.

There goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now

Aril memandang mata kedalam mata Ara sedalam-dalamnya. Ara membalas pandangan mata Aril itu.

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason

Aril fokus semula dengan nyanyiannya, Ara sudah asyik dengan suara suaminya itu.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now