ETCM 41

500 25 0
                                    


Ara menarik Naira masuk ke biliknya selepas makan malam bersama keluarganya. Naira membuka tudungnya dan duduk berhadapan dengan Ara.

"Ha cite lah" kata Naira.

"Kau ingat tak lelaki yang aku pernah cerita kat kau tu" tanya Ara.

"Yang mana ehh" Naira mengerutkan dahinya.

"Alahh yang pangkat tengku tu lah" Ara cuba mengingatkan Naira.

"Ohh haa aku ingat, kenapa dengan lelaki tu?"

"Dia lah CEO syarikat tu, serius aku tak sangka aku akan jumpa dia lagi"

"Seriuslah. Dia cam kau tak?" Naira sedikit terkejut. Sungguh kecil dunia ni.

"Aku rasa dia tak cam aku lagipun aku kan pakai purdah, so dia tak perasan"

"Takkan tak perasan kot, nama kau takkan dia lupa"

"Aku bagitau nama aku Sarah je, dia tak tanya lebih"

"Kau tak rasa ke nanti dia rasa tertipu, kau sendiri cakap yang dia suka kan kau, mesti dia tunggu kau selama ni. Kalau dia tahu selama ni kau yang berselindung di sebalik nama Sarah tu macam mana?"

"Aku tak rasa dia tunggu aku. Lagipun lama kot aku tinggalkan dia, 6 tahun bukan masa yang sekejap. Mesti dia dah ada orang lain"

"Aku yakin dia tunggu kau lagi" Naira rasa sangat yakin.

"Hati manusia boleh berubah Ira. Aku malas nak letak apa² harapan. Hati aku ni masih terkunci dari adanya mana² nama lelaki selain adik dan abah aku, lepas perginya dia" hati Ara mulai sayu.

"Takkan kau nak terus macam ni. Yang lepas biarlah lepas. Kau kena cari kebahagiaan kau. Jangan disebabkan masa silam, kau seksa diri kau sendiri. Sampai bila pun kau takkan jumpa bahagia kau"

"Entahlah.... aku tak nak dia tahu Sarah ialah Alisa. Aku tak nak dia terima aku kerja sebab aku ialah Alisa. Biarlah aku sembunyikan diri aku dulu, andaikata satu hari nanti dia tahu, aku terima je apa dia buat" kata Ara pasrah.

"Hmm tak pe lah. Aku hormat keputusan kau. Aku sentiasa sokong kau, okay" Naira memberi senyuman manis kepada Ara.

"Aku tau kau adalah kawan aku yang paling terbaik" Ara memeluk Naira erat.

"Haa aku baru teringat, tadi kan masa aku nak balik tu, kan aku mesej kau kan. Aku perasan ada sorang lekaki ni tengok kereta aku semacam je. Lepastu kan muka dia macam familiar je. Macam pernah tengok tapi aku tak ingat"

"Kau perasan je kot, manatau dia pandang tempat lain tapi sama arah dengan kereta kau" Naira menafikan kata² Ara tu.

"Mungkin kot. Biar je lah" Ara cuba menutup rasa gusar dalam hatinya.

"So, bila start kerja?" Ara kembali pada topik tadi.

"Lusa.."

"Ouhh okay, goodluck, ehh jap lupa nak tanya, kau kerja sebagai apa?"

"P.A dia"

"WHAT... P.A. seriuslah, kau okay ke kerja macam tu. Kan kau akan sentiasa ikut dia mana dia pergi nanti. Kau selesa ke?"

"Aku tak de pilihan lain, lagipun kan susah nak cari kerja sekarang ni. Aku terima je, walaupun pada hakikatnya macam tak sesuai untuk aku dengan pakaian aku yang sekarang ni"

"Sabar lah ye" Ara hanya tersenyum sahaja.

🌸🌸🌸

Tengku Izzhan baru pulang ke rumah. Dia menghilangkan lelahnya di sofa.

"Ehh, bila balik mama tak perasan pun orang bagi salam"

"Baru je balik tadi. Mama kat belakang tadi mana nak dengar"

"Ermm Izz mama nak tanya sikit boleh" Tanya Tengku Rahishah

"Tanya je lah, ada apa" Tengku Izzhan menegakkan duduknya memandang mamanya.

"Umur Izz dah berapa?" berkerut dahinya.

"Kenapa mama tanya soalan tu?" Tengu Izzhan seperti dapat menangkap apa yang sebenarnya Tengku Rahishah ingin katakan.

"Izz tak nak bagi mama menantu ke? takkan tak de sapa yang terpahat di hati tu" kan betul tekaan Tengku Izzhan.

"Hmm bukan tak de, tapi Izz tak tahu sama ada dia suka Izz ke tak. Lama dah Izz tunggu dia"

"Kenapa tak cakap awal² mama boleh tolong pinangkan. Sapa nama dia? Mama kenal dia ke?"

"Ermm mama dah lama kenal dia, Alisa ma" kata Tengku Izzhan

"Alisa.. anak aunty Mah tu" Dia tidak sangka anaknya masih menunggu anak kawannya itu. Tengku Izzhan masih lagi tidak boleh melupakannya lagi. Dia tahu Tengku Izzhan selama ni menahan perasaannya apabila Ara menjadi milik orang lain.

Lepas itu, Ara pergi melanjutkan pelajarannya pula. Tengku Izzhan masih setia menunggu tanpa rasa jemu.

"Mama tahu tak bila dia balik?" tanya Tengku Izzhan.

Terkedu Tengku Rahishah, sebenarnya dia tahu Ara sudah lama pulang ke tanah air. Apa yang dia mahu jawab ni. Dia masih lagi

"Ermm mama pun tak pasti" Tengku Rahishah terpaksa merahsiakan perkara itu atas permintaan Ara sendiri.

"Tapikan Izz pasti ke dia masih tiada yang punya? kan 6 tahun. Masa yang lama untuk dia berubah hati. Kot2 dia dah kahwin ke.. kita tak tahu" saja Tengku Rahishah mengajukan persoalan sebegitu. Dia tahu Ara masih belum dimiliki sesiapa pun.

"Izz tetap tunggu dia. Izz yakin dia masih single. Izz akan cari cara untuk dekati dia. Aril sendiri bagi Izz amanah ni. Jadi Izz kena tunaikan. Kalau Aril tak suruh pun Izz sendiri akan buat. Izz dah cintakan dia. Alisa cinta pertama Izz" terang Tengku Izzhan.

Sungguh setia cintanya pada seorang  bernama Nur Khaisarah Malisa. Walaupun perkenalan mereka singkat tapi Tengku Izzhan sudah teguh perasaannya terhadap Ara.

Hanya Nur Khaisarah Malisa yang berjaya mencuit hatinya yang tidak pernah didiami mana² perempaun selain mama dan adik perempuannya.

"Tak pe lah ma, Izz naik bilik dulu" Tengku Izzhan berlalu ke biliknya dengan wajah yang muram.

Tengku Izzham yang berselisih dengan abangnya itu, hanya memandang hairan.

'Dah kenapa, abang long ni masam je' kata hati Tengku Izzham. Namun dia membiarkan sahaja dan pergi ke ruang tamu.

"Mama kenapa dengan abang long tu" tanya Tengku Izzham.

"Ermm mama tanya bila along nak kahwin saja je nak tau sama ada perasaan dia pada kak Ara tu ada lagi ke tak, rupanya dari dulu mama tanya sama je jawapannya"

"Kenapa mama tak bagitau je benda betul pada abang long pasal kak Ara tu"

"Mama terpaksa sebab kak Ara tak bagi mama bagitau pada along tu, mama pun tak tau kenapa"

"Harapnya abang long okay" Tengku Izzham pun risaukan keadaan abangnya itu.

"Ni Am, Chah mana?"

"Ada je kat bilik tu buat assingnment dia yang banyak, Am nak tolong dia tak bagi" Tersenyum Tengku Rahishah

Sikap satu-satunya puteri di rumah itu, memang tak suka menyusahkan orang. Suka buat semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain.

"Okay lah mama, Am naik dulu" Tengku Izzham bersalaman dengan mamanya.

'Izz... mama harap Izz dapat terima apa yang mama buat ni. Ni untuk kebaikkan Izz dan kita semua' Sedih dia melihat anak terunanya itu, masih menunggu cinta pertamanya.

~Bersambung~
______________________________________

Maaf jika merapu dan merepek
Kalau tak paham tu... maaf ye.

Tolong vote dan comment untuk perbaiki penulisan.

Teruskan membaca.
Selamat berpuasa.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now