ETCM 19

610 23 0
                                    


"YA ALLAH!!" Mereka berlima terkejut, terkedu, terdiam, terkaku,semuanya ter.. apabila melihat gadis itu membuka topeng mulutnya itu.

"Wehh Aril aku tak salah nampakkan" kata Hazmil. Dia menggosok-gosok matanya bagi memastikan matanya berfungsi dengan betul.

"Jangan pukul aku, aku tak nak bangun andai kata ni mimpi" kata Hanif masih tidak berkelip matanya.

Berkerut dahi Rizal dan Fazril melihat satu susuk gadis di hadapannya. Nazim pula, mengelipkan matanya banyak kali sampai dia rasa sakit. Nazim memandang Aril dengan pandangan cuba-kau-terangkan-apa-yang-sedang- berlaku-sekarang.

"Okay aku faham korang memang tak percaya apa yang kirang nampak sekarang tapi ia adalah realiti" Aril memandang Ara. Ario menarik satu kerusi ke sebelahnya untuk Ara duduk.

Mata mereka tidak beralih dari memandang Ara. Ara duduk dan senyum sambil melambai tangan kepada mereka berlima itu.

"Hai abang2 sekalian" Ara menyapa mereka mesra.

"Wehh dia bercakap dengan kita ke?" tanya Hazmil yang masih tak percaya.

"Dah lah tu pandang Ara, seganlah" Ara cuba untuk melarikan pandangan mereka berlima kepadanya.

"Ni Nur Khaisarah Malisa, Ara, adik kitorang, kakak Azzam, anak Puan Fatimah dan Encik Azhar, princess, angel, beauty, kenit, girl" Rizal menyebut segala yang berkaitan dengan gadis itu.

"Ya sayalah semua tu" tergelak kecil Ara apabila Rizal menyebut semua gelarannya. Malu dia depan Aril. Aril tenang sahaja di sebelahnya.

"ARA!!" Mereka sedar dari khayalan masing2.

"Ya abang Naz, abang If, abang Riz, abang Ril dan abang Haz ni Ara, adik korang yang hilang 5 bulan yang lalu" kata Ara.

"Yaa Allah, alhamdulillah Ara dah kembali, Ara pergi mana ra, kitorang ingat kitorang dah takkan jumpa Ara lagi, Ara kitorang minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni, kitorang menyesal sangat" kata Rizal. Matanya sudah mula menampakkan takungan airmata.

"Ara tak pergi jauh pun cuma.." Ara memandang Aril untuk terangkan apa yang jadi sebenarnya.

Aril menceritaka  dari A sampai Z apa yang jadi pada Ara. Mereka sangat terkejut. lagi bertambah rasa bersalah mereka pada Ara. Tak sangka gadia itu mengharungi dugaan yang sangat besar dari mereka yang rasa kehilangan ini.

"Korang jangan risau Ara dah maafkan korang, Ara pun nak mintak maaf kat korang sebab dah marahkan korang masa hari tu dan menyusahkan korang cari Ara hari2" Ara meminta maaf kepada mereka.

"Ara tak salah pun kitorang yang punca segala masalah ni, dah kita buang yang keruh ambil yang jernih, okay?" kata Hanif

Nazim diam dan memerhatikan perbualan mereka dengan Ara. Hatinya merasakan Aril seperti ada ikatan dengan Ara sebab Ara nampak mesra dengan Aril. Mereka berbual mesra sambil minum. Ara baru teringat satu perkara lagi dia tidak beritahu.

"Ermm korang, Ara ada benda nak beritahu. Ni perkara sangat penting korang patut tahu. " Ara mengambil nafas panjang dan bersedia untuk memberitahu hubungannya dengan Aril itu.

"Sebenarnya, abang Aril kat sini bukan setakat penyelamat Ara tapi.. Ara dan Abang Aril dah... ber... tu.. nang" Ara gugup untuk memberitahu perkara itu.

Perkara itu sangat mengejut mereka berlima. Yang paling terkejut semestinya, Nazim tapi dia boleh cover risak wajahnya. Mereka yang lain terkejut tapi biasa sahaja.

"Seriuslah, kau dah tunang dengan Ara ni" Rizal memandang Aril. Aril mengangguk kepalanya.

"Wahhh kenit dah nak kahwinnnn" teruja sungguh Hazmil. Dia tak kesah dengan siapa Ara suka. Dia lagi suka sebab dapat dia mengusik Ara ni.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now