ETCM 23

546 27 0
                                    


"Weh bila Naz nak balik ni?" kata Fazril

"Sabarlah Ril, Naz perlukan ruang untuk tenangkan diri dia" kata Rizal

"Tapi sampai bila dia nak lari dari masalah dia, kenapa dia pendam sorang2? Apa gunanya kawan kalau tak tahu masalah kawan dia sendiri?" kata Fazril.

"Kita doakan Naz supaya selamat je, nanti dia akan balik jugak bila dia dah tenang nanti" kata Hanif

"Betul tu, kita doa baik2 je, okay?" kata Hazmil

Tanpa mereka sedari, seorang lelaki memerhati mereka dari jauh. Dia dengar segala apa yang mereka katakan. Sebak hatinya. Sungguh rasa bersalah telah lama bersarang di hatinya. Kasihan pada sahabatnya sangat mendalam.

Ya, lelaki tersebut ialah Nazim. Nazim telah lama menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini. Sudah hampir seminggu dia sampai tetapi dia tidak mempunyai keberanian untuk memunculkan dirinya.

'Biarlah masa yang menentukan, aku tak kuat nak hadap korang sekarang, maafkan aku' dengan perlahan Nazim meninggal tempat tersebut.

Rizal seperti merasakan ada yang memerhati itu mencari di mana2 arah. Dia ternampak kelibat seorang lelaki berkot hitam dan bertopi di luar cafe yang mereka duduk itu.

Dia dapat mengecam wajah disebalik topi itu.

"Nazim" tanpa sedar Rizal menyebut nama sahabatnya itu.

"Kau kenapa Riz? macam nampak hantu, lepastu sebut nama Nazim. Kau nampak dia ke?" tanya Fazril

"Tak de lah aku berangan kejap tadi" Rizal cuba menutup rasa cemasnya itu.

'Aku yakin itu Nazim, tapi kenapa dia macam menyorok, aku kena cari Nazim' Rizal tertanya-tanya.

🌸🌸🌸

Selepas pulang dari rumah Ibu bapa Ara tadi, Tengku Izzhan terus masuk ke dalam biliknya dengan alasan ingin membersihkan diri. Tengku Rahishah tahu anaknya masih tidak boleh menerima lagi apa yang berlaku.

Tengku Rahishah tahu anaknya menyanyangi Ara namun dia tidak mampu melawan takdir. Dia hanya mampu berdoa agar anaknya baik2 sahaja.

Selepas membersihkan diri, Tengku Izzhan baring di atas katilnya dan merenung atap biliknya. Fikirannya melayang pada peristiwa tadi, dimana bingkai gambar persandingan Ara dan Aril.

Terpancar senyuman bahagia yang terukir di bibir gadis yang dia idamkan itu. Gadis itu telah pun menjadi milik orang. Dia tidak pernah berniat untuk menganggu rumahtangga orang lain.

Tapi apa yang dia pelik, muka suami Ara seperti pernah dia lihat. Seperti muka seseorang yang dia pernah kenal dan rapat tapi hanya samar2 di ingatannya.

'Kenapa susah untuk aku lupakan kau, Alisa? Kenapa muka suami kau macam aku kenal? Siapa Aril ni sebenarnya?' Tengku Izzhan meraup mukanya. Sungguh banyak persoalan yang terlayar di fikirannya.

Tengku Izzhan membuka telefonnya dan melihat gambar2nya bersama Ara. Tengku Izzhan tahu perbuatannya salah kerana mencintai wanita yang sudah menjadi milik orang lain tapi dia tidak tahu bagaimana hendak menghindarkan rasa cinta itu. Dia hanya mampu berserah pada-Nya.

🌸🌸🌸

Nazim membuka kot yang dia pakai dan menyangkutnya. Topinya diletakkan di atas meja. Nazim bergerak ke beranda biliknya. Selama Nazim sampai di Malaysia semula dia menginap di hotel. Dia belum bersedia untuk munculkan dirinya.

Memang niatnya untuk pulang tetapi untuk bertemua dengan yang lain belum tiba masanya. Dia ingin berehat sebelum masanya tiba.

Malam menjelma, Nazim mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pantai. Dia mencapai kardigan tebalnya kerana suasana di pantai pada waktu malam sangat sejuk kerana angin yang sedikit kuat.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now