ETCM 53

432 20 4
                                    


*p/s: ada sedikit bahasa kasar.. sikit jee

Tengku Izzhan berada di sebuah rumah usang yang menjadi tempat simpanan senjatanya. Satu persatu dia sentuh kerana sudah lama dia tidak memegang senjata-senjata itu.

Sedang leka dia memegang satu demi satu alatan itu, seseorang menegurnya.

"Bos.."

Tengku Izzhan menoleh sedikit kepalanya.

"Kau dah kumpulkan semua?"

"Dah bos.."

"Bagus, malam ni kita ada 'kerja' sikit"

"Baik bos, saya pergi dulu"

Tengku Izzhan hanya menganggukkan kepalanya.

'Saya datang Alisa. Saya akan tamatkan penderitaan awak. Saya harap awak dapat bertahan' bisik hati Tengku Izzhan.

▪️▪️▪️

"Weh Naz ada apa² update tak dari Izz?" tanya Rizal.

"Tak ada apa² pun" kata Nazim.

"Apa agaknya Izz tu nak buat kan" kata Hazmil.

"Kita tunggu je lah, Izz sendiri kata dia akan buat apa je untuk pastikan Ara kembali ke pangkuan kita semua" kata Nazim.

"Sayangnya Izz pada Ara, untung Ara dapat perhatian dari Izz" kata Fazril. Mereka semua tersenyum kecil walaupun hati masih gusar.

"Tapi ada lagi yang memerlukan perhatian selain Ara" sambung Fazril.

Mereka memandang Fazril dengan dahi berkerut.

"Ishh korang ni, Nad lah" kata Fazril. Tersentak Nazim mendengar nama gadis itu disebut.

"Hmm, makin lama aku tengok dia macam ehh bukan macam dah tapi mayat hidup" kata Hazmil

"Ehh kau ni tak baiklah kata dia mayat hidup" kata Rizal.

"Bukan aku kata dia jadi mayat hidup tapi kau sendiri nampakkan dia lemah je. Bercakap pun tak nak, makan pun sikit je, lepas tu berkurung dalam bilik setiap kali kita datang rumah Ara" Kata Hazmil.

"Azzam pun ada bagitau aku, setiap kali Azzam ajak duduk kat ruang tamu dia akan tolak, ajak berbual pun tak bermaya je"

Nazim di tepi hanya mendengar. Sayu hatinya mendengar tentang gadis itu. Sungguh kuat ikatan persahabatan Ara dan Nad. Bagaikan kembar tiada beza antara mereka.

"Naz kau tak nak buat apa² ke?" tanya Rizal kepada Nazim yang diam setiap kali berbicara tentang Nad. Mata mereka berempat tertumpu pada Nazim.

Mereka masing² tahu Nazim menyimpan perasaan pada gadis berpurdah itu sejak dari pertama kali mereka bertemu dengan Nad. Sebab itu setiap kali mereka berbual tentang Nad, Nazim akan diamkan diri.

"Kau nak aku buat apa? Kau sendiri tahu yang dia susah nak didekati dari dulu. Lagikan sekarang lagilah susah" terang Nazim.

▪️▪️▪️

"Sayang, abang bawakan sayang makanan. Jom kita makan" ajak Hafiz.

Ara yang tidak dapat bergerak itu hanya diam tidak membalas. Badannya semakin lama seperti tidak berfungsi lagi. Terlalu banyak cecair yang dia sendiri tidak tahu kandungannya telah disuntik ke dalam badannya.

Hafiz mengangkat tubuh Ara untuk bersandar di kepala katil.

"Sayang kena makan, supaya ada tenaga"

"Tenaga? nak buat apa aku makan, kalau aku sendiri tak dapat nak gerakkan badan aku ni. Baik kau bunuh je aku, aku dah lembik macam ni kau nak simpan lagi buat apa" kata Ara
dengan nada perlahan. Hampir sahaja mulutnya tidak boleh dibuka.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now