ETCM 31

494 23 0
                                    


Seminggu kemudian.

Afiq sedang mengemas bilik yang pernah diduduki Aril. Sayu harinya. Sudah seminggu Aril meninggalkan mereka semua. Bilik inilah saksi Aril bekerja keras untuk membangunkan syarikat ini. Dari sebuah syarikat kecil sehinggalah dikenali ramai. Namun semua itu hanya tinggal kenangan.

Termenung Afiq seketika. Memerhati setiap sudut di bilik itu Selepas ni, tiada lagi panggilan santai Aril padanya. Kerusi CEO itu kosong tanpa pemilik. Dia tidak tahu siapa yang bakal menggantikan tempat itu.

Dia menyambung kerjanya. Fail2 di atas meja diletakkan di tempat asalnya semula. Rak-rak dibersihkan dari segala habuk. Laci meja itu dibuka untuk melihat apa yang tinggal.

Afiq terlihat ada beberapa sampul surat dengan warna yang berbeza. Afiq mengeluarkan semua sampul surat yang ada dan membawa ke mejanya.

Afiq melihat setiap sampul itu. Ada maksud di sebalik warna itu. Sampul warna ungu tertulis 'ISTERIKU'. Sampul biru untuk dirinya. Sampul merah tertulis 'UMI&WALID'. Dan yang sampul terakhir berwarna kelabu tertulis 'SAHABAT LAMAKU SHAH'.

Afiq mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul-sampul ini pada pemiliknya.

🌸🌸🌸

Ara sudah menerima hakikat yang Aril sudah tiada disisinya buat selamanya. Namun di dalam hati kecilnya masih terasa sangat sedih.

Bila di hadapan sesiapa pun dia sangat ceria dan menjadi kuat. Sentiasa tersenyum, namun pada hakikatnya dia tidak mampu bertahan. Dirinya sangat lemah. Kekuatannya telah tiada, lenyap di telan bumi.

Kalau dia rindu akan suaminya dia akan memeluk baju yang dia simpan secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah Aril sendiri.

Ara sentiasa menghabiskan masanya di beranda rumahnya. Tempat itu sahaja boleh menjadikan dia tenang.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia menyimpan baju milik Aril itu dan bergerak ke pintu. Azzam berada di depan pintu.

"Kenapa Azzam?" tanya Ara sebaik sahaja nampak adiknya.

"Mak panggil turun, ada orang nak jumpa kakak" kata Azzam.

"Nak jumpa kakak... lelaki ke perempuan?" tanya Ara lagi.

"Nama dia Afiq, katanya PA. arwah abang Aril" jawab Azzam.

"Oh okay, nanti akak turun. Azzam turun dulu" Azzam mengangguk.

'Kenapa pulak Afiq datang?'

Ara mencapai tudung sarungnya dan turun ke bawah.

Sampai sahaja di bawah. Dia melihat Afiq yang sedang duduk di sofa bersama adik dan maknya.

"Afiq kenapa awak nak jumpa saya" tanya Ara sebaik sahaja duduk di sofa bersebelahan maknya.

"Ermm makcik tinggalkan Afiq dengan Ara ye" Afiq hanya senyum.

"Macam ni, semalam saya kemas bilik kerja arwah Aril. Lepastu saya terjumpa ni. Saya rasa dia nak suruh saya sampaikan pada awak" Afiq menghulurkan sampul yang berwarna ungu itu.

Ara menyambut sampul itu. Azzam yang dari tadi menjadi pendengar itu menoleh untuk melihat apa yang di berikan kepada kakaknya.

Ara melihat apa yang tertulis di sampul itu. Matanya mulai bergenang namun ditahan.

"Terima kasih Afiq" kata Ara perlahan.

Kemudian, Afiq meminta diri untuk pulang. Selepas itu, Ara naik ke biliknya. Tangannya menggigil untuk membuka sampul itu. Sambil itu airmatanya mengalir.

Encik Tengku, Cik MekanikHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin