ETCM 51

550 22 1
                                    


Sudah tiga hari pencarian Ara berlalu tetapi masih tiada apa² tanda yang Ara akan ditemui. Tiga hari jugalah, Nazim, Hazmil, Fazril, Hanif dan Rizal serta Tengku Izzhan bersama² berulang-alik ke balai polis.

Puan Fatimah juga sudah tiga hari berumah di hospital. Puan Fatimah pengsan sebaik sahaja berita tentang Ara sampai kepadanya. Keadaannya sekarang sudah stabil. Hampir sahaja Puan Fatimah mendapat serangan jantung akibat terlalu terkejut.

Mereka semua singgah sebentar di rumah keluarga Ara selepas balik dari balai polis.

Di rumah ada Azzam, Naira dan Ina sahaja. Ina kebetulan sedang cuti semesta. Ina sangat terkejut apabila mendapat kejutan semasa dia sampai di rumah dua hari lepas.

Nasib baik ada Azzam dan Ina menemani Naira dirumah. Encik Azhari di hospital bersama Puan Fatimah.

"Dah tiga hari, polis tak dapat apa² maklumat tentang Ara. Mana Ara ni" kata Fazril.

"Siapa yang culik Ara ni sebenarnya ni? Setahu aku Ara tak de musuh. Dia pun bukan ada kawan sangat pun kat tempat kerja dia tu" kata Hanif.

"Wehh Izz kat tempat kerja tu kau tak de tanya ke sapa² pasal Ara" tanya Rizal.

"Aku dah tanya semua staff aku pasal Alisa. Tapi semua tak tahu" kata Tengku Izzhan.

"Ermm korang minumlah dulu. Ada sikit makanan kat atas meja tu. Kalau lapar makan lah" Naira menegur mereka. Suara dia seperti orang lepas nangis.

"Terima kasih Ira" kata Rizal. Naira terus keluar dari rumah.

"Sama²" Mereka menghantar pemergian Naira dengaan pandangan sayu.

'Saya tau awak tal boleh hadap ni seorang diri. Saya risau sangat keadaan awak macam ni. Awak buat hati saya sakit sangat. Kalau boleh saya nak peluk awak, pujuk awak, tenangkan awak. Tapi apakan daya saya hanya mampu doakan awak sentiasa kuat' kata Nazim dalam hatinya.

Matanya di lempar ke luar memerhati Naira yang sedang termenung di buaian. Dia tahu buaian itu tempatnya dan Ara sentiasa habiskan masa bersama. Gadis itu sangat rindukan Ara.

"Kesian Ira, mesti dia sedih sangat Ara hilang. Yelah satu² kawan baik dia, atau lebih tepat lagi orang yang dia anggap adik dia, hilang tiba²" kata Rizal.

"Tulah aku tengok mata dia merah, sembab, bengkak sangat. Suara dia pun lemah je. Mesti dia tak dapat tidur. Menangis je" kata Hanif.

"Masa aku call Naira tu nak bagitau Ara hilang, suara dia masatu aku dapat rasakan yang hati dia dah berkecai dah. Aku tau yang Naira tu sayang sangat kat Ara. Dia marah aku gila²" kata Tengku Izzhan.

Mereka hanya mampu mengeluh perlahan. Fazril perasan yang Nazim diam tanpa sebarang kata dan memandang ke luar sebaik sahaja Naira pergi.

"Wehh Naz, asal kau diam je dari tadi" tegur Fazril.

"Hah tak lah tak cuma risau sangat tu yang tak tau nak buat apa dah" gugup Nazim apabila ditanya.

"Aku tau kau risau kan Ara, tapi ada benda lainkan yang kau risaukan" kata Hanif. Nazim menundukkan kepalanya.

"Pergilah jumpa dia kat luar sana. Berbual ke. Hilangkan resah dia sekejap. Aku tau dia perlukan seseorang sekarang. Dan kau je yang boleh buat dia rasa tenang" kata Hazmil.

"Kalau dia tak selesa macam mana? Nanti.." kata Nazim dipotong.

"Pergi je Naz, kesian dia" pujuk Rizal.

Nazim berlalu ke luar rumah. Dia duduk di meja baru berdekatan dengan buaian itu. Naira yang masih termenung itu tidak sedar akan kehadiran Nazim.

Nazim melihat Naira dengan hati yang sayu. Wanita yang berjaya mencuri hatinya itu sedang mengalirkan airmata. Perit terasa di hatinya. Dia ingin menghentikan airmata itu.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now