ETCM 46

446 19 1
                                    


"Assalamualaikum, Ara dah balik" Ara memasuki rumahnya, dia pelik.

Sepi...

'Mana semua orang ni?' Omel Ara sendirian.

"Ibu, abah, Azzam, Ira, mana semua orang ni?" Tiada yang menyaut panggilannya.

"Keluar kot" sambungnya lagi. Ara hanya mengangkat bahu dan berlalu ke biliknya.

Ara terus ke bilik air dan membersihkan dirinya. Selepas itu dia turun ke ruang tamu. Sedang dia menuruni tangga dia terdengar suara² sedang berbual.

'Diorang baru balik lah tu?' kata hati Ara.

"Hai kakak" tegur Azzam.

"Hai.. pergi mana tadi?" tanya Ara sebaik sahaja duduk di sebelah adiknya.

"Pergi kedai beli barang, malam ni kan ada tetamu nak datang"

Ara meng'ouh'kan sahaja. Kepalanya meliar mencari seseorang.

"Kak Ira keluar dari pagi tadi" Azzam tahu kakaknya mencari Naira.

"Dia tak kerja ke?" tanya Ara pelik. Naira cuti hanya pada hujung minggu. Hari ni hari Selasa.

"Dia saja je cuti hari ni, katanya nak tolong mak. Tapi pagi tadi, dia kata ada hal kat luar" kata Azzam dengan matanya masih fokus pada tv.

"Dari pagi sampai sekarang ni dia tak balik? Dia ada cakap tak dia jumpa sapa? kat mana?" Ara mula risau.

"Tak payah lah buat muka risau sampai macan tu sekali, dah kak Ira ada call mak tadi, dia dah habis dah hal tadi. Ni dia singgah mall sekejap nak beli barang" Ara menghembuskan nafas lega.

"Dah lah kakak nak tolong mak" Ara bangun dan bergerak ke dapur.

----------

Naira berjalan di dalam mall seoramg diri untuk mencari barang keperluannya. Dia memasuki kedai buku, dia nak beli novel² baru untuk dibaca.

Naira melihat novel² yang tersusun itu dengan teliti. Setiap baris dia teliti sampailah dia jumpa novel yang dia mahu. Malangnya novel itu terletak di atas sekali, susah dia mahu mencapainya.

"Ishhh kenapalah tinggi sangat rak ni" eleh dah pendek tak nak mengaku.

Sebenarnya rak tu tak de lah tinggi mana tapi maklumlah tak berapa nak tinggi si Naira ni, susahlah nak sampai.

"Sapa nak minta tolong ni?" Naira menggaru kepalanya yang berbalut tudung itu. Matanya melilau ke kanan dan ke kiri mana tahu ada pekerja yang boleh tolong dia.

Ada memang ada tapi semua yang dia nampak ialah lelaki, Naira ni pemalu sangat lagi² dengan lelaki. Naira nampak seorang lelaki berdiri di rak novel di belakangnya tapi dia tetap mendiamkan diri.

Naira kembali ke rak novel itu. Dia berusaha untuk mencapai novel itu.
Tertinjit-tinjit kakinya, tidak sampai juga.

"Apa yang susah sangat ni" Hampir sahaja dia berputus asa, dia berhenti sebentar dari meninjit itu. Membetulkan purdahnya yang senget akibat bersusah payah tadi.

Baru sahaja dia mahu mencapai sekali lagi, ada tangan yang mendahuluinya. Terkaku Naira di situ kerana dia tahu tangan itu kepunyaan lelaki.

"Ermm cik, cik nak novel ni ke?" tanya lelaki itu.

Naira masih dengan posisinya, tidak berpaling pada lelaki itu.

"Cik, cik okay ke?" tanya lelaki itu lagi.

Senyap tiada balasan dari Naira.

"Tak pe lah, saya letak sini ye novelnya, saya pergi dulu" lelaki itu berlalu pergi. Naira menarik nafas lega. Dia mengambil novel yang lelaki itu letak itu.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now