ETCM 4

989 35 0
                                    


"Hah penatnya hari ni banyak pulak kereta rosak hari ni" kata Ara

Ara merehatkan badannya di kerusi dan menutup matanya. Mukanya sudah penuh dengan contengan minyak kereta yang dia baiki tadi.
Tiba ii ada orang menegurnya.

"Woi penat betul kau hari ni selalunya ok je banyak kereta macam ni" kata Nazim

"Entahlah aku pon tak tau kenapa aku penat sangat ni" kata Ara yang masih menutup matanya

"Weyy aku nak tanya kau sesuatu ni" kata Rizal

"Apa tanyalah" kata Ara

"Kau ada apa2 ke ngan customer yang kereta BMW tu?" tanya Rizal

Terbuka mata Ara mendengar soalan Rizal sebentar tadi. Ara memandang Rizal dengan tanda tanya.

"Asal kau cakap macan tu?" tanya Ara

"Haritu masa dia datang aku dengar dia panggil kau Alisa, aku teringat kau  pernah bagitau kitorang dulu nama Alisa tu untuk orang istimewa. Jadi sebab tu aku tanya korang ada apa2 ke?" kata Rizal

"Tak de lah kitorang tak de pape pon dia tu aku suruh panggil aku Khai dia tetiba nak panggil aku Alisa, aku cakap tak de orang panggil aku ngan nama tu dia nak jugak aku biar je lah" terang Ara

"ohh ingatkan ada apa2 baru nak ship korang secocok gitu" sakat Hanif

"Apa ship2 ni nak?" kata Ara sambil menunjukkan penumbuknya.

"Okok alah gurau je jangan marah2 macam lagu masdo 'DINDA' tu ~dinda jangan marah2 takut nanti lekas tuan~" nyanyi Hanif

"Eeee korang ni kan dah lah aku nak rehat penat layan korang. Korang manambahkan kepenatan aku je" kata Ara sambil menutup matanya.

Mereka bertiga bergelak ketawa tanpa menghiraukan Ara yang ingin berehat tu. Ara hanya membiarkan tiga sekawan tu bergelak ketawa dan meneruskan rehatnya.

Tepat pada pukul 6.00 Ara pulang ke rumah bersama Nazim. Ara masuk ke dalam rumah dan membersihkan dirinya.

Pada pukul 9.00 Ara turun ke bawah untuk menonton televisyen. Esok dia tak kerja, jadi dia tak nak tidur awal2 . Dia melihat adiknya,Azzam sedang ralit menonton Avengers tu mendapat idea untuk mengacau adiknya itu.

Ara menjengketkan kakinya dan pergi ke belakang Azzam dan menyergah adiknya.

"Haaa!! buat ape tu?" segah Ara

"Opocot mak engkau" latah Azzam hilang terus ke'macho'an Azzam yang dijaga selama ini. ceh perasan macho.

Ara mengelakkan Azzam sekuat hatinya kerana reaksi muka Azzam sangat pelik ketika itu. Puan Fatimah yang berada di dapur menjengah ke ruang tamu melihat apa yang bising itu.

"Ya Allah kakak apa yang kelakar sangat tu em3" Puan Fatimah hanya menggeleng melihat anak gadisnya itu.

Ara menghabiskan sisa ketawanya sebelum berkata kepada maknya.

"Hahaha... tak de pape lah mak ni Azzam ni kakak sergah sikit je dia punya muka kelakar gila" kata Ara sambil memandang muka adiknya yang cemberut itu.

"Haih korang ni kalau berjumpa ada je nak sakat masing2" Puan Fatimah pun kembali semula ke dapur

"Ehhh kakak ni kan suka buat Azzam macam tu dah lah malas nak layan kakak. Baik tengok Avangers." kata Azzam

"Alah marah ke sorrylah kakak dah lama tak kacau adik akak yang macho ni sorry ok" kata Ara

"Adik nak tau tak hari tu kan kat bengkel ada sorang customer akak tu kan hensem" kata Ara untuk menarik minat adiknya untuk berbual dengannya.

"Dah tu kenapa?" jawab Azzam sambil lewa

"Ala layanlah akak nak cerita kat adik ni" pujuk Ara

"Yelah2 haa lepastu ape?" tanya Azzam

"Haa lepastu dia tanya nama akak apa, akak cakap nama penuh akak, akak suruhlah dia panggil akak Ara macam orang lain panggil tu tapi dia nak panggil akak Alisa akak pelik dengan lelaki tu akak cakap tak boleh dia nak jugak akak biarkan je lah" kata Ara

"Abang tu kenal kakak ke?" kata Azzam

"Tak lah dia baru je datang bengkel tu sekali macam mana lah akak pernah jumpe dia sebelum ni" kata Ara

"Lepastukan adik dia pernah cakap kat akak yang dia nak curi hati akak. Akak fikir dia bergurau tapi muka dia macam serius tapi akak biarkan je hari tu lah yang ada orang hantar akak balik tu" kata Ara lagi

"Wuuu nak kata tu bakal abang ipar Zam ehhh" kata Azzam sambil menyakat kakaknya

"Ish dia ni kan mana ada ok bukan taste akak lah please...." kata Ara sambil buat muka

"Ohh kalau satu hari dia jadi laki akak Zam cerita balik kat dia apa akak kutuk dia eh" kata Azzam

"Tu KALAU dan itu sangat mustahil untuk terjadi lah" kata Ara

"Ok kita tengok je nanti tapi kan kak kalau betul2 dia nak kat akak, akak jangan sia2 kan dia pulak sebab hati lelaki ni kalau dia suka dia akan berusaha dapatkan tapi kalau orang yang dia suka tu xnak kat dia takkan nak paksa pulak kan. Tu je Zam nak cakap akak fikir2kan lah bye Zam nak masuk bilik" nasihat Azzam dan berlalu ke biliknya meninggalkan kakaknya yang terpinga-pinga itu.

"Ehh Azzam...." namun Azzam telah masuk ke dalam biliknya

Ara terdiam selepas mendengar kata2 adiknya. Dia duduk di ruang tu seorang diri sambil berfikir apa yang adiknya katakan sebentar tadi.

"Ehh apasal aku nak fikir tentang mamat tu pulak Azzam katakan KALAU jadi ish dah lah baik aku naik bilik" kata Ara seorang diri.

Ara berlalu ke biliknya dan berbaring di atas katilnya. Dia merenung ke siling biliknya. Dia masih menghadam kata2 adiknya tadi.

'lelaki ni kalau dia suka dia akan berusaha dapatkan tapi kalau perempuan yang dia suka tu xnak kat dia takkan nak paksa pulak kan'

"Hmm betul ke apa Azzam kata tadi. Dah lah bukan mamat tu ajak alu bercinta pon baik aku tidur. Yey boleh tidur puas2 esok tak kerja" kata Ara

Ara menutup lampu biliknya dan melelapkan matanya. Hari berlalu begitu sahaja dibuai mimpi indah.

~bersambung~
______________________________________

Selamat membaca semoga seronok. Cerita ni akan disambung lagi. Harap bersabar ye pembaca sekalian.

Follow my ig:
@nrlndr03

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now