ETCM 34

525 27 2
                                    


"Apa aku nak buat sekarang ni?"

Tengku Izzhan teringat akan isi surat yang diberikan oleh arwah padanya.

flashback

Tengku Izzhan membuka sampul surat itu pelahan-lahan.

Assalamualaikum, Shah. Ni aku Aril kawan kau. Mesti kau terkejutkan tiba2 aku bagi surat pada kau. Aku tahu selama ni kau ada dekat je dengan aku. Kalau kau nak tau aku ada upah sorang ni untuk segala yang aku mahu. dan ya aku akhirnya dapat tahu kau duduk kat mana.

Aku pun tahu kau kenal isteri terlebih dahulu sebelum aku kenal dia. Dan aku tahu kau sebenarnya suka dia. Macam mana aku tau.. Hahah aku kan pandai. Aku dapat rasakan. Tipulah kalau tak suka. Tengku Izzhan Shah kot. Susah nak cakap dengan perempuan tiba2 rapat dengan perempuan kan pelik tu.

Maafkan aku sebab aku menyelit dalam hubungan korang. Tapi sekarang ni aku dah tak de. Aku harap kau dapat balik apa yang aku ambik dari kau. Aku pulangkan apa yang perlu aku pulangkan.

Aku harap kau lah yang akan jaga dia lepas ni. Aku nak kau jaga dia, sayang dia, cintai dia dan sentiasa hargai dia setiap saat. Gembirakan dia dikala di sedang berduka. Sembuhkan dia dikala dia terluka. Lapkan airmata dia dikala dia perlukan tangan untuk mengelapkan airmatanya.

Kau layak bersamanya. Beri dia kebahagiaan. Sentiasa lekatkan senyuman di wajahnya. Berada di samping dia. Aku harap kau tunaikan amanah yang aku beri ni.

Terima kasih sahabat....
Aku sayang kau sahabat ku

Dari sahabat baikmu,

Syed Rayyan Zafriel

end flasback.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now