ETCM 8

770 35 0
                                    


Tengku Izzhan bangun awal dan membersihkan diri serta solat Subuh. Selepas solat dia bersiap untuk pergi ke kerja. Tengku Izzhan turun ke bawah untuk bersarapan.

Sampai di meja makan, terlihat mama dan papa duduk di meja manakala adik-adiknya sudah bersiap untuk pergi ke kolej mereka. Mereka suka benda yang sama, disebabkan itu mereka sangat rapat. Mereka berdua ni ambil kos yang sama. Kos yang diambil oleh mereka ialah Art.

"Ehh Cahh dengan Am dah siap dah? Awal bersiap" kata Tengku Izzhan melihat jam tangannya. Baru pukul 7.50 pagi.

"Haah abang long kitorang punya kelas awal hari ni pukul 8.30" kata Tengku Izzham

Kolej mereka terletak berdekatan demgan kawasan perumahan mereka. Mereka akan bergerak setengah jam awal sebelum kelas bermula.

"Ouhh patutlah awal kalau tak memang tak lah nak nampak pagi2 macam ni... betul tak mama" kata Tengku Izzhan sambil mengusik adik2nya.

"Ishhh abang long ni kannnnn" kata Tengku Rahishah sambil memukul abang sulungnya itu. Alahhh pukul manja je. Tengku Raishah sayang abangnya tu.

"Ishh dah lah Izz jangan diusik adik tu," kata Tengku Rahishah menggeleng kepalanya.

"Hehehe jangan marah Cahh abang long gurau je. Alahhh sayang intan payung abang long sorang nii" kata Tengku Izzhan memeluk adik perempuannya itu.

"Apa abang long ni peluk2 orang pulak. Dah lah Cahh dah lambat ni nanti jam salah abang long ehh" kata
Tengku Raishah melepaskan pelukan abangnya itu.

Tengku Izzham yang dari tadi melihat drama tak berbayar tadi itu hanya berdiri di depan pintu. Dia dah biasa tengok drama abang dan adiknya itu. Dia memang tau perangai adik kembarnya itu sangat manja bila dengan along mereka.

"Cahh dah habis ke belom drama sinetron tu... lambat abang Am tinggal ehh" kata Tengku Izzham sambil bersandar di pintu.

"Ehh abang long ni yang mulakan drama... dah lah Cahh pergi dulu. Bye mama, papa abang long, kitorang pergi dulu. Assalamualaikum" kata Tengku Raishah.

Mereka berdua bersalaman dengan mama, papa dan along mereka. Selepas itu, mereka bergerak ke kolej dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Tengku Izzham.

Mereka lebih suka memandu sendiri ke kolej kecuali ada kecemasan sahaja mereka menggunakan pemandu papa mereka.

"Bye waalaikumsalam" kata mereka serentak.

"Hah Izz kerja kan, dah pergi sarapan cepat lambat nanti" kata Tengku Rahishah.

"Ok mama" kata Tengku Izzhan pergi ke meja makan dan bersarapan.

Selepas bersarapan Tengku Izzhan bergerak ke tempat kerjanya

***

Seperti biasa Ara sampai ke bengkel dengan dihantar oleh ayahnya.

"Ok kakak, ayah pergi kerja dulu, kakak kerja baik2.. ingat jaga diri. Ada apa2 cakap dengan Nazim tau. Assalamualaikum" pesan Encik Azhar.

"Ye ayah kakak ingat pesan ayah. Kakak masuk dulu. Waalaikumsalam" kata Ara dan bersalaman dengan ayahnya.

Ara membuka pintu bengkelnya dan membuat kerja nya. Tepat jam 8.00 pagi semua kawannya sampai, mereka memulakan kerja masing2.

Ara selesai membaiki beberapa buah kereta. Ara terus masuk ke biliknya. Dia berasa tidak sedap badan. Tekaknya terasa sangat perit. Dia berasa sangat tak selesa.

Hazmil yang lalu di hadapan bilik Ara, terberhenti. Dia melihat muka Ara pucat lesi.

"Ara... kau ok tak? kenapa muka kau pucat semacam ni" kata Hazmil risau

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now