ETCM 61

498 22 8
                                    


Selepas solat Isya' , Ara duduk di birai katilnya. Dia merenung dinding biliknya bagai mahu tembus. Dalam fikirannya sekarang ini ada satu perkara yang dia masih tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya.

Solat istikharah sudah dibuat olehnya. Dia masih keliru dengan semua yang ditunjukkan. Bagai tiada jalan keluar untuknya supaya dia dapat lari dari masalah yang dia hadapi ketika ini.

'Apa aku nak buat sekarang ni?' Ara menundukkan kepalanya. Dia memjamkan matanya berharap supaya dia dapat bertenang.

Tiba² pintu biliknya diketuk.

"Masuklah pintu tak kunci" kata Ara tanpa membuka matanya. dan melihat siapa gerangan yang mengetuk pintu itu. Dia membaringkan dirinya di katilnya.

Orang itu membuka pintu dan menjengahkan kepalanya ke dalam bilik itu. Terpalit sebuah senyuman di sebalik kain purdah yang menutup separuh mukanya.

Orang itu mendekati Ara dan duduk di kerusi yang terletak di meja solek bersebelahan dengan katil Ara. Ara masih tidak membuka matanya.

"Sampai bila nak tutup mata tu, haa?" kata orang itu.

Ara mendengar suara orang itu terus membuka matanya. Terkejut melihat Naira di hadapannya sekarang ini.

Dia terkejut Naira berada di rumahnya pada waktu malam seperti ini.

"Ira? Apa kau buat kat rumah aku malam² ni?" tanya Ara dengan penuh hairan.

"Hehehe sebenarnya malam ni ada 'someone' akan datang sekejap lagi. Mak jemput aku datamg sekali teman kau katanya" kata Naira.

Makin berkerut dahi Ara, cuba memahami apa yang Naira katakan.

"Janganlah buat muka macam tu, dah sekarang ni kau siap, nanti bila tetamu tu sampai Azzam panggil kita turun. Tugas aku kat sini untuk sentiasa berada di sisi kau"

"Asal aku tak tau apa² ni?"

Mata Naira menjadi semakin sepet menandakan dia sedang tersenyum dengan lebarnya. Ara cuba lagi mencari kebenaran di dalam mata sahabatnya itu.

"Ni aku bagitau lah ni dah siap sekarang" Ara bagaikan masih kaku di tempatnya.

"Cepatlah.. sayangku...." Naira menarik tangan Ara dan menolaknya ke bilik mandi. Naira menuju ke wardrobe milik Ara dan mencari baju yang sesuai dan dipasangkan dengan tudung serta purdah milik Ara.

"Ara baju kau aku dah siapkan tau, pakai baju yang ada atas katil ni. Aku keluar sekejap nanti aku datang balik, jangan ambil baju lain aku piat telinga kau, dengar tak?" jerit Naira dari luar.

"Iyerr aku dengar" jerit Ara kembali. Ketawa kecil Naira. Suka dia dapat mengenakan sahabatnya itu.

Ara sedang duduk di depan meja soleknya itu. Dia masih tidak memakai tudung serta purdahnya. Dia menepek sedikit bedak ke mukanya perlahan-lahan.

Dalam kepalanya tidak habis berfikir apa yang akan jadi pada malam ini. Debaran yang dia rasakan semakin membara di dadanya. Dia meletakkan tapak tangannya ke bahagian jantungnya, dapat dia rasakan detak jantungnya laju seperti baru lepas membuat larian marathon.

Pintu bilik Ara dikuak oleh Naira perlahan. Segera Naira menyergah Ara yang sedang mengelamun di cermin itu.

"HOI... KAU TAK SIAP LAGI RUPANYA" Naira menepuk bahu Ara dari belakang.

"Kau memang dah tak tau apa erti memberi salam ke haa?? Suka buat jantung aku nak terkeluar" marah Ara.

"Alololo sorry lah sayangku Khaisarah Malisa yang cantik, lagikan comel namateyyy" lagi disakatnya si Ara. Haihh sabar je ada kawan macam Naira ni. Ara menjeling Naira dari cermin di hadapannya.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now